Bab 3

3.2K 314 277
                                    

You’re the liar of justice.

Haydar mematikan enjin BMW 530i miliknya setelah diparkirkan di sebelah kereta Audi RS7 kepunyaan Hugo. Kakinya melangkah keluar dan masuk ke dalam bangunan Black Academy itu. Bangunan yang sudah berdiri selama 4 tahun itu masih kelihatan baru. Senyuman nipis terukir di wajah, berpuas hati dengan cara Hugo dan ahli kumpulannya menjaga bangunan miliknya itu.

“Tuan Haydar!” Tumpuannya lari ke arah Liam yang berlari anak ke arahnya. Setelah itu, dia menunduk hormat kepada Haydar.

“Terkejut saya apabila saya nampak kereta Tuan Haydar ke sini tadi. Perkara apa yang buat Tuan Haydar datang ke sini?” Liam menyoal Haydar setelah mengangkat semula badannya. Kemudian, Haydar meneruskan langkah dan Liam mengekorinya.

“Aku datang nak jumpa Hugo. By the way, how’s the academy?”

“Akademi Tuan Haydar berada dalam keadaan baik. Kami makin terima banyak permohonan pelajar baru.” Liam membalas soalan Haydar itu dan lelaki tersebut mengangguk faham.

Black Academy ialah akademi yang ditubuhkan oleh Haydar dan Hugo untuk memberikan tunjuk ajar dalam ilmu seni mempertahankan diri. Pelbagai seni ilmu mempertahankan diri ada di akademi ini, dan nama akademi ini mencanak naik kerana nama Haydar. Apabila diumumkan yang akademi ini ialah hasil idea Haydar dan seorang rakannya, ramai yang mendaftar masuk.

Namun, tujuan sebenar akademi ini ditubuhkan, hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu.

“Sambunglah kerja kau. Aku pergi jumpa Hugo sendiri. Tak perlu iring aku,” ujar Haydar apabila Liam masih berada di sisinya. Apabila diberikan arahan seperti itu, barulah Liam beredar dan meninggalkan Haydar di situ.

Lantas, Haydar bergerak ke arah suatu pintu dan ditolak pintu berlabel 02 itu. Matanya disajikan dengan gelanggang yang menjadi tempat berlatih para penuntut di sini. Figura lelaki yang sedang berdiri di sebelah tingkap gelangsar yang tinggi itu didekati oleh Haydar. Suasana hijau yang dikelilingi rumput segar dan pokok-pokok yang menjadi pagar untuk laman akademi itu turut ditatap oleh Haydar.

“Pokok yang kita tanam dulu dah tinggi.” Hugo berkata dan Haydar mengangguk kecil.

It’s been a while, I think.” Haydar berkata dan kemudian, Hugo memandangnya. Pemacu pena dihulurkan kepada Haydar dan ianya disambut oleh lelaki tersebut.

“Esok lelaki itu akan pergi dinner dengan Tuan Ian Lim. I think he’s the culprit, since he failed to get into this project. Ayah kau pilih syarikat lain sebagai supplier. Sebab itu, dia rasuah pekerja ayah kau untuk dapatkan maklumat,” ujar Hugo secara ringkas. Kesemua itu sudah dia cari sebelum dia menghubungi Haydar tadi. Dengan kemahiran komputer yang dia dan ahli kumpulannya ada, ianya sangat mudah untuk mencari apa-apa maklumat yang diperlukan.

Lagi pula kesemua rakyat Larida menggunakan aplikasi Reveal yang dia hasilkan, jadi memang mudah untuk menceroboh masuk peranti elektronik para penggunanya.

Namun, Hugo tidak akan buat perkara itu suka-suka. Jika Haydar memberikan arahan atau keadaan memerlukan dan mendesak, barulah dia akan buat.

“Jangan kerjakan dia sampai lunyai pula, woi. Orang itu ada anak dua orang. Fikir sikit masa depan anak-anak dia nanti,” tambah Hugo bagi memberikan peringatan kepada Haydar yang sangat dia kenal sifatnya ini. Lelaki yang tidak takut untuk melakukan apa-apa demi melindungi Tuan Daniel, Vanessa, Grande Black dan mereka yang dia sayangi.

Meski lelaki ini bekerja untuk undang-undang, namun tak semestinya semua yang lelaki ini lakukan berlandaskan undang-undang.

Haydar melepaskan tawanya sebelum mengangguk kecil. “Thanks for the advice. Aku akan cuba untuk sematkan dalam otak.”

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now