Bab 9

1.8K 267 131
                                    

Alhamdulillah, 1K views in 25 days. You guys are the best! Terima kasih kerana sudi menyokong saya dalam dunia penulisan ini.

Moga kita semua dipermudahkan segala urusan untuk menjadi yang lebih baik, allahumma aamiin!

++++

You’re the liar of justice.

Suasana di dalam kereta itu sepi.

Rose memalingkan wajahnya ke arah Haydar yang sejak tadi hanya membisu. Hatinya mula digigit kebimbangan kerana dia merasakan dia sudah membuat satu kesilapan tadi.

Dia menyebut nama lelaki itu.

Saat dia menyebut nama itu tadi, riak mata Haydar serta-merta berubah. Api kemarahan yang menjulang tinggi bertukar menjadi riak mata yang terkedu seribu bahasa. Lama kedua-dua mereka membisu sebelum Haydar secara tiba-tiba menariknya pergi dari situ.

Adakah Haydar terlalu marah kerana dia kembali menyebut nama yang lelaki itu cuba sembunyikan daripada pengetahuan umum itu?

Akhirnya, wanita itu membuang pandangan ke luar tingkap. Takut hendak membuka apa-apa bicara saat ketegangan sedang mengisi ruang di antara mereka berdua ketika ini.

Sementara itu, hati Haydar berperang sesama sendiri. Emosi menolak akal, akal menentang hati. Dia tidak tahu apakah yang harus dia lakukan saat ini.

Dia jatuh cinta pada seorang wanita yang sudah berumah tangga.

Kebodohan apa lagi yang dia boleh lakukan selain daripada ini?

Inilah benda paling bodoh yang pernah dia alami sepanjang 28 tahun dia hidup di dunia ini.

Apabila menyedari bahawa selama-lamanya dia tidak akan mampu bersama dengan wanita ini, hatinya menjadi serabut. Kecewa dan takut mula memanipulasi dirinya sendiri saat itu sehingga terzahir pada tangannya yang menggenggam erat stereng kereta. Timbul urat belirat pada tangan dan sebahagian lengannya yang disinsing lengan baju.

Nafas dilepaskan sebelum tanpa sedar, dia menunduk dan cuba untuk membuang rasa hatinya ke tepi.

“Haydar!” Haydar tersentak dan secara refleks, kakinya menekan brek apabila dia hampir melanggar kereta hadapannya. Lantas, bunyi tayar bergeseran kasar di jalan raya bergema dan bunyi hon kereta dari belakang mereka jelas kedengaran, memarahi tindakan Haydar yang menekan brek secara mengejut.

Rose memandang ke arah Haydar yang turun naik nafasnya dengan laju saat itu. Hatinya terus diselubungi risau.

“Haydar, awak okey tak? Awak berpeluh sekarang ini. Nak pergi...”

“Jangan cakap dengan aku.”

Rose terkedu seribu bahasa.

Tak semena-mena, hati wanita itu terguris dengan bicaranya. Perlahan-lahan, Rose mengalihkan pandangan ke arah beg tangannya, menunduk. Kerasnya kata-kata Haydar itu benar-benar menyentakkan dia.

Buat seketika, Haydar berdiam diri sebelum kembali memandu keretanya. Sepanjang perjalanan itu, memang tiada sepatah haram pun perkataan terbit daripada bibir kedua-dua mereka. Sehingga mereka tiba di bangunan Grande Black Lawfirm, lelaki itu memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk utama, bukannya diparkirkan kereta di tempat selalu.

Haydar nak ke mana?

“Aku nak pergi jumpa Sophia sekejap, dan mungkin aku tak dapat attend meeting hari ini. Suruh mereka terus meeting tanpa aku. Aku akan cuba selesaikan urusan aku secepat mungkin,” ujar Haydar tanpa menoleh ke arah Rose. Matanya hanya tertancap ke arah hadapan.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now