Bab 17

1.9K 231 222
                                    

Sebenarnya, nak publish malam tadi, tapi waktu terdetiknya niat tu tepat pukul 12 malam. Jadi, saya postpone sebab dah lewat sangat.

Oh, ya. Bab ini antara bab yang saya sangat sangat sangat sangat suka dalam HAYDAR ROSE. Kenapa?

Read, and you will understand.

++++

You’re the liar of justice.

Vanessa yang menyilangkan tangan di dada memandang tepat ke wajah Haydar yang juga sedang serius riak wajahnya. Suasana sepi dan agak tegang. Hanya ditemani dengan suara ombak kecil oleh kolam renang rumah Haydar saja.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Vanessa sebelum tangannya naik menongkat kepala yang terasa berat. Lalu, mata wanita itu menembusi pintu gelangsar lut sinar di sebelah kanannya, terus memandang ke arah figura Hannah dan Rose di sofa putih di rumah tamu rumah Haydar. Hannah yang leka dengan mainan di tangan, manakala Rose pula hanya membatu.

Tiada beza seperti mayat hidup.

“Kau pun tahu apa reaksi Pakcik Dan kalau dia tahu benda ini.” Lalu, Vanessa kembali memandang ke arah Haydar di hadapannya. Tangannya kembali disilangkan di dada.

He can be furiously mad with you just like 5 years ago, and now you’re going to drag him to be like that again. Are you insane, or you just losing a part of your brain? Wanna me to find a spare part for you?” Selamba Vanessa menyoal Haydar. Keningnya terangkat dan kepala menyenget sedikit, benar-benar mempersoalkan tindakan Haydar kali ini.

Kejadian 5 tahun lepas cukup besar kesannya bukan pada Haydar sahaja, malah pada kesemua mereka juga. Dia tak mahu Tuan Daniel menyakiti Haydar lagi.

Dia tak nak kedua-dua mereka terluka, itu saja.

No need. Aku cuma nak kau tolong aku rahsiakan benda ini daripada Pakcik Dan sementara aku selesaikan urusan yang lebih mustahak,” ujar Haydar selepas itu. Tidak menyambut perlian Vanessa dengan gurauan atau perlian semula. Tiada masa untuk dia bergurau sekarang.

Dia memilih jalan ini akhirnya.

Meski dia mungkin akan kehilangan Hugo.

Buat masa sekarang, keselamatan Rose dan Hannah menjadi keutamaan paling besarnya.

“Kau dah gila ke, Haydar? Kau sendiri tahu macam mana reaksi dia kalau dia tahu benda ini, kenapa kau masih nak teruskan? Aku tahu kau memang berani orangnya, tapi tindakan kau ini seolah-olah mencabar dia. Aku tak rasa dia hanya akan marah kau, mungkin dia akan buang kau juga. You need to think about this again, Haydar.” Vanessa cuba memujuk Haydar agar menghentikan niat gilanya untuk membiarkan dua manusia itu tinggal di sini.

"Aku dah fikir perkara ini sejak semalam, Vanessa. Aku juga tak jumpa cara lain untuk pastikan keselamatan mereka. Aku dah suruh Hugo hantar dua orang lelaki pun dah buat dia begitu sekarang, kau expect apa lagi? Kau boleh fikir cara lain lagi?” Haydar menyoal Vanessa selepas itu.

Dia harap Vanessa memahaminya.

Dia harap Vanessa tak akan berpaling daripadanya seperti Hugo tadi.

Setiap derap langkah yang diambil Hugo saat berpaling daripadanya tadi seakan-akan timpaan demi timpaan dalam hatinya. Begitu sakit dan tidak mampu diungkapkan lagi dengan bicara.

Beginikah sakitnya dikhianati?

Adakah dia yang dikhianati, atau dia sebenarnya yang mengkhianati?

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now