。•́ ❥ ( 33 ) ❥ •̀ 。

24.1K 770 165
                                    

🌻🌻🌻

"Mathew Joseph?"

Anne merenung fail di tangannya. Membaca profil Mathew Joseph.

Lucas mengangguk kecil sambil merenung ipad ditangannya, "Salah satu kumpulan yang berkuasa di Amerika dulu, but now anaknya Marcus Joseph ambil alih. Still powerful but just not good as his father," Lucas ketawa sinis.

"He's crazy, you know,"

Terangkat kening Anne mendengar balasan dari Julien pula, "Siapa?"

"Mathew. Dia pernah nak bakar salah satu balai polis dekat Amerika dulu sebab markas mereka pernah diserbu pihak polis. Sejak dari tu, polis langsung tak masuk campur urusan Mathew tapi dengan syarat. Keselamatan dan keharmonian negara itu mesti terjamin. Mereka tak nak citizen dorang tahu mengenai kegiatan Mathew,"

Anne ternganga kecil, "Maksud you, polis cover kegiatan Mathew?"

Julien mengangguk dengan senyuman senget, "Ada duit ada kuasa, semua jalan,"

Anne tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Bukankah kerja seorang polis perlu menegakkan keadilan dan menjamin keselamatan negara? Walaupun Mathew sudah berjanji dia tidak akan buat onar di negara itu, tapi masih salah di sisi undang kalau melibatkan kegiatan haram mereka. Undang – undang mampu ditundukkan dengan duit saja?

"Tapi itu dulu, sejak Marcus, anaknya ambil alih. Semua berubah, mereka masih dengan kerja kotor mereka. Cuma 'baik' sedikit," Julien ketawa kecil dengan ayatnya sendiri.

"Ada spekulasi yang kata, Marcus jadi 'baik' sebab perempuan? I don't know, I tak sure kesahihah cerita itu. But yang I dengar, belakang Marcus ada seorang 'angel' yang mampu mengawal kegilaan Marcus. I pernah jumpa dengan Marcus dulu, seriously, dia dengan bapanya sama – sama gila. So it's quite surprise yang Marcus dah berubah? Berubah sebab perempuan. Tsk,"

Anne mengangguk kecil dengan penerangan Julien, "You kenal ke perempuan tu?"

Julien mengeleng, "Ramai yang cuba untuk selidik perempuan tu, but nobody know. Marcus betul – betul menyembunyikan perempuan tu dari pandangan kami semua. Sedikit information pun tak leak. But don't jugde a book by a cover, sebab perempuan tu agak powerful juga. Marcus betul – betul tak nak orang tahu siapa perempuan itu. So, it's quite interesting,"

Julien tersenyum nipis, memang betul. Susah nak selidik perempuan yang disorok oleh Marcus. Tidak tahu kenapa Marcus mahu menyembunyikan identity perempuan itu. Mencurigakan.

Lucas yang sedang bersandar, membuka mulut, "Not only that, mereka juga salah satu musuh Darzins dulu. And I'm very sure kes meletop markas dulu punca dari mereka juga. Also, kes dadah hilang juga mereka yang curi. Masa itu dibawah kuasa Mathew, cuma, we don't know macam mana benda itu boleh hilang. Melainkan..."

"Kerja orang dalam," Anne merenung Lucas dalam.

Julien ketawa kecil dengan jawapan adiknya, "Brilliant. It is not easy nak godam security Darzins and nak pecah masuk markas dia. So, I wonder macam mana dadah tu boleh hilang,"

"Ada suspect?"

Julien mengeleng.

Anne kembali merenung fail di tangannya, dia membaca profile Mathew Joseph. Dia rasakan seperti ada sesuatu yang pelik dan tidak kena. Kalau dadah itu berada di tangan mereka, macam mana cara mereka 'curi' dadah tu. Bab kata Julien, Darzins sangat mementingkan security dan bukan senang mahu pecah masuk security Darzins. Abangnya pun mengambil masa bertahun lamanya mahu mengodam security Darzins. Tak lain tak bukan, mesti dengan pertolongan orang dalam. Tapi siapa?

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now