。•́ ❥ ( 34 ) ❥ •̀ 。

20.9K 783 145
                                    

🌻🌻🌻

Ais krim yang makin cair di jilat pantas sambil kakinya berjalan melalui jalan yang menuju ke rumah Auntie Sophia. 

"Baru balik sekolah Anne?" langkahnya terhenti, Anne berpusing menghadap rumah jirannya yang sedang menyiram pokok. 

Anne tersenyum lebar melihat Joahana, gadis yang berumur 22 yang tua 7 tahun darinya. Joahana seorang gadis yang bekerja sebagai pramugari. Santai saja Joahana berpakaian biasa menyiram pokok, mungkin tiada flight hari ini. Rumah mereka hanya terpisah antara 7 rumah saja. 

"Haah, ada kelas tambahan tadi for exam akan datang, itu yang balik petang," 

"Oh really? Dah nak masuk musim exam ye," 

Anne mengangguk laju. 

"Oklah, have a nice day," 

Anne melambai - lambai tangannya sebelum kembali jalan pulang. 

Sebelum itu, dia melangkah ke taman sunyi tiada penghuni. Taman permainan di area rumahnya memang jarang diguna atau di main oleh kanak - kanak. Jadi dia selalu menghabiskan masanya di sini jika dia pulang petang. 

Angin petang, menampar perlahan wajahnya. Rambutnya beralun mengikut arah angin. Cuaca redup dan tenang benar - benar memberi ketenangan baginya. 

"Help! Help me!" 

Berkerut dahi Anne apabila terdengar jeritan seorang perempuan yang meminta tolong. Segera dia berpusing, kelihatan seorang wanita sedang berlari laju, dengan seorang lelaki yang mengejarnya dari belakang. Terbuntang matanya melihat keadaan itu. 

" Hey!" Anne menjerit dan berlari ke arah mereka, sempat dia mengapai sebatang kayu panjang, dengan kepakarannya dalam memanah, dia aim kayu itu dan di campak pada tubuh lelaki itu, terkena tepat pada belakang lelaki itu.

Lelaki yang mengejar itu tersentak dengan jeritan Anne yang nyaring itu, tambah pula dirinya sakit dengan batang kayu itu. Laju dia meninggalkan kawasan itu. 

"Hey, are you okay?" Anne menghampiri gadis yang sudah terduduk. 

"Auch," Gadis itu memegang kakinya yang terseliuh kerana terjatuh itu. 

"T-thank you," 

Anne tersenyum nipis, "It's okay," 

Perlahan - lahan gadis itu mengangkat wajahnya dan menghadiahkan senyuman kecil. 

Terkebil - kebil matanya melihat wajah gadis itu. 

🌻🌻🌻

Anne menahan rasa sakit kepala yang tiba – tiba saja apabila dia bangun dari baringnya. 

“Sakitnya,” Dahinya dipicit, mahu meredakan rasa sakit itu. Pagi itu, dia rasa kurang sihat. Dengan tubuhnya berasa agak lemah, seakan penat seharian. Walhal semalam tidaklah dia melakukan apa – apa aktiviti yang buatkan dia penat. Tapi sejak akhir ini, tubuh badannya seakan lemah saja, berasa kurang sihat. 

“Tak boleh jadi ni, nak kena pergi cek,” Dari keadaan yang lemah sebegitu dia gagahkan juga dirinya untuk bangun. Dia sudah berjanji dengan ibunya bahawa dia akan singgah ke butik ibunya tengah hari nanti. Sudah lama rasanya dia tidak datang ke butik ibunya untuk melihat rekaan baru ibunya. Dia terlalu busy dengan training, tambah pula menolong Julien dengan kes lama mereka. Memang banyak kerja dibuatnya.

Keadaan sekarang agak sibuk. Sekarang abangnya Lucas dan Eiden tiada di sini. Masing – masing ke luar negara atas urusan kerja. Banyak kerja agak tertangguh tanpa Eiden dan Lucas. Tapi apa - apa pun, dia dan Julien bekerjasama, menolong satu sama lain. 

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now