DUS 34 🦋

123 18 20
                                    

" If you just give me a small chance. I will prove it to you that I will be one of the best decisions you'll ever make."

******
.
.
.
.
Happy reading!💃

Happy reading!💃

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.











🦋 6 𝓱𝓪𝓻𝓲 𝓶𝓮𝓷𝓰𝓮𝓳𝓪𝓻 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪𝓶𝓾 : 𝓭𝓪𝔂 1!🦋


"Please Bunga. Janganlah merajuk macam ni. Aku minta maaf okay?" pujuk Hans dengan lembut. Berkali-kali perkataan maaf itu keluar dari mulutnya.

Qaireen mendengus. Dia tak puas hati dengan Hans walaupun Hans sudah meminta maaf darinya tapi hatinya masih tidak puas dengan sikap lelaki itu. Seolah-olah Hans sekarang berubah dengan agak mendadak. Entahlah. Tiba-tiba sahaja. Dia ingatkan yang dia ada buat salah, tapi Hans yang bermasalah.

"Sampai hati kau Hans. Dah pergi sana baru kau nak bagitahu aku! Sampai hati. Aku dah tak penting ke dalam hidup kau Hans? Aku tahulah Doktor Zalea lagi penting dalam hidup kau dari aku tapi tak salahkan kau beritahu aku juga? Walaupun aku bukanlah yang pertama, tapi kalau kau berterus-terang dengan aku, aku okay lah.  Ini tidak, kau dah sampai Tokyo sana tu, barulah kau nak terhegeh-hegeh telefon aku ya? Aku risaukan kau tau. Sampai hati kau buat aku macam ni," luah Qaireen berjauh hati.

Dia berjalan menuju ke pintu rumah Tengku Qarizh dengan perlahan sambil tangannya sibuk memegang telefon dan fokusnya hanya pada panggilan dari Hans itu.

Hans mengeluh berat. Habislah Qaireen dah merajuk. Dia bukannya sengaja tak beritahu gadis itu bahawa dia akan ke Tokyo secepat yang mungkin.

"Tak Bunga. Bukan macam tu okay? Apa yang kau fikirkan semua tak betul. Aku pun tak tahu yang aku kena pergi outstation semalam. Dan kalau aku bagitahu kau pun, mesti kau akan tetap risaukan aku dan kau tak akan bagi aku pergi kan? Sorry Bunga, aku janji aku akan balik awal okay? Selesai semua photoshoot aku dekat sini, aku akan terus balik dan jumpa kau okay? Kau jaga diri tau Reen. Aku sayang kau." Hans memejam matanya.

Sememangnya dia ada photoshoot penting di Tokyo, Jepun. Tapi Hans sebenarnya boleh sahaja suruh pekerjanya yang pergi dan uruskan semuanya di sana. Tetapi disebabkan dia nak beri peluang pada Qaireen dan Tengku Qarizh bersama, jadi terpaksalah dia pergi. Dia tak nak mengganggu mereka dan dia tak nak hatinya semakin sakit melihat Qaireen bersama dengan lelaki lain. Bermesraan dengan lelaki lain, dan memberi peluang serta membuka pintu hatinya buat lelaki lain. Hans tak sanggup. Jadi dia memutuskan untuk pergi.

Qaireen mendengus. Yelah tu. Dia tak nak cakap dengan Hans lagi. Penipu!

"Okay, fine. Aku maafkan kau. Take care too, assalamualaikum." Tanpa menunggu balasan dari Hans, Qaireen terlebih dahulu sudah menutup panggilan.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now