DUS 26 🦋

183 73 68
                                    

I still remember the first time I saw you, because whenever I see you I still get the same feeling."

••••••
.
.
.
.
Happy reading!☘️

Happy reading!☘️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








"Reen dekat sana tu nanti hati-hati tau. Jaga diri, jangan buat perangai. Reen tu perempuan, jangan nak seronok sangat sampaikan solat pun tinggal," pesan Puan Sara serius. Banyak Kali sudah dia berpesan perkara yang sama. Takut anaknya lalai dan terlupa pula tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Qaireen mencebik. Berapa kali ibu nak ulang ayat yang sama ni? Tahulah orang nak jaga diri. Risau sangat ibu ni. Lagi pun dekat sana nanti bukannya dia dan Farha berdua sahaja. Ada tiga orang lelaki yang boleh jagakan dia, pantau dia dari sebarang perkara yang akan berlaku. Jadi tak perlulah risau sangat. Dia pun pandai jaga diri. Dia bukannya budak kecik lagi.

"Iya, ibu sayang. Reen tahu jaga diri. Ibu pun sama, jaga diri elok-elok. Abang  pun tolong jagakan ibu dengan adik untuk Reen tau. Apa-apa hal jangan lupa call Reen. Okay ibu?" Puan Sara dan Qaireen berpelukan buat seketika.

Qash menjeling meluat melihat perangai adiknya itu. Haih, dia pun sama. Cakap orang saja. Qaireen pula risau mengalahkan ibu. Mengada.

"Ya, macamlah abang tak pernah jaga ibu dengan adik selama ni. Abang sentiasa akan jaga korang semua. Reen tu dekat sana jangan nakal-nakal. Abang dengar Hans pun ikut sekali kan? Hah, Reen jangan nak mengada dekat-dekat dengan dia sangat ya? Kalau orang dah tak nak dekat kita Reen, kita ni jangan nak terhegeh-hegeh dekat orang tu. Reen kena ingat yang Reen pun ada maruah. Jangan bagi orang macam Hans tu sesuka hati je nak pijak maruah kau. Fahamkan apa yang abang cakap ni?" soal Qash serius. Dia tidak main-main dengan kata-katanya kali ini.

Dia bukan apa, dia tak nak Qaireen kecewa dan terluka lagi. Qash tak nak pisang berbuah dua kali. Mula-mula masa dia tahu Hans pun ikut sekali ke percutian ini... fuh, memang dia tak bagi adiknya pergi. Tapi disebabkan Qaireen  beria memujuk dan berjanji akan menjaga diri sendiri dengan sebaik yang mungkin, barulah Qash izinkan Qaireen ikut.

"Ya, abangku sayang. Ish, dahlah. Tengku Rizh dah tunggu Reen dah dekat luar tu. Kesian pulak dia nanti tunggu lama bila kita buat jejak kasih dekat sini. Bye, ibu. Apa-apa call Reen tau. Sayang ibu." Pipi kiri Puan Sara dikucup sekilas sebelum tangan wanita yang bergelar ibu itu pula dikucup sayang. Nak berpisah beberapa hari dengan ibu. Takut nanti dia rindu pula wanita ini.

"Ibu je? Abang tak sayang?" Qairren menjulingkan bebola matanya memandang wajah naif abangnya. Menyampah!

"Ya, sayang abang juga. Jaga ibu baik-baik! Assalamualaikum."

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now