Bab 14

1.5K 228 266
                                    

You're the liar of justice.

“Vans nak kahwin.”

Tuan Daniel dan Haydar terus mengangkat wajahnya. Kesemua mereka sudah tahu Vanessa ingin berkahwin. Dah ada tunang, mestilah nak kahwin, kan?

“Hari Khamis minggu depan.” Saat itu, mata kedua-dua mereka membuntang besar. Khamis minggu hadapan? Maksudnya, 6 hari dari sekarang. Cepatnya!

Wow, gelojohnya!” Haydar berkata sebelum kedua-dua beranak itu mencerlung tajam ke arah Haydar.

“Apa?” Bahu diangkat. Selamba sungguh si Haydar membuat muka tidak bersalah.

“Aku dengan Noah dah bertunang 2 tahun, dan aku tak nak tangguhkan lagi benda yang baik. Aku...”

“Eleh, cakap sajalah kau dah tak sabar nak kahwin dengan Noah.” Haydar mencelah dengan nada menyindir sambil dia menyudu masuk hidangan di sudunya itu ke dalam mulut. Vanessa sudah memandang Haydar tajam.

“Orang single duduk diam-diam.” Vanessa membalas dan Haydar menekup mulutnya.

“Pakcik, tengok Vans! Dia merendahkan martabat saya sebagai presiden kelab bujang terlajak perfect peringkat kebangsaan!” Haydar berkata sambil memandang ke arah Tuan Daniel. Kelihatan Tuan Daniel menggeleng kecil sambil memegang kepalanya. Pening kepala melayan kedua-dua mereka.

Bila matang, matang sangat. Bila nakal, nakal sangat. Bila gaduh pula tak jauh beza seperti tentera Amerika Syarikat lawan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Dua-dua macam orang asing yang langsung tak pernah berjumpa. Bila mereka semua nak membesar agaknya?

“Kamu dah bincang dengan Noah betul-betul?” Tuan Daniel menyoal Vanessa. Haydar menarik muncung. Tak puas hati kerana Tuan Daniel tidak berpihak pada dia. Kemudian, dia kembali menjamah makan malamnya.

“Ya, dan dia setuju. Kami...”

“Dia setuju? Maksudnya, kau yang approach dia dulu supaya kahwin minggu depan? Wow, you’re really a legend!” celah Haydar lagi sebelum menepuk tangannya.

“Jangan menyampuk cakap orang taken.” Vanessa membalas selepas itu.

Sekali lagi Haydar menekup mulutnya sebelum negurut dadanya dan mengangguk perlahan. “Jangan risau, Haydar Black. Jodoh kau on the way, jodoh kau on the way.”

Tuan Daniel tertawa halus melihat mereka berdua. Kadang-kadang mereka berdua comel juga rupanya, ya?

“Lagi 2 minggu saya akan masuk kerja di Hospital Queen Derin semula, jadi lebih baik kami langsungkan pernikahan dalam masa terdekat,” ujar Vanessa, kembali ke topik asal mereka.

“Baguslah, ayah juga sependapat dengan kamu. Kamu nak buat majlis bagaimana? Ringkas, atau grand?” Tuan Daniel menyoal selepas itu. Haydar pula hanya setia menjadi pendengar.

Takut nanti kena tegur single lagi.

Padahal, bukannya salah pun single, kan? Single kerana menunggu yang sebenar datang menjelma. Sekurang-kurangnya, dia single yang bukan berniat hendak merampas sesiapa yang taken.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now