。 •́ ❥ ( 08 ) ❥ •̀ 。

39.6K 918 60
                                    

🌻🌻🌻

Anne merenung ke luar tingkap kaca, memerhati kanak kanak kecil yang bermain di taman yang berhampiran Soph's Cafe. Cafe kecil dan mewah milik auntynya.Tangan kecilnya mengenggam dengan mata tertutup. Memikirkan ada kertas kecil dalam genggamannya itu membuatkan dia melepaskan keluhan berat.

Matanya beralih melihat sekeliling, ada ramai orang yang memenuhi ruang cafe ini. Ada yang datang bersama keluarga, dan ada yang hadir bersama pasangannya.

Kertas kecil yang di genggam tadi di lihat kembali. Jumlah wang yang agak banyak dan besar bagi dia betul betul buat dia keliru. Macam mana duit yang banyak itu boleh masuk dalam akaun bank dia? Jumlah duit yang besar itu mampu buat dia beli sebuah apartment mewah dan 2 buah kereta sport. Nak kata dia bekerja sehingga dapat duit sebanyak itu, mustahil. Kerana dia baru 3 bulan bekerja. Tak akan dalam 3 bulan saja, dia mampu mengumpul 2 million. Mustahil!

Uncle? ke Aunty?

Anne menggeleng. Tak mungkin.

Eiden?

Woohoo! Lagilah mustahil! Takkan baik sangat Eiden nak derma 2 million dalam akaun dia. Lagipun mesti Eiden tak tahu nombor akaun dia.

Ketika dia berfikir, Aunty Sophia menghampiri dan meletakkan minuman kegemaran Anne di atas meja bulat itu. Sophia mengambil tempat di hadapan Anne.

Anne menghadiahkan senyuman selepas mengucapkan terima kasih. Mug comel itu di ambil dan di hirupnya berhati hati kerana panas. Terpejam mata Anne merasai betapa sedapnya hot chocolate hasil auntynya itu.

"Sedap macam selalu!" Puji Anne dengan pakej thumbs up kepada Sophia. Sophia hanya senyum saja, suasana cafe yang padat tidak langsung di hiraukan kerana dia yakin pekerjanya boleh handle dengan baik. Fokusnya kini pada anak buahnya, Anne Mianda.

"Anne ada masalah ke?" Terus terang Sophia berkata. Matanya memanndang ke dalam mata Anne yang nampak resah.

"Ada apa apa nak share dengan aunty?" Lembut saja nada Sophia berunding dengan Anne hanya menunduk menguis mug di tangan.

Dengan kepalanya menunduk dia berkata kecil, "Semalam Rachel ada bagitahu yang dia nak ajak holiday next week sebab cuti sem nanti.."

Sophia mengangguk dan mendengar dengan teliti.

"So Anne pergi bank hari ni.. Nak tengok baki akaun Anne tinggal berapa.. Lepas tu.."

Jarinya menconteng pula permukaan meja bulat itu.

"Anne terkejutlah, sebab ada banyak sangat duit dalam akaun Anne. Anne pelik, risau.. Takut ada orang salah masuk dalam akaun ke apa. Anne tak tahu nak buat apa sekarang,"

Sophia yang mendengar itu sudah ketawa kecil, dan itu mengundang perhatian Anne. Anne merenung muka Sophia yang tersenyum itu. Sophia mengenggam tangan Anne di atas meja.

"Itu duit Anne. Hak Anne,"

Anne sudah terpinga, tidak faham apa yang di kata oleh auntynya.

"Maksud aunty?"

Sophia menghembus nafasnya seketika. Sudah sampai dia memberi tahu hal sebenarnya. Mahu menunggu suaminya menjelaskan hal sebenar memang akan mengambil masa. Lagi lagi sekarang Mark tiada kerana ada hal di luar negara. Jadi ini masa yang sesuai untuk dia menceritakan semuanya pada Anne. Women to women.

"Aunty nak Anne faham dan fikir secara positif. Aunty tak nak Anne fikir bukan bukan tau,"

Cara Sophia berkata sebegitu buatkan Anne rasa kecut. Namun dia mengangguk juga. Dadanya berdebar kuat.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now