Bab 7

2.1K 272 227
                                    

Nak masuk award, tapi kena capai 10 bab. Hahaha get ready untuk hujan! Inshaa Allah sebelum 15hb Mac dah sampai bab 10. Anggaplah ini sebagai hadiah untuk kalian semua.

Sebenarnya, dah tulis sampai bab 26 dah untuk HAYDAR ROSE di laptop, tapi sengaja publish satu demi satu hehehe jangan marah!

+++++

You’re the liar of justice.

“Tuan Lewis Wu telah dimasukkan ke hospital pada jam 6 pagi kerana serangan jantung secara mengejut. Beliau dikejarkan ke hospital kemungkinan kerana terkejut dengan desas-desus mengenai dirinya yang tersebar tepat pada jam 12 tengah malam tadi."

Diusap lembut gelas yang berisi air kopi panas di dalam tangan. Saat itu, matanya disajikan dengan suasana bandar Curé yang disimbahi cahaya matahari pagi yang mulai terik. Lalu, jam di pergelangan tangan dikerling sebelum Haydar tersenyum kecil.

It’s a perfect time.

Lalu, dia menghirup kopi tersebut. Kemanisan kopi yang melalui tekaknya menambahkan lagi keserian emosi dia saat itu. Berita mengenai Tuan Lewis Wu tadi seolah-olah membuatkan pagi harinya terasa menyeronokkan sekali.

“Seronoknya tengok manusia kelam-kabut sebab ketamakan dunia,” kata Haydar perlahan sebelum dia kembali memandang ke luar tingkap pejabatnya. Cahaya matahari ketika itu seakan-akan meraikan kejayaan seorang Haydar Black yang sudah berjaya memperdayakan manusia yang haloba. Tinggi naik ke langit, menyinari setiap sudut kawasan di negara itu, sama seperti berita tersebut.

Telefon Haydar berdering dan dia mengeluarkannya. Panggilan daripada Hugo itu diangkat sebelum dia kembali melabuhkan duduk di kerusi pejabatnya.

“Ini ke drama yang kau katakan itu?” Tanpa salam, soalan terus diajukan oleh Hugo di hujung talian.

Shh, jangan cakap kuat-kuat. Nanti ada yang dengar,” balas Haydar sambil tangannya diletakkan di bibir dengan nada berbisik. Seketika kemudian, senyuman manis kembali terukir di wajahnya.

Terasa kelakar.

Lelaki tua yang sudah jauh melebihi separuh abad umurnya dipermainkan oleh lelaki yang baru suku abad menghirup nafas di dunia. Apa yang lebih kelakar daripada ini?

Dah telan garam terlebih dahulu pun masih bodoh lagi. Ini ke yang dia kata 'tangan-tangan berpengalaman'?

Kah! Lawak sungguh!

“Aku curiouslah. Macam mana kau boleh dapat rakaman suara itu? Sampai warded lelaki itu kau buat.” Hugo menyoal lagi di hujung talian. Ketika itu, Haydar meletakkan cawannya di atas meja. Dia kembali memusingkan badannya ke arah tingkap di belakang, bersama-sama dengan kerusinya.

Sungguh senang dan tenang lagaknya ketika itu.

“Kau fikir aku pergi jumpa dia hari itu just for fun and tell him that I don’t want to get into his party saja, kah? Aku dah get ready with a tiny trap for him, and gladly he fell for it.” Haydar membalas bersama-sama senyuman besar di wajahnya, seolah-olah dia baru sahaja memenangi satu pertandingan dengan kejayaan yang amat besar.

Ya, dia sememangnya menang hari ini.

“Aku masih curious! Macam mana kau boleh buat dia sampai confess benda itu? It’s obviously a big secret, Haydar. Kenapa dia boleh beritahu kau benda itu sedangkan kau bukan ahli parti dia? Aku yakin dia tahu, tak selamat untuk beritahu rahsia yang besar itu pada orang lain. Hanya dengan satu ayat, parti dia boleh hancur tak berdebu,” ujar Hugo lagi, masih tidak berpuas hati dengan bicara Haydar.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now