Bab 8

2K 275 152
                                    

You’re the liar of justice.

Rose hanya membisu di sebelah Haydar. Buat kesekian kalinya, dia memandang ke arah buah tangan berisi buah-buahan yang dibawanya. Mereka berdua sedang menuju ke wad VIP di Jabatan Kardiologi, Hospital Queen Derin. Mata wanita itu jauh ke arah pintu utama hospital apabila dia menoleh ke kiri.

“Mereka tak balik lagi?” Soalan Rose itu membuatkan Haydar turut menoleh ke arah kirinya. Daripada dinding lut sinar lif yang dinaiki mereka, kelihatan beberapa orang wartawan sedang duduk di sofa yang disediakan di kawasan pintu masuk utama hospital itu.

“Mereka tak akan balik selagi mereka tak dapat perkara yang mereka inginkan,” ujar Haydar dan kembali mengalihkan wajahnya.

“Apa yang mereka inginkan?” Rose menyoal polos.

“Berita panas,” balas Haydar ringkas dan Rose mengangguk faham. Pasti kesemua wartawan itu sedang menunggu berita atau respon daripada pihak Tuan Lewis Wu.

Sudah tentunya mereka sanggup tunggu dan mereput di situ, kerana berita tentang dana daripada syarikat pelacuran haram di negara jiran itu teramat sangat mengejutkan bagi penduduk negara ini. Barangkali mungkin menggemparkan negara lain juga.

Lelaki yang murah hati dan senyuman mesra, juga menghulurkan bantuan kepada insan yang susah itu rupa-rupanya menubuhkan syarikat pelacuran yang didatangi ramai orang besar dari serata dunia. Penipuan apa lagi yang lebih mengejutkan daripada ini sekarang?

Manusia memang tamak. Sadis. Hadis Nabi SAW sendiri sudah mengatakan, jika diberikan dua gunung harta kepada manusia, akan diminta lagi yang ketiga.

Untuk kali yang kedua, sadis! Manusia memang tamak.

Saat itu, pintu lif terbuka di tingkat 1 hospital itu dan Haydar melangkah keluar. Rose mengekorinya tanpa banyak soal dan kelihatan Haydar sedang menuju ke kafe hospital itu.

“Awak lapar ke?” Rose menyoal Haydar hairan. Namun, lelaki itu tidak membalas dan pintu kafe tersebut ditolak. Rose yang masih tidak mengerti apa-apa hanya setia mengekori langkah Haydar sehingga mereka tiba di satu meja di sudut sebelah kiri kafe yang diduduki oleh dua orang lelaki yang sedang rancak berbual.

“Noah, apa kau buat di sini?” soal Haydar dan Rose mengangkat keningnya sebelum menoleh. Lalu, kedua-dua lelaki itu memandang ke arah mereka berdua.

“Inikan tempat kerja aku, lagipun aku ternampak Hugo di sini. Jadi, aku duduklah sekejap nak borak dengan dia.” Noah yang masih tersarung jubah doktor di tubuhnya itu membalas. Kelihatan Hugo hanya mengiyakan sahaja.

“Kau tak ada pesakit ke?” Haydar menyoal lagi sambil menghulurkan salam kepada kedua-dua mereka.

“Tak ada. Last patient aku pukul 5 petang tadi. Kalau aku ada patient lain, aku takkan duduk sini dan berbual lama dengan Hugo,” balas Noah dan Haydar mengangguk faham.

“Baguslah, lagi ramai lagi bagus. Rose, kau duduk sini dengan mereka sekejap. Biar aku seorang pergi jumpa Tuan Lewis itu,” kata Haydar sebelum mengambil bakul di tangan Rose tanpa sebarang amaran. Rose pula sudah tersentak dan menarik hujung lengan kot hitam yang dipakai Haydar.

Haydar menoleh hairan.

“Awak tinggalkan saya seorang di sini? Dengan dua orang lelaki yang saya tak kenal langsung? Kalau apa-apa jadi, awak nak bertanggungjawab, kah?” Rose menyoal perlahan kepada Haydar, tidak mahu ditinggalkan sendirian bersama-sama dengan lelaki yang langsung dia tak kenal.

“Dua-dua ini lelaki paling aku percaya dalam dunia, dan mereka tak akan apa-apakan kau. Lagi-lagi yang pakai lab coat itu, dia lelaki paling malaikat aku pernah jumpa. Cumanya, hati-hati dengan mata dia. He can read your eyes and your lies,” ujar Haydar kepada Rose sebelum memandang ke arah Noah.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now