Bab 16

1.5K 226 225
                                    

You’re the liar of justice.

“Sekarang, berhati-hati dengan wanita itu dan jaga orang sekeliling Yang Agung. Mereka mungkin akan berada dalam bahaya kerana rancangan wanita itu dengan rakan sekongkolnya.”

“Perempuan itu yang bawa laknat alam hidup Yang Agung. Yang Agung akan mendapat susah kerana dia dan orang sekeliling juga akan dapat tempiasnya. Tolong, tolong jauhi perempuan itu. Lebih baik jika dia mati!”

Tangan Haydar naik meraup wajah buat kesekian kalinya sebelum dia kembali menoleh ke arah pintu unit kecemasan itu. Dia dengar suara ramai doktor dan jururawat, serta jeritan dan raungan kesakitan para pesakit di dalam unit itu, namun dia tidak dapat mengagak yang mana satukah suara dan arahan untuk merawat Tuan Daniel.

Otaknya bercelaru.

Pelbagai masalah datang dalam masa yang singkat. Dia belum sempat bernafas dengan tenang, masalah lain datang bertandang. Sungguh jiwanya berasa tidak tenang sekarang.

“Haydar!”

Namanya diseru dan Haydar menoleh. Kelihatan Vanessa berlari anak mendekatinya sementara Noah pula berada di belakang Vanessa. Haydar sendiri yang meminta Noah mengambil Vanessa, dan tidak membenarkan wanita itu datang sendirian.

Dia risau Vanessa pula akan terlibat dalam kemalangan. Jika Noah yang ambil, dia berasa lebih lega.

“Doktor belum keluar lagi ke?” Vanessa terus menyoal dan Haydar menggeleng. Tangan Vanessa naik menekup mulutnya sebelum menunduk ke lantai.

“Aku nak masuk, aku nak tengok dia sendiri,” ujar Vanessa dan ingin melangkah masuk ke dalam unit kecemasan itu. Namun, Haydar terus mencapai lengannya, menghalang wanita itu daripada meneruskan niatnya.

Mata Noah jatuh ke arah pegangan tersebut sebelum berkerut halus.

“Jangan, Vans. Kalau kau buat begini, kau akan dianggap mengganggu tugas doktor dan ini menyalahi undang-undang. Kau akan masuk kerja di sini nanti, jangan hancurkan peluang itu sebab benda ini.” Haydar berkata dan riak wajah Vanessa semakin keruh saat itu.

Kemudian, Noah memegang lengan Haydar dan meleraikan pegangan tersebut.

“Bukan mahram,” ujar Noah ringkas dan Haydar tersedar akan keterlanjuran tindakannya.

Sorry, aku... aku tak sengaja.” Haydar berkata selepas itu. Fikirannya terlalu bercelaru saat ini sehingga tidak sedar yang dia sudah melampaui batasnya terhadap wanita itu. Nasib baik Noah menegurnya.

Juga tidak memarahi Haydar kerana menyentuh bakal isterinya.

Saat itu juga, seorang doktor keluar daripada unit itu dan ketiga-tiga mereka menoleh.

“Eh, Doktor Vanessa!” Milo berkata sambil tersenyum lebar. Tangan Vanessa lantas mengesat wajahnya.

“Doktor buat apa di sini? Oh, sebelum itu, Encik Haydar...” Nama Haydar disebut dan Haydar terus mengangkat wajahnya.

“... Tuan Daniel selamat, dia tak apa-apa. Cuma dia mengalami luka ringan di bahagian abdomen. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan,” ujar Milo sambil tersenyum kecil.

Vanessa terus melepaskan nafas lega dan serta-merta, kakinya longlai. Sebelum tubuhnya melorot jatuh ke lantai, Haydar terus merangkul tubuh Vanessa dengan pantas.

“Vans!”

“Doktor Vanessa!”

Kesemua mereka tersentak melihat Vanessa yang kelihatan benar-benar lemah sekarang. Tangan Vanessa turut memaut erat lengan Haydar, bertahan daripada menjatuhkan tubuhnya ke lantai.

HAYDAR ROSE (Terbit)Where stories live. Discover now