。 •́ ❥ ( 28 ) ❥ •̀ 。

21.4K 718 77
                                    

🌻🌻🌻

Terhenti langkah Anne apabila ke seluruh keluarganya berkumpul di ruang tamu sambil memandang ke arahnya. Buat pertama kalinya, dia melangkah masuk kedalam rumah itu tanpa perasaan gembira. Tiada senyuman manisnya terukir di bibirnya. Perasaannya sekarang bercampur bauk. Tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana.

Tidak mungkin dia akan berpura – pura seperti tiada apa yang berlaku.

Adrienne tersenyum nipis sebelum dia bangkit mendekati anak perempuannya. Rambut panjang Anne diusapnya. Matanya merenung kedalam mata Anne, jelas kekosongan dalam mata itu. Sedih, keliru, marah itu yang dia dapat lihat ke dalam mata Anne.

Eiden yang dari tadi berdiri di belakang Anne, mengangkat kepala apabila Adrienne menyentuh tangannya.

Bibir wanita itu tersenyum kecil, "Thank you," Suara itu berbisik. Eiden hanya senyum nipis. Matanya naik memandang Lucas yang hanya diam memandang Anne dengan tajam.

Anne mengikut langkah ibunya. Dia langsung tidak mengangkat kepalanya, dia tidak tahu mahu memberi reaksi macam mana. Segala kisah yang baru dia tahu beberapa jam lalu masih belum diterima baik oleh dengannya.

Kenapa?

Kenapa kisah silam sebegini dirahsiakan dari pengetahuannya?

Lebih teruk lagi apabila kisah mengenai kakaknya sendiri! Apa benar dia tidak layak untuk mengetahui rahsia besar ini?

Kenapa nyawanya terancam? Apa lagi rahsia yang belum terungkai?

Dia tahu, kisah yang diberitahu oleh Svetoslas hanya sebahagian saja. Masih banyak lagi kisah yang belum terungkai.

Anne mengenggam tangannya erat, dia rasa marah sekarang ini. Tapi sebab apa? Sebab apa dia nak marah? Dan pada siapa dia patut marah?

Ayahnya? Yang hanya diam seperti tidak ada apa – apa berlaku sedangkan lelaki itu adalah ketua keluarga dan tangan itu sudah banyak menyentuh nyawa orang.

Anne tidak dapat nak terima apabila, ayahnya terlibat dalam perkara sebegitu. Memang benar bukan salah ayahnya, tapi masih dia masih belum terima kenyataan. Dia perlukan masa untuk semua ini.

Ibunya?

Dia tidak tahu, jika wanita itu turut bersalah dalam hal ni, yang melayannya seperti biasa seakan tidak ada apa – apa yang berlaku.

Julien? 

Lelaki yang selalu melindungi dirinya dan melayannya dengan sangat baik. Wajah riang lelaki itu menutup segalanya.

Lucas? 

Abangnya yang tidak menyukai dari mula, dan lelaki itu juga pernah memberi amarannya padanya bahawa dia akan membawa masalah pada keluargannya. Inikah yang dimaksudkan oleh Lucas? Benarkah dia membawa masalah pada keluarga mereka? Tapi atas sebab apa?

'One day you will destroy everything,'

Kata – kata Lucas terlintas difikirannya. Adakah dia punca semuanya? Benarkah salah dia?

"They just want to protect you, after what happen to Jasmine. They want to keep you safe,"

Sevtoslas memandang wajah sedih Anne, dia tahu apa gadis itu rasa. Dari kecil dia tidak dapat merasa kasih sayang dari kedua ibubapanya. Tambah pula, dia dilahirkan dalam keluarga yang penuh dengan kejam tanpa ada belas kasihan.

"I told you," Suara keras Lucas berbicara. Matanya masih tidak lepas dari memandang wajah adiknya.

"If you listen to m-"

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now