Bab 2

3.8K 356 426
                                    

Saya rasa nak update awal hari ini, dan saya akan update bab 3 hari ini juga sebab saya sukaaaaaa sangat bab 3, ada court scene! Hahahaha. Inshaa allah petang saya update pula bab 3, ya?

Selamat membaca!

■■■■■

You’re the liar of justice.

Matanya tertancap ke arah bingkai gambar yang terletak di atas mejanya. Wajah Tuan Daniel bersama-sama dengannya ketika majlis konvokesyen Haydar beberapa tahun lepas itu dipandang lama, bagaikan sedang berlayaran satu memori dalam fikirannya ketika itu.

Hakikatnya, bukan gambar itu yang menerpa masuk dalam fikirannya, gambar yang disimpan di belakang bingkai gambar itu yang sedang dia fikirkan dalam fikiran.

Sekeping gambar yang membawa rasa sayu, kecewa, sesal, dendam dan marah seorang lelaki yang terpaksa hidup dalam penyamaran demi memastikan dia dapat terus bernafas di dunia itu.

Sedih.

Lalu, tangannya mencapai bingkai gambar tersebut. Bahagian belakang bingkai itu dibuka dan dikeluarkan sekeping gambar yang sudah lama disimpan di situ. Barisan ayat di belakang gambar tersebut berjaya mendapat perhatian ekor matanya.

Lilium House of Orphanage family.

Kemudian, bahagian depan gambar itu ditatap. Barisan kanak-kanak dan 4 orang dewasa di perkarangan rumah anak yatim itu menerpa retina matanya. 20 tahun dia memendam duka dan perasaan serba salah dalam jiwanya seorang diri, dan sehingga kini dia masih menyalahkan dirinya sendiri kerana bersikap mementingkan diri untuk kali yang kedua.

Pertama dengan ibu bapanya, dan kedua pula dengan warga rumah anak yatim itu. Kedua-duanya ialah insan yang dia anggap sebagai keluarga, dan kedua-dua keluarganya itu mati kerana sikapnya yang mementingkan diri.

Sebab itulah, dia berubah 180 darjah dengan keluarganya kini. Dia buang sikap tersebut, dan sentiasa meletakkan mereka di tempat yang pertama dan dirinya yang terakhir. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi melindungi keluarganya, Tuan Daniel, Vanessa dan kini, Noah pula.

Dia tak peduli.

Apa-apa pun caranya, dia akan buat. Baik atau buruk, berisiko atau tidak, dia tekad hendak melindungi kesemua mereka yang sudah dia anggap sebagai keluarga.

Juga sebagai bayaran semula untuk nyawa-nyawa yang sudah terkorban hanya kerana dirinya yang naif dahulu, dia akan jaga dan balas jasa mereka semua dengan cara ini. Meski ianya tidak akan mampu menyamainya, itu tidak menjadi alasan untuk dia berbuat sebaliknya.

Saat itu, wajah kanak-kanak perempuan berambut panjang pula menangkap pandangan matanya. Rose Alvinne, budak perempuan pertama yang menegurnya di rumah anak yatim itu setelah berbulan-bulan dia duduk bersendirian tanpa peneman. Budak itu menemani dirinya ketika dia bersendirian dalam dunia tanpa suaranya. Budak itu yang mendengar bicara tanpa bunyi Haydar dulu.

Budak itu juga mati kerana dirinya yang mementingkan diri.

Semuanya salah si pengamal ajaran sesat yang mengatakan bahawa dirinya ialah anak Tuhan Langit. Nyawa yang tidak bersalah walaupun secebis ditarik hanya kerana kepercayaan karut itu.

Bang!

Nafas Haydar turun naik kerana menahan amarah dalam dada. Mejanya ditumbuk bagi mengurangkan dendam yang meluap panas dalam jiwanya, namun ianya sama sekali tidak mengurangkan api, malah semakin marak bagai dituang minyak.

Haydar bersumpah, dia sendiri akan penggal kepala lelaki gila yang sudah membunuh Mama Yana, Rose, ibu bapa dan kesemua rakannya dahulu.

Sumpah itu ditanam dalam dasar hatinya. Tekad yang jitu tak akan terpadam walau apa-apa pun yang berlaku.

HAYDAR ROSE (Terbit)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz