DUS 8 🦋

301 178 111
                                    

" Never wanted perfect, just real."
••••
.
.
.
.
Happy reading!♥️

 Happy reading!♥️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yes, mummy. I understand. Berapa kali mummy nak pesan benda yang sama ni?" Tengku Qarizh mendengus. Geram dan tidak berpuas hati apabila mummynya tidak habis-habis marahkan dia sebab dia tidak luangkan masa bersama Jasmine.

Eh, hello? Jasmine tu siapa sampaikan dia perlu spend time dengan perempuan itu?

I have my life, dude.

But my life not for that girl.

"Jangan cakap faham je, Rizh. Buat. Mummy tak minta banyak, luangkan masa sikit dengan Jasmine tu boleh? Jasmine tu asyik call mummy cakap pasal kamu. Daripada Rizh buang masa keluar dengan other girls, lebih baik Rizh keluar dengan Min. Mummy bukan apa, mummy tak suka tau Rizh keluar dengan perempuan-perempuan yang tak sepatutnya. Kalau baik akhlaknya, tak apa juga. Ini perempuan-perempuan yang Rizh bawa keluar tu, semuanya tiada maruah diri. Mummy tak suka okay!" Puan Sri Haura menegur anaknya dengan lembut namun tetap diselitkan ketegasan dalam setiap patah perkataannya.

Tengku Qarizh yang ralit bermain dengan telefon pintar itu mula mengeluh kecil. Meluat pula rasanya.

Mummy tak suka dia keluar dengan perempuan-perempuan low class semua tu kan, habis tu mummy fikir yang Jasmine itu perempuan yang macam mana? Baik, alim sangat lah?

Hell, wrong. Totally wrong.

Jasmine pun dua kali lima saja. Entah apa yang mummy minat sangat dengan si Jasmine pun dia tidak tahu. Kalau ya pun nak cari perempuan untuk dia, tolonglah cari yang lain dari semua perempuan yang dia kenal. Ini tidak, spesies sama saja seperti Jasmine itu.

Well, bagi perempuan lelaki semua sama. Tapi bagi Tengku Qarizh pula, perempuan semua sama. Tiada yang baik dan elok di hati apatah lagi di matanya. Huh, mummy dengan adik tu lain lah cerita dia. Ini perempuan untuk dijadikan calon isteri.

Zero. Semua teruk. Reject terus!

Tapi dia juga mungkin faham bahawa Jasmine itu depan mummynya berlakon nampak baik. Tidak buat perangai. Lagi pun Jasmine selalu menelefon mummy hanya kerana ingin bertanya khabar. Ambil hatilah kononnya. Kerana itulah Puan Sri Haura masih berkompromi dan membenarkan dia berkawan dengan perempuan itu. Mungkin hanya kawan, tidak lebih dari itu. Entahlah.

"Hm, yelah mummy. Anything else?" Malas dia nak bertekak dengan mummynya soal ini lagi. Sebab kalau isu ini dibahaskan, pasti mummy juga yang menang. Dia juga yang terpaksa mengalah.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now