。 •́ ❥ ( 23 ) ❥ •̀ 。

28K 789 104
                                    

Mata cantiknya mengerling Eiden yang selamba berborak mesra bersama Stanislas Darzins di hujung meja makan sana. Sesekali terdengar gelak ketawa mereka. Anne mengetap bibir melihat senyuman nakal Eiden ketika matanya tertangkap oleh mata tajam Eiden.

Macam – macam yang bermain di fikirannya. Mengenai gambar yang dilihat tadi. Baru dia perasan, wajah budak perempuan tadi agak mirip dengan wajah ibunya, Adrienne. Makin tertanya – tanya di buatnya. Siapa gadis itu? Macam mana gadis itu boleh ada bersama dengan abang - abangnya? Di mana dia sekarang?

Lagi menambahkan rasa sakit kepalanya adalah Eiden. Macam mana Eiden boleh kenal dengan keluarganya? Sudah 2 minggu mereka tidak berjumpa sejak kejadian di hotel hari itu. Hanya chat saja yang menghubungkan mereka, itu pun jarang mereka berbalas chat.

Anne mengetap bibir, pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Dia memerlukan seseorang yang boleh menjawab semua persoalannya.

Tapi… siapa?

“Anne?”

Tersentak dia mendengar suara garau Stanislas. Terus matanya memandang wajah ayahnya. Semua mata memandang ke arahnya. Terhenti lamunan dia tadi.

“Y-yes?” Bibirnya mengukir senyuman kecil menutup rasa gugup yang dia rasa tiba - tiba itu.

“Senyap je? Are you okay?”

“I’m okay dad. No worries,” Anne kembali menjamah makanannya. Matanya mengerling Eiden yang sedang meneguk air. Apabila mata Eiden turut memandangnya, matanya dilarikan dan ditangkap pula oleh Julien. Julien mengukir senyuman nakal membuatkan Anne terbungkam. Cepat - cepat dia menundukkan pandangannya.

“By the way, macam mana kerja dengan Kevin? Okay?” Suara Julien memecahkan kesunyian yang tiba – tiba. Matanya merenung wajah cantik adiknya.

Anne sudah terkaku, kenapa Julien membangkitkan isu ni? Perlahan – lahan dia meletakkan gelas tinggi yang dipegangnya. Kepala diangkat dan memfokuskan perhatiannya kepada Julien. Renungan tajam Eiden yang berada di sebelah Julien cuba untuk dihiraukan. Wajahnya berbahang panas apabila mata tajam itu tidak melepaskan langsung pandangan ke arahnya.

“Ya, so far okay. I mean, we good. Easy to go,” Kevin seorang model lelaki yang agak hangat dan juga popular. Sekarang mereka ada contract kerja bersama untuk event yang akan datang. Dia senang dengan lelaki kacak walaupun dia ada dengar yang lelaki itu agak ‘buaya’ dan ramai perempuan yang sudah terjatuh kedalam kebuayaannya.

Tapi, walaupun lelaki itu digelar 'buaya' oleh sesetengah pihak, dia senang berkerja dengan lelaki itu. Lelaki itu kekalkan profesionalnya dalam kerjayanya. Cuma apabila di luar kerja saja, perangai nakalnya menyerlah.

“Really? Dia tak ada ngorat you ke?” Julien tersenyum nakal, matanya mengerling Eiden yang tenang. Namun dia nampak urat tegang yang muncul di leher lelaki itu. Luaran saja nampak tenang, dalaman sudah berbahang panas.

Muka Anne berubah merah, “T-tak ada,” Tipu. Padahal ada saja lelaki itu mengorat dia tapi dia memilih untuk tidak memanjangkan hal ni.

Eiden merenung wajah Anne, dia tahu gadis itu menipu. Mustahil lelaki itu tidak mengorat Anne dan kalau lelaki itu mengorat sekalipun, dia tahu Anne tidak akan melayan. Dia bukan jenis lelaki yang cemburu buta. Cuma... entah, apabila topik mengenai Anne bersama lelaki buatkan dia rasa sedikit panas. Lagi – lagi apabila sekarang ini bersama keluarga Anne. Sedangkan dia adalah teman lelaki Anne tetapi dalam situasi sekarang buatkan dia seperti orang luar sahaja.

“OMG? Kevin? Oh no dear, please jangan jatuh cinta dengan dia ok? I don’t like him,” Adrienne menyampuk dengan tiba – tiba. Dia kenal lelaki popular dan dia tidak suka. Full stop.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now