。 •́ ❥ ( 16 ) ❥ •̀ 。

31.1K 726 22
                                    

Anne memandang seisi kelas yang sudah kosong. Matanya menjeling Eiden yang mahu melangkah keluar juga dari kelas. Segera Anne mencapai begnya dan berlari ke arah Eiden.

Lengan Eiden di tariknya kuat. Eiden memandang Anne yang berdiri di hadapannya. Wajah yang sudah lama dia tidak tatap, walaupun berdekatan.

"Can we talk?" Anne menatap wajah Eiden sedalam-dalam. Eiden diam, pegangan Anne di tangannya di lepaskan. Punggungnya di labuhkan di atas meja.

"Kau nak cakap apa?" Keras saja muka Eiden. Langsung tiada senyuman.

Anne sudah cuak. Lidahnya terus terkelu. Tiba-tiba dia rasa menyesal. Kepalanya menunduk tidak memandang Eiden.

"T-tak ada apalah, saya pergi dulu,"

Baru Anne nak melangkah keluar, Eiden pula yang menariknya. Eiden membawa dia keluar dari kelas itu. Nak bawa ke mana entah. Sudahlah tangannya mereka saling berpaut. Pelajar yang ada sekeliling mereka, sudah memandang mereka lain macam. Janganlah ada gosip yang melanda nanti.

Eiden menolak Anne masuk ke dalam kereta, kemudian dia maju ke bahagian pemandu pula. Anne diam, tidak berani mahu menanyakan apa-apa. Lebih baik dia diam sahaja. Suasana dalam kereta sunyi sepi, radio juga tidak di pasang.

Anne memandang signboard jalan, dia kena jalan ini. Jalan menghala ke apartment kepunyaan Eiden. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Tiba-tiba rasa nak senyum.

"Kau senyum kenapa,"

Tersentak tubuh Anne, "Ha? T-tak ada apa," Kantoi pula, ee kau ni Anne! Cover sikit boleh tak?!

Kereta itu kembali sunyi. Jarak rumah Eiden dari kolej, tak silap hanya 15 minit saja. Tapi entah kenapa rasa lama pula nak sampai. Anne menguap sambil menutup mulut. Matanya makin memberat. Sudahlah malam tadi dia tidur agak lambat. Terlalu khusyuk study sampai tidak sedar hari menginjak pagi. Tak sedar, Anne sudah terlelap.

🐯🐯🐯

Eiden memberhentikan keretanya di bahu jalan. Matanya memandang kereta putih volkswagen di hadapan sebelum memandang Anne yang sudah di ulit mimpi. Cermin keretanya di ketuk, hari ini dia ada hal hendak selesaikan dengan seseorang. Seseorang yang sedang menunggunya di luar.

Eiden beralih kepada Anne. Seat Anne di turunkan sedikit supaya kedudukan Anne lebih selesa. Jaket kulit yang berada di kerusi belakang di capai dan menutup badan Anne. Tidak mahu wanita kesayangannya kesejukkan. Rambut Anne yang di usapnya perlahan, tidak mahu menganggu si cantiknya.

Eiden berbisik perlahan, "Aku nak jumpa seseorang sekejap," Dahi Anne di kucupnya dan terus dia keluar dari kereta.

Matanya memandang lelaki di hadapannya yang sedang mengukir senyuman nakal.

"Siapa tu," Tanya lelaki kacak itu, dia mengintai dari cermin kereta Eiden tapi kereta Eiden full tinted. Memang tak akan nampak langsunglah jawabnya.

"Tak payah sibuk, Mike." Lelaki kacukan Arab itu tersenyum nakal.

"Well, why aku tak boleh sibuk cousin?" Sengaja Mike menekankan perkataan 'cousin'.

Eiden menjeling sepupu gatalnya itu, "Whats plan now?"

Mike tergelak kecil, sebelum bergerak ke keretanya. Bungkusan yang dia baru terima pagi tadi di serahnya pada Eiden. "It's yours." Eiden tersenyum sinis memandang bungkusan sederhana itu.

🐯🐯🐯

Anne terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi salakan anjing yang agak kuat. Seperti dekat dengannya.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now