。 •́ ❥ ( 20 ) ❥ •̀ 。

29.2K 809 43
                                    

2 years later

Anne melangkah keluar dari lift dan menuju ke dapur untuk mengisi perutnya. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Julien turut berada di dapur. Kakinya memasuki ruang dapur yang besar itu dan menuju ke satu bilik yang menempat ke semua barang mentah, barang masak di situ.

Anne membuka peti ais yang besar, terpapar pelbagai minuman yang ada. Susu kotak di capai serta roti strawberry yang berada di kabinet juga di ambilnya. Kemudian Anne mendekati Julien yang duduk di island kitchen.

Julien sedang live di instagramnya. Melayan views serta peminatnya.

"Morning," Julien menegur Anne yang duduk di hadapannya.

Anne tersenyum sambil menuang susu ke dalam gelas, "Morning too,"

"You ada nak pergi mana-mana ke hari ni?" Julien menanyakan soalan kepada Anne sambil matanya memandang screen telefonnya membaca comment yang muncul.

Anne menghabiskan kunyahannya dahulu baru dia membalas, "Ada. Nak jumpa Melis and someone sekejap,"

"Someone? Boyfriend?" Bibir Julien sudah terukir senyuman nakal.

"Guys, our Queen Asian dah ada boyfriend," Julien berkata-kata dalam livenya. Mendengar statement yang tidak sahih yang di keluar oleh Julien terus bermacam-macam comment yang muncul menanyakan siapa boyfriend Anne.

Anne menjeling Julien, kalau esok keluar news memang siap Julien dia kerjakan. Anne menghabiskan roti dan susunya.

"Merry, help me," Anne memanggil Merry, pembantu rumah untuk mengambil gelasnya. Anne mengesat bibirnya sambil mendekati Julien yang masih berceloteh melayan livenya. Anne mengintai sekejap live Julien sempat dia melambai kepada peminat Julien.

"Wah nampaknya you guys lagi suka tengok Anne more than me huh?"

Terlepas ketawa kecil Anne apabila Julien seakan cemburu apabila peminatnya lebih suka mahu melihatnya dari Julien.

"Go to go," Anne mengucup pipi Julien dan terus dia bergerak meninggalkan Julien.

🐯🐯🐯

"So tomorrow you ada photoshoot with Jamies Magazine at 10 a.m. After that ada interview about your new collection at 3 p.m," Melis selaku pembantu peribadi Anne, membaca appointment Anne untuk esok. Sudah 2 tahun dia bekerja dengan Anne dan menjadi kawan kepada model terkenal ini.

Anne mengeluh mendengar rutinnya untuk esok. Malasnya. Matanya memerhati jalan raya ke keluar tingkap kereta yang di pandu oleh Melis.

Sudah 2 tahun semenjak dia kembali ke keluarganya. Semuanya terlalu baru baginya. Pertama kali dia berjumpa dengan keluarganya, memang sesuatu yang amat berharga baginya. Buat pertamanya kalinya dia berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Stanislas Darzins and Adrienne Camille. Aura yang dia rasa ketika itu, cukup buat dia rasa kerdil. Macam tidak percaya bahawa dia anak perempuan kepada dua nama besar itu.

Macam-macam benda baru dia belajar. Asal usul dirinya, adat dan sebagainya. Baru seminggu dia menyesuaikan dirinya dalam keluarga itu, nama dia sudah di sebut-sebut dalam berita dan juga dalam media sosial. Berita mengenainya membuatkan ramai yang terkejut, tidak sangka yang Stanislas Darzins ada anak perempuan.

Sekarang ni, dia mengikuti jejak langkah Julien Alarie menjadi seorang model. Kini dia menjadi seorang model untuk Adrienne Camille, sentuhan tangan ibunya sendiri. Ibunya seorang fashion designer yang telah mencipta nama di antarabangsa. Hubungannya dengan keluarganya amat baik, dia di layan sangat baik. Tidak sangka dia masih mampu merasai kasih sayang kedua ibu bapanya. Kecuali..

Lucas Andris.. Abang sulungnya.

Dia jarang bertemu dengan abangnya yang satu itu. Sebenarnya dia lebih mahu mengelakkan dirinya dari lelaki itu. Dia tidak tahu, lelaki itu seperti ada sesuatu yang entahlah. Anne sendiri tak mampu nak memastikan apa yang dia rasa apabila mendekati lelaki itu.

Teringat waktu pertama kali dia menjejaki ke rumah agam milik keuarganya.

"Maybe now, kau bawa kebahagiaan kepada keluarga, but one day you will destroy everything,"

Itu ayat yang keluar dari mulut Lucas waktu pertama kali dia masuk ke dalam keluarganya. Anne tidak mengerti apa yang di maksudkan oleh Lucas. Tapi ayat itu mampu buat Anne berasa takut. Seakan ada sesuatu yang akan berlaku.

"You know what," Suara Melis menyentakkan lamunan Anne.

"Karla mengamuk bila dapat tahu you jadi cover page Jamies Magazine,"

Anne tersenyum hambar, "i know, i dah cakapkan before this,"

Melis mengangkat bahu, memang salah dia pun. Sebab merampas job itu dari Karla. Sememangnya job itu untuk Karla Worfel namun Melis merampas kerana sengaja mahu menyakitkan hati model itu. Melis dengan Karla memang tidak pernah ngam. Melis teringat masa mula-mula dia berkerja dengan Anne. Masa itu Karla sudah mencipta namanya, Anne baru mahu melangkah.

Dia nampak betapa teruknya Anne di buli oleh Karla. Walaupun Anne anak kepada Adrienne Cammille, Anne tidak pernah menggunakan nama ibunya atau Julien Alarie untuk mencipta namanya sendiri. Semua atas usaha gadis itu sendiri. Anne membiarkan dirinya di buli oleh Karla apabila Anne bekerja di bawah agensi yang sama dengan Karla. Job yang sepatutnya untuk Anne di rampas oleh Karla. Dan sekarang ini, bila nama Anne makin naik, Melis mahu membalas dendam kepada Karla walaupun Anne pernah menghalangnya, namun apa yang dia kisah.

Janji dia puas hati, tak kisah walaupun gadis itu keturunan D'amico. Gadis kacukan itu terlalu bangga dan perasan cantik. Lagi buat Melis menyampah apabila Karla Worfel sendiri declare yang dia sedang bercinta dengan Eiden Karlheinz, seorang pemuda handsome yang namanya turut naik dalam dunia perniagaan. Dia tidak pasti kesahihan gosip itu, tapi cukup buat dia rasa menyampah.

Anne mengigit bibir, setiap kali Melis menyebut nama Karla automatik fikirannya menerawang. Teringat akan satu-satunya pemilik hatinya.

Eiden..

Sejujurnya Anne mengikuti perkembangan Eiden. Dia bangga dengan Eiden sekarang ni. Sudah lama mereka tidak berjumpa, entah lelaki itu ingat akan dia atau tidak. Adakah Eiden sudah melupakan akan dirinya?

🐯🐯🐯

"i'm sorry auntie. Oh my god jalan jammed tadi," Anne memohon maaf. Dia memang tidak sengaja lambat, perjalanan ke sini memang agak sesak tadi.

"It's ok dear. Have a sit," Valeria senyum memerhati wajah Anne yang agak kemerahan. Mungkin gadis ini tergesa-gesa mahu ke sini.

Anne membetulkan pakaiannya serta rambutnya supaya kelihatan kemas, "Dah lama auntie sampai?"

Valeria menggeleng kepala, "Auntie pun baru sampai. Order pun belum,"

"Eh ye ke?" Segera Anne memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.

Jadi 'someone' yang dia maksudkan adalah Valeria Cazacu. Sebenarnya Anne sudah lama berhubung dengan Valeria, mereka sentiasa keep in touch. Hubungan mereka semakin akrab, cuma mereka jarang berjumpa. Valeria banyak menceritakan mengenai Eiden, sebab itu Anne sedikit sebanyak mengetahui apa yang dilakukan oleh Eiden.

Valeria pula dia memang menyukai Anne. Walapun dia tersepit antara suaminya, Carstens D'amico dan ibu mertuanya, Larissa Kaltenbrunner yang tidak setuju mengenai Anne. Tapi dia tetap menyokong hubungan Eiden bersama Anne. Dia juga tahu apa yang berlaku antara Eiden dan Anne namun dia percaya, suatu hari nanti mereka tetap akan bersama. Dia kenal Eiden.

"Hujung minggu ni auntie free?"

Valeria mengesat bibirnya perlahan menjaga reputasi sebagai isteri kepas Carstens D'amico, "This week? Maybe. Kenapa?" Valeria menatap wajah Anne yang semakin jelita itu.

"Actually.. Minggu ni ada event for our new dress collection so Anne nak ajak auntie datang minggu ni,"

Valeria mengapai tangan Anne, "i will come. Dont worry ok?"

🐯🐯🐯

Apa yang berlaku sebenarnya ni?

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now