Bab 1

5.7K 451 596
                                    

You’re the liar of justice.

Pancuran air dimatikan dan dibalut tubuh sasanya dengan baju mandi berwarna hitam yang tersedia di dalam bilik mandinya itu. Mulutnya menyanyi perlahan akan suatu rentak yang bernada riang, menggambarkan suara hatinya yang berada dalam mod baik. Tuala kecil diambil dan digosok rambutnya yang basah itu sebelum dia berlalu keluar daripada bilik mandi.

“Bangun pagi gosok gigi, Haydar seksi idaman hati.” Haydar menyanyi kecil sebelum memandang ke arah cermin di biliknya dan mengenyitkan matanya.

Oh my God, Haydar Black. Jangan kenyitkan mata waktu temu bual nanti, nanti ramai pula warded sebab heart attack. Kasihan Noah kena overtime nanti.” Haydar membebel sendirian sambil tangannya mengeluarkan satu demi satu pakaian dari dalam almarinya.

“Eh, tapi Noah bukan bahagian kardiologi, kan? Merepek betul kau ini, Haydar. Nasib baiklah handsome,” ujar Haydar sebelum matinya tertancap ke arah kot berwarna light brown agak lama. Tangannya mengetuk dagu sendiri sebelum menggumam kecil dan akhirnya, dia mencapai kot tersebut.

You need to feel honoured, light brown coat. Because this handsome and perfect guy is going to wear you today. Transform!”

































“Pakcik! Your handsome son is here!”

Tuan Daniel yang baru sahaja ingin menyuap sarapan pagi masuk ke dalam mulutnya itu mengangkat wajahnya apabila suara riang Haydar menerpa masuk ke dalam halwa telinganya. Keningnya terangkat melihat pakaian Haydar yang kelihatan lebih cerah hari ini.

Baju kemeja-T putih, kot berwarna coklat cair dan seluar slack hitam. Walaupun pakaian itu hanyalah pakaian yang simple, namun itu sudah cukup untuk menonjolkan betapa segaknya anak lelaki seorangnya ini. Ditambah pula dengan kaca mata hitam di wajah lelaki itu membuatkan aura dirinya semakin mencanak naik.

Siapa yang tidak tertancap mata buat beberapa ketika ke arah Haydar ketika ini memang seorang manusia yang pelik.

Namun, dia tak akan mengakuinya semudah itu.

“Pakcik waktu muda dulu lagi kacak daripada kamu.” Tuan Daniel membalas sebelum kembali mengalihkan wajahnya seakan-akan tidak berminat.

Terus saja Haydar menarik wajah cebik dan mendekati Tuan Daniel yang kembali menjamah sarapannya itu. Dia melabuhkan duduk di kerusi kosong bersebelahan Tuan Daniel sebelum direhatkan tangannya di atas meja.

“Pakcik, dalam hidup ini kita tak boleh kekal dalam kenangan pada masa lampau. We need to live our present life, so that you can focus and be predictable on your future. Masa lampau hanya dilihat semula sebagai pengajaran, dan sekarang pakcik memandang semula ke kenangan masa lalu tanpa ada faedah. So, it is better for you to look at me because I have your future in my hand,” kata Haydar dan berhujah panjang kepada Tuan Daniel yang langsung tidak menoleh ke arahnya.

“Siapa kata kamu pegang masa depan pakcik?” Tuan Daniel menyoal tanpa menoleh, juga dengan mulut yang sedang mengunyah makanan.

“Dengan wajah saya yang teramat kacak ini, saya boleh menentukan tahap pemasaran Grande Black yang merupakan nyawa kedua pakcik selepas Vanessa...”

“Grande Black nombor empat.” Serta-merta bicara Haydar terhenti dan lelaki 28 tahun itu memandang wajah Tuan Daniel hairan.

"Siapa ketiga?"

"Ariana."

“Yang pertama pula?”

“Vans.”

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now