Bab 11

1.8K 246 136
                                    

You’re the liar of justice.

Sepi.

Kedua-dua mereka membisu. Tiada langsung suara terbit di antara kedua-dua mereka, sedangkan corong radio pun tidak dibuka seraya menambahkan lagi kesunyian di dalam kereta itu. Haydar hanya diam memandang ke hadapan. Jalan raya yang lancar tanpa kereta yang terlalu banyak menyebabkan lelaki itu memandu keretanya secara bersahaja, iaitu dengan sebelah tangannya sahaja yang memegang stereng.

Rose?

Kekal setia memandang ke luar tingkap.

“Rose Alvinne.” Namanya penuhnya diseru buat kali pertama sepanjang tiga minggu dia bekerja dengan lelaki itu, membuatkan wanita tersebut menoleh bersama-sama tanda soal dalam kotak fikiran.

Sepi.

Rose salah dengar ke tadi?

“Awak... panggil saya ke tadi?” Rose menyoal selepas itu. Wajah kosong Haydar dipandang. Lelaki tersebut langsung tidak menoleh, namun soalannya dijawab.

“Ya.”

“Kenapa awak panggil saya?” Rose bertanya lagi.

“Aku ingatkan kau tak sudi nak pandang aku. Kau tak bercakap banyak pun dengan aku hari ini,” balas Haydar. Nada suaranya bernada tenang, tidak mendatar seperti siang tadi.

Rose menyepi buat seketika sebelum menjawab. “I treat people the way they treated me.”

Giliran Haydar untuk menyepi. Jawapan Rose ketika itu jelas meninggalkan kesan dalam hati lelakinya. Seketika itu, Rose kembali membuang pandangan ke luar tingkap sebelum Haydar kembali bersuara.

“Kau ingat Tuan Aryan?”

Rose menoleh pantas.

“Pemilik... Lilium House of Orphanage?” Rose menyoal semula. Matanya membuntang besar saat itu, tertanya-tanya akan asbab Haydar menyoal pertanyaan itu kepadanya.

Haydar menganggukkan kepalanya. “Sebenarnya, aku pergi jumpa dia semalam. Sebab itulah, aku tak balik office langsung lepas dah hantar kau.”

Rose terkedu serta-merta.

Kebisuan dan kekakuan wanita itu membuatkan Haydar menoleh hairan. "Kenapa kau terkedu sangat?"

Terus saja wanita itu kembali tersedar. "Err... tak, saya tak sangka yang... dia masih hidup lagi. Awak buat apa jumpa dia?”

“Hanya untuk... tanya dia, sama ada dia ada ingat apa-apa tentang kejadian itu, atau mungkin orang-orang yang pernah jumpa dia sebelum kejadian itu terjadi? I’m just... wondering,” balas Haydar selepas itu, dan berjaya membina semula hubungan baik dengan wanita itu.

Menjauhi wanita ini hanya akan melukakan kedua-dua mereka, juga sukar untuk mereka berkomunikasi dalam urusan kerja.

Sakit macam mana pun, dia harus bertindak profesional. Urusan peribadi dan kerja tidak patut dicampur aduk.

Rose mengangguk faham. “Dia macam mana sekarang? I mean, his life.”

Good. Hidup gembira dengan isteri dja. Anak dia ada 4 orang, dua dah kerja dan dua lagi masih belajar di sekolah tinggi.” Haydar membalas secara ringkas.

“Dia duduk di mana?” Soalan lain diajukan.

“Kampung Phiolin, di dearah Herign Sr. Kenapa kau tanya? Kau nak lawat dia, kah?” soal Haydar dan menoleh sekilas ke arah wanita itu.

“Tak adalah, saya saja nak tahu." Rose membalas dan serta-merta, peperangan dingin di antara mereka berdua sudah terhapus begitu sahaja.

“Dia cam awak ke?” soal Rose lagi.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now