•́ ❥ ( 32 ) ❥ •̀ 。

31.3K 767 94
                                    

🌻🌻🌻

Anne mengurai rambut panjangnya ke sebelah kanan. Senyuman lebar menghiasi bibirnya sambil jarinya membetulkan kedudukan rambutnya. Hari ini adalah hari di mana dia memanjakan dirinya dengan ber'shopping'. Matanya menjeling cermin belakang keretanya, tempat duduk belakang kereta penuh dengan paper bag shopping dari pelbagai jenama.

But, bukan itu saja. Dia turut singgah ke salon rambut. Hari ini dia membuat keputusan untuk mengubah sedikit rambutnya. Dia mahu ada sesuatu yang baru terhadap dirinya. Jadi dia memutuskan untuk mewarnakan rambutnya.

Pada asalnya rambutnya yang berwarna hitam pekat telah berubah menjadi warna rose gold. Hujung rambutnya turut di curly kan sedikit menjadikan rambutnya berombak cantik. (media)

Dia sekarang berada di perkarangan rumah agam tempat mereka. Singgah sekejap mahu berjumpa Eiden untuk mengambil file yang diminta oleh abangnya, Julien. Lelaki itu ada shooting untuk event yang akan datang. Tsk, okay dia cemburu dengan Julien sebab lelaki itu boleh kerja manakala dia masih terkurung! Daa~ ingat dia tidak bosan ke, tak ada kerja yang boleh dia buat. Lucas masih tidak membenarkan dia berkerja dan dia masih di bawah latihan bersama Travis.

"Hai Jazz, long time no see," Anne menyapa Jaz yang datang mendekatinya sebaik saja dia keluar dari kereta.

Jaz ketawa kecil, semakin dia berkawan dengan Anne semakin hilang wajah serious dan juga kadang kala dia turut terhilang fokus untuk buat kerja apabila bersama Anne. Gadis itu pandai saja menarik perhatiannya.

"Miss, wow you look so..."

Anne sudah tersenyum lebar, "So...?" Menanti ayat seterusnya yang keluar dari mulut Jaz.

"Nice," Jaz menahan ketawa melihat muka cemberut Anne. Sejujurnya, dia terpukau dengan wajah baru Anne. Warna dan gaya rambut yang dikenakan oleh Anne sungguh cantik dan menyerlahkan lagi wajah jelita gadis itu. Kalau tidak disebabkan wanita dihadapannya adalah kekasih hati bossnya, sudah pasti dia sudah jatuh cinta.

"You know, dalam kamus ada perkataan beautiful which you can use in our situation right now," Anne menjeling Jaz, penat dia berdandan cantik macam ini, nice je pujian yang dia dapat?

Jaz terketawa kecil, "Well, I save that word to my boss,"

Terus pipi Anne naik merah. Bahu Jaz dipukul perlahan. Pandai saja lelaki itu mengenakan dirinya.

"Dah! Tolong I akan pizza ni. I belikan you guys pizzaaaa~"

🌻🌻🌻

"Sunyi je, mana yang lain?"

Anne berkerut apabila rumah agam ini sunyi, aik ghaib ke?

"Mereka semua ada dekat belakang, you know. It's Saturday, so mereka semua akan lepak dekat belakang,"

Anne mengangguk kecil dengan penerangan dari Jaz. Dia mengikut langkah Jaz. Dia masih belum biasa dengan rumah besar ini. Dia belum meneroka lagi, ini kali Kedua dia menjejakkan kaki ke sini. Tidak sempat mahu berjalan meninjau rumah agam ini.

"Oh god, I'm so tired," Anne mengambil tempat di sofa di ruang dapur yang besar itu. Dari kedudukannya, boleh nampak kemeriahan di belakang rumah. Nampak meriah apabila kesemua anak buah Eiden sedang bergelak ketawa, kalau tidak wajah kelat saja yang ditayang.

Macam ada buat BBQ je. Mata Anne mengecil melihat ada beberapa orang yang sedang membakar sesuatu. Yang lain berborak dan ada yang terjun masuk swimming pool.

Bestnya...

"Miss," Jaz meletakkan segelas juice apple di hadapan Anne.

Anne menjuling mata ke atas, "Berapa kali I nak paksa you ni, panggil i Anne,"

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now