。 •́ ❥ ( 18 ) ❥ •̀ 。

28.4K 799 65
                                    

Dengan rasa gembira, Anne melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman. Finally, dia sudah habis belajar! Rasa mahu menjerit sahaja. Matanya memandang sekelilingnya. Jelas di muka kawannya menunjukkan riak lega dan juga gembira. 3 tahun berhempas pulas akhirnya tamat juga.

Mata Anne terpandang susuk tubuh Eiden yang menghilang celah ramai orang. Nafas dihelah, cuba untuk menguatkan hatinya. Mereka sudah menamatkan pelajaran mereka, jadi mereka akan membawa haluan masing-masing. Sudah 2 bulan berlalu sejak kejadian di rumah Eiden hari itu. Mereka memilih untuk berpisah buat sementara waktu, namun tidak tahu sampai bila mahu sebegini.

Anne menahan rasa sesak di dadanya, cuba untuk menenangkan hatinya. Dia kena kuat untuk hadap semua ini. Lagipun mereka berdua sudah berjanji, jadi dia kena kuat. Sekarang dia perlu menjalankan kehidupannya seperti biasa sebelum kenal dengan Eiden.

"Hi babe," Brian muncul di hadapan Anne.

Anne menjuling mata ke atas, malas mahu melayan karenah Brian. Anne membawa diri jauh dari Brian.

"Wait Anne, sekejap." Brian menghalang laluan Anne.

"You nak apa?"

Brian tersenyum kecil, "i ada buat party malam ni. i nak invite you malam ni."

Anne memandang Brian sambil memeluk tubuh. "Sorry, i busy." Dan terus Anne lari dari Brian.

"Anne!" Panggil Brian namun Anne sudah lari dari pandangannya. Brian merengus geram. Geram kerana Anne selalu mahu melarikan diri darinya.

🐯🐯🐯

"Finally! i rasa lega sangat," Rachel meluahkan rasa gembiranya. Anne tersenyum memandang karenah Rachel.

"Jom? kita raihkan nak?"

Anne berfikir sejenak, "How?"

Rachel tersenyum nakal, "Kita pergi shopping now, cari dress to wear tonight." Rachel memaut bahu Anne dan berjalan menuju ke lobi kolej mereka.

"Tonight? Kita nak pergi mana?"

Rachel berbisik di telinga Anne, "Club,"

"What?" Anne memandang Rachel dengan riak tidak percaya.

"Oh come on Anne! Dulu i ajak you selalu bagi alasan study, but kita dah habis study so no excuse ok!" Rachel sedaya upaya menghasut Anne supaya mengikutnya.

Anne mengeluh, "Ok fine,"

Rachel menjerit suka, "Yeay! Lets go shopping!"

Mereka berjalan sambil ketawa berdua. Namun langkah mereka terhenti apabila lobi sesak dengan pelajar yang sedang berkumpul. Kedengaran jeritan teruja mereka memanggil nama seseorang. Anne dan Rachel saling berpandangan. Kaki mereka turut menghampiri tempat itu.

"Ada apa ni?" Anne menyoal, namun Rachel hanya mengangkat bahu. Tubuh yang menghalang pandangan mereka di tolak selamba oleh Rachel. Mereka saling menolak sehingga mereka berdua berdiri di tengah - tengah.

Kelihatan seorang jejaka yang sedang bersandar pada Bugatti La Voiture Noire yang menarik perhatian mereka semua di sini. Rachel sudah terlopong memandang lelaki tinggi itu, dia tidak percaya dengan apa yang di lihatnya sekarang. Dia kenal lelaki yang kacak itu! No wonderlah mereka semua macam cacing. Rachel mula teruja sebab lelaki itu adalah seorang model terkenal Asian! OMG!

"OMG! Anne! It is.. Julien Alarie?!"

Anne tidak menjawab soalan Rachel. Anne menelan air liur yang tetiba rasa kesat. Matanya memandang saja lelaki yang sedang menunduk memandang telefon itu. Apabila lelaki itu mendongak memandang ke hadapan, terus mata mereka bersabung. Makin gelabah Anne dibuatnya.

Apa dia buat dekat sini?!

Julien tersenyum lebar apabila ternampak kelibat Anne, adik perempuan. Dia berjalan mendekati Anne. Suara teruja sekeliling makin menghangatkan lagi suasana. Selamba Julien berjalan dengan selamba, mereka yang lain bergerak ke tepi memberi laluan kepadanya.

"My baby!" Suara Julien melenyapkan suasana yang gamak tadi. Laju kakinya mendekati Anne yang sudah menggeleng kepala.

Anne bergerak setapak kebelakang. Dirinya sudah menjadi tontonan sekarang ini. Rachel dan orang lain sudah memandangnya. Julien mendekati tubuh Anne dan terus dipeluknya tubuh Anne, tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

Anne sudah terkaku di pelukan Julien, wangian mahal Julien menusuk ke hidungnya. Matanya memandang sekeliling yang sudah memandangnya tajam, ada juga yang mengambil gambar mereka serta berbisik.

Perlahan Anne menolak tubuh Julien.

Rachel di sebelah sudah terpaku, terkejut sebab Julien, model top Asian memeluk tubuh kawannya! Rachel membulatkan matanya apabila Anne memandangnya dengan gelisah.

"Buat apa dekat sini?" Anne berbisik perlahan. Geram pula dengan lelaki ni. Lelaki yang sama ketika berjumpa di Paris hari itu.

Julien ketawa kecil, turut berbisik. "Nak jumpa my baby girl,"

Spontan Anne menumbuk perut Julien dan terus suasana yang senyap tadi kembali bising. Mereka semua tertanya-tanya apa hubungan mereka berdua sehingga mesra sebegitu.

Dalam suasana yang hangat, tiba tiba sebuah Maybach Exelero masuk ke dalam perkarangan klej mereka. Kereta mewah itu, parking di sebelah kereta Julien. Pandangan mereka beralih memandang kereta mewah itu. Julien tersenyum memandang kereta abangnya yang sudah sampai.

Bahu Anne di peluk, namun di tolak oleh Anne. Anne menjegil mata pada Julien namun langsung Julien tidak kisah. Dipeluk kembali bahu adiknya dan di tarik mendekati kereta abangnya.

Lucas Andris keluar dari kereta dan terus suasana kembali gamat. Sudah tentu mereka kenal sesiapa lelaki itu. Salah seorang jejak muda yang agak berpengaruh di dunia. Suasana di kolej makin hangat di sebabkan kemunculan dua beradik keluarga Stanislas Darzins.

Makin bungkam Anne melihat muka abang sulungnya yang keras itu buat pertama kali. Pandangan di tunduk, tidak berani mahu memandang wajah abangnya yang agak serius itu.

"Bro, our sister.." Julien memperkenalkan Anne kepada Lucas, namun langsung tiada reaksi dari Lucas. Anne masih setia menunduk.

"Just stick with our plan. i need to meet someone," Seusai kata, terus Lucas berlalu dari situ.

Julien sudah mencebik, "Sorry baby, abang you memang macam tu. So abaikan je ok?"

Anne mengangguk mengerti. Baru dia mahu menanyakan sesuatu kepada Julien, telefonnya berbunyi.

Segera Anne melihat telefonnya, nombor yang tak di kenali. Matanya memandang Julien sekejap sebelum dia mengangkat panggilan itu.

"Hello.."

"Ye saya Anne.. Siapa ni?" Anne menyoal, suara seseorang di belah sana agak familiar baginya.

"It's me, Valeria Cazacu,"

Dan terus Anne terkaku.

🐯🐯🐯

Lucas tersenyum sinis apabila langkahnya bertembung dengan seseorang. Langkah mereka berdua berhenti dan saling memandang dengan tajam.

Senyuman nakal terukir di bibir Lucas, kedua tangannya di seluk masuk ke dalam seluar slack mahalnya.

"Long time no see.." Lucas menyapa kepada lelaki yang berdiri di hadapannya. Jaket kulit yang di pakai oleh lelaki itu dibetulnya.

Eiden tersenyum sinis mata helangnya tajam membalas pandangan Lucas.

🐯🐯🐯















MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now