Prologue

6.5K 461 381
                                    

HAK CIPTA TERPELIHARA ©

[Tiada bahagian daripada karya ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa alat jua sekalipun kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis. Jalan cerita dan watak novel ini hasil ciptaan penulis sepenuhnya.]

Terima kasih.






















20 tahun lepas.

Lilium House of Orphanage,
Lot 162, Green Road,
Helin Village, Herign Jr,
87300, Vianca,
Larida.

Kesemua anak yatim sudah bergerak ke dapur untuk makan malam. Dia hanya mengambil langkah perlahan. Tak mahu bersesak-sesak dengan mereka yang lain memandangkan suasana itu mungkin akan memberikan kesan pada telinganya. Meski telinga kanannya sudah ditutup dengan earplug getah, dia masih dapat mendengar bunyi-bunyi yang ada di sekelilingnya.

"Rose takut dengan dia! Dia tak nak cakap dengan Rose, walaupun dah beberapa kali Rose cuba berbual dengan dia. Dia nampak menakutkan, sombong pula itu."

Langkah budak lelaki itu mati.

Bicara budak perempuan itu petang tadi dapat dia dengar dengan jelas meski agak jauh jarak mereka ketika itu. Keluhan kecil dilepaskan.

Itu bukan kehendak dia.

Bukan kehendak dia untuk kekal membisu. Bukan keinginannya untuk menjauhkan diri daripada rakan-rakannya di rumah itu. Nalurinya ingin sekali bergaul, berbual dan bermain bersama-sama mereka semua, namun keadaan badan menghalang.

Lebih tepat lagi, keadaan telinganya yang menghalang.

Betapa sunyinya hidup Muhammad hanya kerana keistimewaan bodoh ini, tiada perkataan mampu menggambarkannya.

Usia muda yang sepatutnya diisi dengan keriangan bersama-sama rakan sebaya itu terbatas. Dunianya terperangkap dalam sepi yang tidak bernoktah, menyebabkan semua rasa gembira, kecewa, sedih, teruja dan segala-galanya hanya mampu disimpan dan dipendam sendirian.

Dia benci fakta yang mengatakan dia akan kekal sebegini sehingga dia remaja, dewasa dan tua. Apa motif dia hidup jika dia akan terus berlakon seperti budak bisu dengan telinga yang aneh sebegini sampai bila-bila?

Dia patut mati bersama-sama ibu dan ayahnya 2 tahun lepas.

"Muhammad!" Secara refleks, tangannya terus naik menekup telinga kanannya yang sudah berdenyut dek jeritan yang memanggil namanya itu.

Rose yang sedang mendekatinya itu sudah mula dihurung buncah saat melihat Muhammad yang kelihatannya seperti berada dalam kesakitan itu. Tubuhnya tertunduk sambil kedua-dua tangannya menekup telinga kanannya bersama-sama wajah yang berkerut seribu kerana menahan sakit.

"Muhammad? Muhammad, awak okey tak? Awak sakit ke? Di mana awak sakit? Sakit sangat, kah?" Rose menyoal dengan nada yang jelas diselubungi kerisauan. Wajah Muhammad semakin berkerut-kerut seribu, menandakan bahawa kesakitan yang tidak diketahui akan asbabnya itu semakin mencengkam diri lelaki itu.

"Ya Allah, Muhammad, awak okey tak ini? Saya risaulah tengok awak macam ini!" Rose turut kabut melihat Muhammad yang sedang menahan sakit tanpa menjawab soalannya sejak tadi, mungkin kerana terlalu sakit sehingga tidak terdengar soalannya.

"Saya panggil Mama Yana, ya? Mama Yana!" Rose menjerit dan memanggil Puan Liyana seraya bangkit berlari ke arah dapur.

Jeritan itu memburukkan lagi keadaan telinga Muhammad, sehingga akhirnya dia terduduk di kaki lima yang menuju ke arah dapur rumah anak yatim itu. Deruan nafasnya yang bergerak laju itu cuba untuk dia stabilkan, namun sukar kerana detak jantungnya sekarang sedang melagukan irama yang lebih pantas berbading biasa. Perlahan-lahan, dia memandang kedua-dua telapak tangannya.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now