Bab 12

1.7K 238 163
                                    

Meski terperangkap dengan kekangan masa, namun masihku gagahkan jua untuk tatapan semua.

Update jugalah, sebab kalau hiatus lama-lama nanti pembaca lupa jalan cerita hahahah. Oh ya, komen-komen bab sebelum ini akan saya balas kesemua setelah berlalunya tanggal 7hb April 2021, jika diizinkan Tuhan yang Maha Baik.

Inshaa Allah pada hari Isnin minggu hadapan, akan bermula perjuangan tanpa hunusan pedang setelah 453 hari para pelajar STAM bertungkus-lumus menuntut ilmu. Doakan kami, semoga urusan kami semua dipermudahkan dari mula hingga akhir allahumma aamiin allahumma aamiin.

+++++

You’re the liar of justice.

“Awak... cari dan tunggu saya?”

Daripada dada langit yang sepi tanpa taburan bintang, jatuh ke arah gelora halus air di dalam kolam renang di rumahnya. Jernih, menampakkan dasarnya yang berlantaikan jubin biru. Gelora ombak tersebut itu dia tatap dan deruan lembut menyapa telinga Haydar, cuba untuk menyalurkan sebuah ketenangan dalam hati dan fikirannya.

Ianya makin melarat.

Perasaan Haydar terhadap wanita itu semakin erat mencengkam jiwa. Sesungguhnya, itu teramat sangat menyesakkan dada Haydar.

Bagaimana dia hendak berhenti?

Pilihan mana yang dia perlu pilih?

Jalan mana yang harus dia ambil?

Dia sendiri buntu.

Satu-satunya masalah yang masih belum ditemui jalan keluarnya. Tak sama seperti kes-kes yang dia terima sebelum ini, kesemuanya berjaya dia selesaikan dengan penuh gemilang.

Namun kali ini, dia masih tersadai tanpa sebarang jawapan.

Seketika kemudian, Haydar menangkap bunyi enjin kereta mendekati rumahnya. Dia sudah tahu siapakah gerangan itu, jadi dia hanya tenang saja. Menanti gerangan tersebut ke rumahnya. Lalu, dia bangkit daripada duduk dan berlalu ke peti ais. Gleas kosong diambil sebelum dituang jus oren ke dalamnya.

“Kenapa kau panggil aku datang sini?” Noah menyoal sambil meletakkan kunci keretanya di atas meja di dapur sebelum dia menuju ke arah Haydar. Salam dihulur dan ianya disambut baik oleh Haydar.

“Saja.” Haydar membalas sambil menghulurkan gelas tadi.

“Tipu. Mata kau cakap lain,” ujar Noah sambil menuding tepat ke mata Haydar. Kelihatan Haydar tersenyum, sekaligus mengiyakan bicara Noah tadi. Setelah itu, kedua-dua mereka duduk di atas kerusi, menghadap ke arah kolam renang.

“Aku lupa birthday kau lagi,” ujar Haydar. Memulakan perbualan di antara kedua-dua mereka di hadapan kolam renang halaman rumah Haydar itu. Noah menoleh sebelum tersenyum kecil.

“Untuk kali yang kedua, aku minta maaf,” sambung Haydar selepas itu.

It’s okay, aku tak marah pun kau lupa birthday aku. Bukannya apa-apa pun. Lagipun, aku tak suka sambut hari lahir aku, sebab tibanya tarikh lahir yang baru bermaksud aku makin dekat dengan kematian.” Noah membalas tenang.

Tarikh lahir menjengah lagi, tahun demi tahun. Umur meningkat bermaksud ajal makin mendekat. Sebab itulah apabila tiba tarikh lahirnya setiap tahun, Noah akan pergi ke mana-mana rumah anak yatim atau rumah orang-orang tua untuk diberikan sumbangan. Dia manfaatkan masanya dengan pahala, kerana usianya semakin singkat. Bila-bila masa ajalnya akan tiba, jadi dia mesti bersiap sedia sentiasa.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now