Bab 6

2.3K 272 178
                                    

Finally, I found him!

I found who suits the character as Haydar Black very well. Check out the Youtube video that I include up there.

Atau awak semua boleh sahaja cari di Youtube, Jurrivh. Youtube Suggestion saya penuh dengan muzik piano, dan saya terjumpa video dia. I think he suits the role as Haydar Black very well hehe.

Oh, by the way, lagu John Legend dengan Faouzia yang baru sedap, kan? Siapa peminat John Legend, angkat tangan sikit? Hahahaha.

+++++

You’re the liar of justice.

“Aku rasa lelaki itu suami Rose.”

“Awak?” Buat kesekian kalinya, Rose memanggil nama Haydar. Namun begitu, lelaki itu tidak mengendahkannya seakan-akan tidak mendengar langsung panggilan Rose tersebut.

“Haydar!” Tangannya dilayangkan di hadapan wajah Haydar dan barulah lelaki itu tersedar. Terus saja wajah lelaki itu dipalingkan ke arah Rose di sebelahnya.

“Ya? Kau panggil aku ke?” Soalan Haydar itu membuatkan Rose membuat muka bosan.

“Dah berbuih-buih mulut saya bercakap, tapi awak tak dengar?” Rose menyoal semula dan Haydar menggeleng.

Sorry, aku... fikir benda lain tadi.”

“Tak apalah, saya ulang semula,” ujar Rose sebelum memandang buku di hadapannya.

“Pukul 2 nanti, kita ada meeting tapi tadi Encik Levi suruh saya beritahu pada awak untuk pergi ke pejabat dia sekejap, nak kenalkan awak dengan pekerja baru awak. Saya dah jumpa dia tadi, cantik.” Rose berkata sambil tersenyum kepada Haydar. Senyuman itu Haydar balas dengan senyuman kekok.

Keceriaan wanita itu menakutkan dirinya.

Bagaimana agaknya reaksi Rose jika kebenaran terbongkar nanti?

“Kemudian, pukul 5 awak akan ke Heybin’s Café untuk jumpa Eraine, bincang tentang perbicaraan kes Eraine yang seterusnya, iaitu hari Khamis minggu hadapan. Itu saja untuk hari ini,” sambung Rose sebelum menutup bukunya dan memandang Haydar.

“Kerja sebagai setiausaha lagi senang daripada yang saya sangka.” Rose berkata lagi selepas itu dan Haydar hanya tersenyum saja.

Dahi Rose berkerut. “Awak nampak pelik lepas jumpa kawan awak tadi. Kenapa? Awak berdua gaduh ke?”

“Mana ada.”

“Habis itu, kenapa awak nampak pelik sekarang? Awak rampas girlfriend dia ke, dan dia dapat tahu dan dia bagi amaran pada awak dan...”

"Tak, bukan. Semua andaian kau salah. Dia dah ada tunang, dan aku tak berminat nak rampas hak orang. Kau ingat aku ini sama ke dengan lelaki dalam drama itu?" Haydar memintas bicara wanita itu sebelum dia melalut lebih jauh.

"Manalah tahu. Lelaki kan semuanya sama." Rose mencebik.

"Aku lain. Aku jauh lebih kacak dan sempurna daripada lelaki-lelaki dalam drama itu. Mark that, I'm different from others. Haydar Black is one and only Haydar Black," ujar Haydar sambil menuding ke arah Rose.

"Hmph, okey."

Haydar mencerlung tajam ke arah wanita itu. Hmph? Macam memperkecilkan saja gayanya.

“Hidup kau macam mana?” Haydar segera mengubah topik dan Rose menoleh hairan.

“Hidup kau sekarang, okey ke tidak? Anak kau sihat? Aku teringin nak jumpa dia.” Kata-kata Haydar itu membuatkan Rose mengangkat keningnya.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now