DUS 35 🦋

133 20 24
                                    

"My life isn't perfect. But I'm thankful for everything I have. Alhamdulilah."

*****
.
.
.
Happy reading!🌹

Happy reading!🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














🦋6 𝓱𝓪𝓻𝓲 𝓶𝓮𝓷𝓰𝓮𝓳𝓪𝓻 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪𝓶𝓾 : 𝓭𝓪𝔂 2 🦋

"Kita nak buat apa dekat restoran ni awak? Awak nak jumpa client ke? Tapi tak silap saya hari ni mana ada temujanji dengan sesiapa dekat restoran macam ni. Jadi lebih baik awak beritahu saya kita nak buat apa dekat sini?"

Qaireen merenung Tengku Qarizh dengan penuh tanda tanya. Tengku Qarizh hanya tersenyum kecil melihat Qaireen yang pandai membuat kesimpulannya sendiri. Memang betul pun mereka bukan mahu berjumpa dengan client. Tapi dia ada rancangan ringkas hari ini yang perlu dia laksanakan.

"Buat apa lagi dekat restoran macam ni kalau kita tak makan? Jomlah makan sama-sama. Sekarang ni waktu lunch kan?"

Qaireen mengangguk sahaja. Cis baiklah! Dia yang salah sebab tanya soalan yang dia dah tahu jawapannya.

"Hari ni kau nak makan apa-apa, cakap je dekat aku. Hari ni hari special untuk kau sebab Tengku Qarizh Arsyad nak masuk dapur untuk masak makanan istimewa buat my princess. Aku nak kau rasa masakan aku." Tengku Qarizh koyak senyuman kacak.

Qaireen mengangkat kening. Wow! Tengku Qarizh nak masak untuk dia? Fuh, biar betik ni? Mimpi apakah lelaki itu tiba-tiba sahaja mahu memasak?

"Sekejap, awak pandai ke masak? Saya takut masakan awak tak menjadi je nanti. Habis dapur terbakar," ujar Qaireen sengaja ingin memprovok lelaki itu. Nampak macam berani sangat tadi. Jadi dia pun sengaja mahu mengingatkan lelaki itu sekaligus sengaja mahu memerli.

Tengku Qarizh tersenyum sinis. Amboi sedap mulut sahaja Qaireen cakap macam tu dekat dia. Qaireen tak kenal lagi siapa Tengku Qarizh Arsyad yang sebenarnya.

"Hello Qaireen Nisrina. Kau jangan nak judge aku dulu ya? Dah semestinya aku ni pandai masak. Masa aku study dekat overseas dulu... aku yang banyak masuk dapur masak untuk semua kawan-kawan satu rumah dengan aku. Yelah, tak akanlah asyik nak makan luar je kan?"

Qaireen mengangguk. Betul tu. Apa yang Tengku Qarizh kata sememangnya betul. Tapi dia tak sangka pula yang lelaki in pandai memasak. Rupa-rupanya Qaireen masih lagi tak kenal lelaki ini. Banyak lagi perkara dan identiti lelaki ini yang dia tidak tahu.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now