39

101 24 30
                                    

Donghyun berjalan masuk ke dalam rumah yang didiami mereka adik-beradik. Kelihatan Joochan, Seungmin serta Youngtaek berada di ruang tamu sedang menonton televisyen.

"Eh Donghyun? Sejak bila kau keluar?" tanya Seungmin yang perasan akan kehadiran Donghyun.

"Tadi,"

"Kau pergi mana?" soal Youngtaek.

Oleh kerana Daeyeol, Sungyoon serta Jangjun tiada bersama mereka, dialah yang menjadi ketua keluarga buat masa ini sehingga mereka bertiga kembali bersama mereka.

"Aku bersiar-siar di pekan sahaja," jawab Donghyun tidak acuh sebelum berlalu ke biliknya. Youngtaek dan Seungmin berpandangan sesama sendiri sebelum menyambung menonton televisyen.

Joochan meletakkan mangkuk bertih jagung kepunyaannya di atas meja sebelum bangun daripada kerusi dan bergerak ke bilik Donghyun.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu bergema di ruang tamu itu. Joochan mengetuk pintu bilik Donghyun.

Donghyun dari dalam hanya melihat pintunya sebelum mengarahkan orang yang mengetuk pintu masuk.

Setelah mendapat keizinan daripada Donghyun, Joochan memulas tombol pintu itu dan menapak masuk ke bilik Donghyun.

"Kenapa kau jumpa dia?" tanya Joochan straightforward.

Dia sengaja mengekori Donghyun kerana sejak awal lagi Donghyun sudah berkelakuan pelik.

"Siapa?" tanya Donghyun sambil menutup matanya.

Keadaan biliknya yang gelap dan hanya ditemani cahaya lampu tidur bersebelahan katil Donghyun membuatkan Donghyun ingin tidur secepat yang dia boleh.

"Tuan Kim," jawab Joochan.

"Kenapa kau ikut aku?" tanya Donghyun tanpa menjawab soalan Joochan.

"Sebab kau! Akhir-akhir ni kau macam tak ingin langsung bantu kami untuk bebaskan Daeyeol hyung, Sungyoon hyung serta Bomin. Kau seakan-akan lepas tangan. Apa yang jadi sebenarnya? Apa yang kau cuba sembunyikan daripada kami?" tanya Joochan dengan nada yang tinggi.

Seungmin dan Youngtaek yang berada di ruang tamu terkejut mendengar suara Joochan yang meninggi itu.

"Dah kenapa tu?" tanya Youngtaek. Dia ingin berdiri untuk melihat Joochan serta Donghyun namun ditegah.

"Biarkan mereka dulu," kata Seungmin lalu menarik Youngtaek untuk duduk semula.

Di bilik Donghyun, Joochan sudah menggenggam kolar baju Donghyun. Donghyun berusaha untuk melepaskan dirinya. Oleh kerana Joochan lebih kuat, terpaksalah dia menggunakan kakinya untuk menolak Joochan.

"Kau dah kenapa?" tanya Donghyun dengan suara yang tinggi setelah berjaya melepaskan dirinya.

"Kau tu kenapa! Kenapa kau jumpa pengkhianat tu? Apa hubungan kau dengan dia?" tanya Joochan. Mukanya kelihatan merah menahan marah.

"Aku jumpa dia ada sebab. Kau fikir aku nak ke jumpa Tuan Kim? Aku sendiri kalau boleh nak lari daripada dia!" kata Donghyun.

Tanpa mereka sedari, Youngtaek, Seungmin, Jaehyun serta Jibeom berada di hadapan bilik Donghyun. Mereka mendengarkan semua yang dibualkan oleh Donghyun dan Joochan.

"Apa sebab kau jumpa dia? Kau di pekan tadi nampak seperti mesra dengan dia. Kau berdua bincang perkara yang serius. Kenapa? Apa yang terjadi?" tanya Joochan masih lagi dengan nada yang tinggi.

Donghyun mendengus.

'Maafkan aku Tuan Kim,'

"Kalau kau nak tahu, semua ni berlaku kerana ayahanda! Dia yang menyuruh Tuan Kim untuk mengusir kita semua daripada Crys kerana ayahanda tidak ingin salah seorang daripada kita memerintah Crys,"

"Ayahanda juga punca kenapa Jangjun hyung jadi seperti apa yang dikatakan oleh Seungmin hyung, Sungyoon hyung serta Bomin. Ayahanda telah menyuruh Tuan Kim untuk meletakkan sejenis ubat ke dalam makanannya. Untuk pengetahuan kau, ubat itu adalah ubat untuk melemahkan sistem saraf dalam badan dan kerana ubat itulah Jangjun hyung menjadi seperti itu," kata Donghyun dengan nada yang tinggi.

Dadanya turun naik menahan marah daripada meletus. Joochan pula terpana mendengar apa yang dikatakan oleh Donghyun.

"Aku jumpa Tuan Kim tadi kerana Daeyeol hyung, Sungyoon hyung dan Bomin. Tuan Kim beri aku kunci pendua untuk lepaskan mereka bertiga daripada bilik tahanan itu," kata Donghyun lalu duduk dikatilnya.

"Tolonglah Joochan. Aku sendiri tak ingin ini semua berlaku tapi disebabkan ketamakan ayahanda sendiri, kita semua jadi mangsa,"

Donghyun berdiri dan berjalan ke pintu. Dia berpusing ke belakang dan kelihata Joochan masih lagi berdiri statik sambil menunduk.

"Satu lagi hal yang perlu kau tahu, kami semua hanyalah anak kepada perempuan simpanan ayahanda. Kami bukannya putera kerajaan yang diiktiraf," kata Donghyun.

Dia memulas tombol pintu dan membukanya. Dia terkejut kerana melihat Youngtaek, Seungmin, Jaehyun serta Jibeom berdiri di hadapan biliknya. Dia berjalan melepasi mereka berempat sebelum dipanggil seseorang.

"Donghyun, betul ke apa yang aku dengar?" tanya Jibeom.

Donghyun tidak menjawab. Dia terus keluar dari rumah itu.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now