Bab 5

2.9K 289 164
                                    

Sudden-update!

Untuk HAYDAR ROSE ini, saya tak tetapkan hari sebenarnya, jadi saya akan update ikut mood saya. Mungkin seminggu dua kali, atau tiga kali, atau mungkin seminggu sekali seperti NOAH VANESSA dulu.

Apa-apa pun, selamat membaca!

+++++

You’re the liar of justice.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan mata Haydar tertancap ke arah figura seorang lelaki di ruang tamu rumahnya. Tuan Daniel menoleh dan di wajah Haydar hanya terbias riak kosong. Seperti sudah maklum akan kehadiran lelaki itu di rumah itu.

“Pakcik nak makan malam dengan saya ke?” Haydar menyoal, meski dia sudah tahu tujuan lelaki itu bertandang ke rumahnya yang terletak dalam jarak 500 meter dari rumah agam Tuan Daniel. Juga terletak di puncak bukit yang menjadi tempat untuk The Black Heaven ini bertapak. Sebab itulah, dia suka duduk di luar ketika waktu malam. Dia dapat melihat cahaya indah bandar Curè daripada halaman rumahnya.

Kelihatan Haydar melangkah tenang ke arah akuarium rumahnya yang berada di sebelah televisyen 60 inci. Makanan ikan diambil sebelum dicubit sedikit dan dimasukkan ke dalam akuarium rumahnya yang berisi ikan-ikan kecil dan menawan itu. Batu-batu serta hiasan di dalam akuarium yang melekat di dinding itu sangat mempesonakan. Dengan lampu berwarna yang menerangi akuarium itu, meningkatkan lagi seri ruang tamu rumahnya yang kelihatan elegan dengan cat berwarna putih bersih.

"Kamu buat apa lagi, Haydar?” Tuan Daniel menyoal dari tempatnya. Kelihatan Haydar langsung tidak berpaling ke arahnya. Masih menabur beberapa makanan ikan ke dalam akuarium itu.

“Saya tengah bagi ikan makan sekarang ini. Kenapa, pakcik?” Haydar menyoal polos.

“Kamu tahu apa yang pakcik maksudkan, Haydar.” Tingkah Haydar yang sedang menabur makanan ikan itu terhenti dan segaris senyuman terukir di bibirnya. Kemudian, bekas makanan ikan itu kembali ditutup.

Then, straight to the point. It’s easier. Haydar pun dah penat, nak tidur. Esok ada kerja lagi,” ujar Haydar dan berpaling ke arah Tuan Daniel. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

“Pakcik nak minum air apa? Haydar buatkan,” ujar Haydar sebelum meletakkan bekas makanan ikan itu di tempatnya semula. Alat kawalan jauh dicapai dan diaktifkan pendingin hawa rumahnya. Kemudian, kakinya dibuka langkah ke arah dapur yang terletak secara berhadapan dengan pintu gelangsar yang membawanya ke kolam renang.

Tingkah lakunya saat itu seakan-akan menunjukkan bahawa dia langsung tidak berbuat apa-apa perkara tadi.

“Jangan salah gunakan Hugo dan orang-orangnya dia, Haydar. Pakcik serahkan mereka pada kamu bersebab. Kamu kena ingat, Hugo masih orang bawahan Ronald dan Ronald ialah orang bawahan pakcik. Jangan ingat kamu boleh sorokkan apa-apa daripada pakcik.” Teguran Tuan Daniel itu langsung tidak memberikan kesan kepada lelaki yang sedang mencapai dua gelas daripada kabinet rumahnya itu.

“Haydar tak pernah sorokkan apa-apa daripada pakcik. Haydar cuma tak beritahu saja,” balas Haydar tenang dan Tuan Daniel melepaskan keluhan kecilnya.

Kadang-kadang Tuan Daniel sendiri tertanya-tanya, adakah lelaki ini mempunyai hati perut atau tidak? Dia sendiri seram dan gerun jika Haydar sendiri bertindak sebegini. Walaupun dia tahu Haydar tak akan sesekali berbuat sebegitu pada dia, namun dia tetap risau.

“Ianya boleh diselesaikan dengan cara lebih mudah, Haydar. Pakcik boleh panggil orang itu dan...”

It’s not fun, then.” Haydar mencelah sambil tangannya menuang air panas ke dalam gelas. Bunyi dentingan sudu besi dengan dinding gelas mula menemani kedua-dua mereka.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now