。 •́ ❥ ( 26 ) ❥ •̀ 。

24.4K 722 115
                                    

🌻🌻🌻

Anne menunduk langsung tidak memandang wajah abangnya yang keras itu. Lucas memandang tajam, dia tahu sebab apa adiknya naik ke biliknya. Sudah tentu mengenai hal malam semalam.

Lucas membuka kot yang dipakai dan digantungnya.

"Kalau kau nak berdiri dekat situ sampai esok pagi silakan," Suara keras Lucas memecahkan suasana sunyi itu.

Terbungkam Anne mendengarnya. Dia cuba memberanikan diri untuk berhadapan dengan Lucas. Dia tidak faham kenapa Lucas melarangnya dari pergi Russian. Selama ni dia outstation ke mana – mana negara, Lucas tidak pernah masuk campur sampailah hari ni apabila dia terpaksa ke negara Russian atas urusan kerja. Lucas tak suka tempat itu ke? Bukankah negara itu tempat kelahiran mereka?

Ibu bapanya juga diam tidak mengatakan apa – apa. Dia ada bercakap dengan ayahnya pagi tadi mengenai isu ni. Tapi ayahnya meminta dia untuk berurusan dengan Lucas. Katanya Lucas lebih berhak memberi kata putus. Anne sudah terdiam mendengar. Kenapa perlu berurusan dengan Lucas bukan dengan ayahnya? Ayah dia sendiri, yang lebih berhak ke atasnya.

"Abang memang tak izinkan Anne pergi sana ke? Walaupun atas urusan kerja?" Mengigil tubuh Anne melihat wajah tegang abangnya. Dia sedaya upaya untuk bercakap dengan lembut dan sopan. Panggilan formal yang digunakan apabila bersama dengan Lucas. Dengan Lucas dia membahasakan Lucas sebagai ' abang ' berbanding dengan Julien yang lebih selesa memanggil nama. Mungkin kerana aura Lucas yang seperti kuat dan boleh buat orang sekelilingi tunduk hormat terhadapnya.

Lucas memandang riak gusar Anne, "Jawapan aku masih sama seperti malam tadi. When I say no means no. Aku tak nak kau pergi sana. Kau nak pergi mana – mana silakan tapi bukan Russian,"

"B-but why?"

"Tak ada sebab," Itu jawapan yang mampu Lucas fikir buat masa itu.

"Tapi I still want to go there,"

Lucas mula menyirap, "Kau tak faham bahasa ke?!" Suaranya sudah mula tinggi. Sakit hatinya pula apabila Anne mula mahu ingkar dengan arahannya.

Terhenjut Anne dengan jerkahan Lucas. Matanya mula berlinang. Tidak sangka yang Lucas akan menjerkahnya sebegitu, walaupun dia sudah biasa dengan kata – kata sinis Lucas tapi tidak pernah lagi lelaki itu meninggikan suaranya sampai sekarang. Dia masih boleh terima kata – kata sinis Lucas tapi bukan jerkahan lelaki itu.

Julien yang kebetulan lalu di hadapan bilik Lucas mula menjenguk, "What's wrong?" Dirinya mula mendekati Anne yang menunduk diam. Matanya melihat wajah kemerahan abangnya.

"Hey darl," Dagu Anne ditarik Julien, jelas dipandangan mata Julien wajah kesedihan adiknya serta linangan air mata yang mengalir.

Julien mengetap bibir melihat air mata yang mengalir di pipi adiknya, matanya mencerlung tajam wajah Lucas.

"We will talk later," Dingin saja suara Julien. Tubuh Anne ditarik kedalam pelukannya dan di bawa keluar.

"Anne?"

Tersentak Anne mendengar panggilan Melis di sebelahnya, bayangan yang berlaku seminggu lalu lesap.

"Yes?"

"You okay tak? Termenung jauh tengok tingkap tu?" Melis menyoal, dari tadi dia melihat wajah suram Anne merenung ke luar tingkap. Senyap saja dari mereka naik flight sampailah sekarang.

"I okay, cuma penat sikit," Anne mengukir senyuman kecil menandakan dia okey saja.

"It's okay, ada lagi 3 hours untuk landing. Nanti dah sampai you rehat puas – puas okay?"

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now