Bab 13

1.6K 217 168
                                    

You’re the liar of justice.


Daripada kerusinya, dia memandang ke arah bangunan Grande Black Lawfirm sambil meneguk air kotak susu full cream yang dibelinya. Dia akui, bangunan itu kelihatan sangat gah berdiri di situ, juga bagaikan mempunyai suatu tarikan aneh pada bangunan 5 tingkat tersebut.

Kemudian, matanya dilarikan. Suatu nafas yang mengiringi rasa lega juga secebis resah dilepaskan. Dia tak tahu sama ada dia hendak lega atau tidak sekarang ini.

Dia lega, dalam masa yang sama dia juga risau.

Akhirnya, dia menolak segala sangkaan fikirannya sebelum turun daripada kerusi yang disediakan di kedai serbaneka yang terletak di seberang jalan dengan firma tempat kerjanya. Langkah kaki dibuka dan keluar daripada kedai tersebut. Perutnya sudah penuh diisi dengan susu kotak tersebut, maka dia perlu balik ke mejanya semula.

Lampu isyarat untuk pejalan kaki merah dan Rose berhenti di tepi jalan di simpang tersebut. Disebabkan jam sudah masuk jam kedua waktu bekerja, jadi jalan raya sudah tidak sesak dengan ramai orang dan kereta. Di persimpangan ini, hanya ada dirinya seorang ditemani dengan beberapa kenderaan berjelaga di atas jalan besar. Matahari juga sudah naik tinggi, membuatkan tangan Rose naik menghalang cahaya matahari daripada membakar kulit wajahnya.

Dia menyesal sebab tak bawa bersama payung yang Jordan berikan sebelum ini. Payung itu disimpan sahaja di mejanya. Dijadikan sebagai payung kecemasan jika hujan turun pada waktu dia balik kerja.

“Mesti awak menyesal tak bawa payung saya, kan?”

“Mak!” Rose terperanjat besar dan berundur beberapa tapak. Matanya lantas membuntang besar apabila figura Jordan berada di sebelahnya.

Seriously.

Dia ini hantu ke apa? Muncul tiba-tiba waktu orang terlintas tentang dia.

Lagi satu, kenapa mereka berdua mesti dipertemukan di sini? Ini sudah kali kedua mereka berjumpa di sini, dan Rose tak rasa ini hanya kebetulan.

Takkan Jordan intip dia ke? Untuk apa?

“Encik Jordan intip saya ke?” Tanpa berfikir panjang, Rose terus menyoal dan kening Jordan terangkat.

“Kenapa awak fikir saya intip awak?” Jordan menyoalnya semula.

“Apa Encik Jordan buat di sini? Tempat kerja Encik Jordan jauh berbelas-belas kilometer dari sini, kan? Saya tak rasa Encik Jordan ada di sini sekadar kebetulan saja,” balas Rose kepada Jordan yang sedang tersenyum nipis.

Ish, seram pula dengan lelaki ini!

“Bandaraya Curé bukan untuk awak sahaja, Puan Rose Alvinne. Jalan raya di bandar ini untuk semua orang, jadi suka hati sayalah nak ke mana-mana.” Jordan menjawab kata-kata Rose tanpa jawapan tepat.

Meragukan.

“Sekarang waktu bekerja, Encik Jordan. Encik Jordan seorang peguam, mesti Encik Jordan ada banyak kes yang kena diselesaikan dari membuang masa dengan saya di sini.” Rose membalas semula. Skop kerja seorang peguam sebenarnya sangat sibuk daripada yang disangka. Cuma bijak atau tidak saja mengurus masa dengan baik.

Sedangkan Haydar yang bijak menguruskan masa pun pun kadang-kadang balik lewat malam untuk menyiapkan kerjanya. Kerja sebagai seorang peguam sentiasa sibuk dengan klien, perbicaraan dan dokumen bertulis. Mana ada masa banyak untuk berjalan-jalan sebegini.

“Saya tak rasa masa saya terbuang kalau dengan awak.”

Rose terkedu dan Jordan memaniskan lagi senyumannya. Mata Rose yang bundar itu semakin bulat memandang ke arah Jordan, membuatkan dia melepaskan tawa halus.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now