Bab 10

1.9K 242 236
                                    

You’re the liar of justice.

Wanita itu turun daripada bas dan bergerak ke sebelah kananya. Di seberang jalan sebelah kirinya, bangunan Grande Black Lawfirm berdiri penuh megah di tengah-tengah bandaraya Curé itu. Jam menunjukkan pukul 6:44 pagi, dan matahari sudah menyinari setiap pelosok ruang di negara ini. Pelbagai jenama kereta melalui jalan raya utama bandaraya ini, masing-masing menuju ke tempat kerja, sama seperti dirinya.

Dia menghentikan langkah dan menanti lampu untuk pelintas jalan bertukar hijau. Masih ada 32 saat sebelum ianya bertukar warna, dan Rose hanya berdiri saja di situ. Tak seperti mereka yang lain, masing-masingnya tertancap mata ke arah skrin telefon pintar.

“Hari ini cuaca mungkin akan panas waktu tengahari.”

Rose terkejut dan terhinjut bahunya. Apabila dia menoleh ke sisi, wajah Jordan menghentak retina matanya. Dahinya lantas berkerut.

“Encik Jordan? Apa encik buat di sini?” Rose menyoal hairan dan langsung tidak sedar akan tubuhnya yang sama-sama berdiri di bawah payung dengan Jordan.

“Waktu malam pula dijangka hujan. Awak patut bawa payung, memandangkan awak pergi dan balik kerja dengan pengangkutan awam,” sambung Jordan lagi dan saat itu, barulah dia perasan akan cahaya matahari terhalang daripada memukul kulit tubuhnya dek payung yang dipegang oleh Jordan itu.

“Apa awak buat sekarang ini? Orang akan fikir kita aneh, sebab berpayung tengah panas begini,” ujar Rose selepas itu dan Jordan tersenyum kecil.

“Mana ada aneh. Ada juga orang yang berpayung seperti kita sekarang. Tengok sana,” ujar Jordan sebelum matanya tertancap ke suatu arah. Tanpa banyak bicara, Rose turut menoleh dan kelihatan ada seorang wanita yang berpayung di seberang jalan sana.

Terkelu lidah Rose buat seketika sebelum dia kembali memandang Jordan. Senyuman segaris terukir di bibirnya dan pandangan wanita itu tertumpu ke arah kesan luka di sisi bibir Jordan.

“Encik Jordan... tak apa-apa? Bibir awak...” Jari tudingan Rose naik ke arah bibir lelaki itu. Senyuman nipis terukir lagi di bibir Jordan.

Nothing to be worried, beautiful red Rose. A male without a scar is not a man,” balas Jordan selepas itu. Langsung tidak terzahir apa-apa riak selain tenang di wajah lelaki itu.

Lalu, Jordan menurunkan payungnya dan ditutup. “Awak tak nak tanya kenapa saya ada di sini?”

“Saya dah tanya tadi.”

“Saya tak dengar.”

“Itu masalah awak.” Tak semena-mena, Jordan melepaskan tawanya setelah mendengar kata-kata Rose itu. Wanita itu sudah mengerutkan dahinya hairan.

You’re unique, red Rose. No wonder he chooses you to be his secretary,” ujar Jordan dan tersenyum manis memandang Rose.

“Dan itu membuatkan saya makin berminat dengan awak.”

Rose tersentak seraya membatu. Riak wajah terkedu wanita tersebut mengundang tawa lelaki tersebut itu sekali lagi.

Please, not now, dearself.

Not now.

I’m here to see you actually, and to give you this.” Jordan berkata dan menyerahkan payung tersebut. Lengan baju Rose dicapai sebelum pemegang payung itu diberikan kepada wanita yang masih terkedu itu.

“Biar payung saya ini temankan awak sewaktu saya tiada.” Jordan berkata dengan nada berbisik sebelum memakai kaca mata hitamnya penuh gaya. Dia membuka langkah pergi, namun kemudian dia kembali semula.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now