Bab 15

1.6K 224 237
                                    

You’re the liar of justice.

“Kami terpaksa kurung dia di dalam bilik soal siasat, sebab dia terlampau bising, terpekik terlolong macam tengah buat konsert. Saya yang tengah ngantuk tadi hilang terus segar macam baru minum kopi pekat pahit,” kata seorang pegawai yang berjalan di hadapan Haydar dan Hugo sebelum menoleh ke arah mereka berdua.

“Dia asyik sebut nama Encik Haydar, minta Encik Haydar datang selamatkan dia dan bawa dia keluar dari sini. Encik Haydar... memang datang untuk itu, kah?” Pegawai itu bertanya selepas itu.

Pasti dia menganggap bahawa Haydar dan wanita itu mempunyai hubungan istimewa.

“Saya cuma nak tanya dia beberapa perkara. Pekerja saya hampir dia bunuh, takkanlah saya nak duduk diam saja?” Haydar membalas persis berbicara dengan kawan yang sudah lama dikenali. Padahal, baru saja mereka bertemu untuk kali pertama di meja pegawai polis itu tadi.

Siap minta tangkap gambar lagi.

Hugo juga yang kena jadi jurugambar tak berbayar tadi. Susah betul berjalan dengan orang terkenal sebegini.

Nasib baiklah Haydar ini hanya peguam terkenal dan seorang pewaris syarikat besar sahaja. Kalau Haydar ini pelakon atau penyanyi, penat Hugo jadinya.

“Ouh, yang dibawa ke hospital tadi pekerja Encik Haydar? Kenapa dia serang agaknya, ya? Mungkin sebab dia cemburu kut, pekerja Encik Haydar itu berpeluang jumpa Encik Haydar depan-depan, sedangkan dia cuma boleh tengok dari jauh dan kaca TV saja.” Pegawai itu berkata selepas itu, membuat hujahnya sendiri.

Namun, tak mustahil.

“Mungkin,” balas Haydar sambil mengangkat bahunya. Kemudian, mereka tiba di hadapan pintu berlabel B-07.

“Mari masuk, Encik Haydar.” Haydar dipelawa oleh ketua itu dan memulas tombol pintu tersebut.

“Haydar saja?” Hugo menyoal perlahan sebelum menarik cebik.

Dia turut masuk ke dalam bilik tersebut. Daripada cermin besar di dalam bilik itu, kelihatan seorang serba hitam sedang duduk memeluk lutut di sudut penjuru bilik itu dengan kepalanya yang disembam ke lutut. Kerusi beroda sudah terbalik di hadapan pintu dengan meja yang senget.

“Tadi dia mengamuk sampai campak kerusi ke pintu banyak kali. Macam orang kena rasuk pun ada,” kata Ketua Lim setelah menoleh ke arah Haydar.

“Encik Haydar nak masuk juga, kah?” Soalan itu diajukan selepas itu. Dia takut Haydar dan lelaki seorang lagi itu dicederakan oleh perempuan gila ini. Nanti dia kena pecat pula sebab biarkan anak Tuan Daniel Black, lelaki terkaya dan paling berpengaruh di negara itu dicederakan.

Naya 48 tahun dia hidup!

“Ya. Tapi, boleh saya minta supaya encik tinggalkan kami sebentar? Saya nak bincang sesuatu secara personal dengan dia.” Haydar berkata dan meminta izin penuh hormat.

“Boleh saja,” balas Tuan Lim sambil tersenyum.

Dia tinggalkan mereka pun, dia masih boleh tahu apa yang mereka bincangkan. Ada kamera di dalam bilik itu.

“Terima kasih. Hugo, teman aku,” ujar Haydar sebelum bergerak ke pintu.

Tch, penakut.” Hugo berkata selamba dan Haydar memandangnya tajam.

“Aku tumbuk kau karang, baru tahu.”

“Dah tahu dah, terima kasih.”

Haydar membiarkan saja si Hugo ini merepek sendirian dan pintu tersebut dibuka. Saat itu, Ketua Lim sudah berlalu keluar seperti yang dipinta oleh Haydar tadi. Ketika pintu dibuka, terus saja perempuan itu mengangkat wajahnya dan ternganga besar melihat figura Haydar berjalan masuk ke dalam bilik soal siasat itu.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now