10

267 39 8
                                    

"Haih apalah yang aku nak buat sekarang ni,"keluh Donghyun sambil memberi makan kepada kuda kesayangannya.

"Blackie,apa yang patut aku buat untuk waktu macam ni?Jaehyun hyung menghilang.Sungyoon hyung dan Daeyeol hyung pula tak bertegur sapa.Aku peninglah,"ujar Donghyun kepada Blackie.

Dia melihat kudanya yang bergerak menjauhi dirinya.

"Kau pun nak jauhkan diri daripada aku,Blackie?"tanya Donghyun.

"Aku jauh sebab tak nak campur urusan kau hikhok,"kata Blackie.

Janganlah terkejut kalau Blackie boleh bercakap sebab Donghyun sahaja yang selalu bercakap dengan Blackie.

"Donghyun!"

Donghyun yang sedang membersihkan kandang Blackie memandang orang yang memanggilnya.

"Ada apa,hyung?"tanya Donghyun namun tiada balasan diterimanya.

Dia memandang orang yang berdiri dihadapannya.Kelihatan orang tersebut ralit memerhatinya membuat kerja.

"Youngtaek hyung,ada apa nak jumpa aku?"tanya Donghyun sekali lagi.

Youngtaek yang bagaikan tersedar itu terus memandang Donghyun.

"E-eo?Tak adalah.Sahaja aku datang tak boleh?Lagipun lama aku tak jumpa Blackie.Kan Blackie?"kata Youngtaek sambil mengusap Blackie.

"Neigh,"Blackie membalas.

Donghyun menjeling Youngtaek yang memandangnya sambil tersenyum.

Youngtaek terus menolak Blackie ke tepi apabila melihat Donghyun berjalan menjauhinya.

"Neigh,"marah Blackie apabila ditolak.

Youngtaek berlari ke arah Donghyun.

"Donghyun!Marah ke?"tanya Youngtaek setelah berhenti dihadapan Donghyun.

Donghyun mencebikkan bibirnya.Sahlah tu dia marah.Youngtaek menggaru kepalanya.

Jujur kalau Donghyun sedang marah,jalan untuk pujuk dia mati.Ramai yang mati akal sebab nak pujuk Donghyun.Betapa susahnya nak pujuk dia seorang ni.

"Alah tak payahlah marah.Jom aku belanja kau,"kata Youngtaek.

Donghyun memandng Youngtaek.Matanya bersinar-sinar lebih bersinar daripada bintang di angkasa.

"Okay jom,"kata Donghyun lalu menuju ke arah stor untuk menukat bajunya.

Youngtaek menepuk dahinya.Senang pulak nak pujuk adik dia harini.Haih Donghyun ni.

Youngtaek dan Donghyun jalan bersebelahan ketika sampai di tengah kota.Mata mereka melilau mencari restoran yang sesuai untuk mereka singgah.

Sampai di sebuah restoran,mereka memesan makanan.

Sedang mereka makan,terdengar suara pakcik-pakcik bawang yang duduk bersebelahan mereka.Kelihata ada empat orang disitu.

"Eh kau tahu tak yang sekarang ni dah kecoh putera keenam kerajaan Crys hilang?"

Youngtaek dan Donghyun tersentak.

"Eh betul ke?Aku ada dengar juga yang putera keenam kerajaan Crys hilang tapi aku tak tahu betul atau tidak,"jawab salah seorang daripada mereka.

"Aku rasalah kan perkara tu dah bermula,"kata pakcik yang sedang membakar daging itu.

Youngtaek dan Donghyun hanya mendiamkan diri sambil memasang telinga.Sesekali mereka bertukar pandangan sambil makan.

"Apa masalah kalau mereka semua hilang?"

"Kalau mereka semua hilang,kerajaan kita nanti tiada pengganti pemerintah,"jawab pakcik yang duduk bersebelahan Donghyun.

"Kalau macam tu susahlah kita,"kata lelaki yang duduk di sebelah Youngtaek pula.

Youngtaek dan Donghyun bangun dan membayar makanan yang mereka pesan sebelum berlalu keluar.

Ketika berbelanja juga ramai yang bercerita tentang kehilangan putera keenam kerajaan Crys iaitu Jaehyun.Memandangkan mereka semua jarang diperkenalkan kepada orang awam jadi mereka tidak tahu bahawa Youngtaek dan Donghyun adalah antara putera kerajaan Crys.

Youngtaek dan Donghyun berjalan pulang ke istana.

"Hyung kau dengar kan yang sekarang penduduk kerajaan Crys dh kecoh yang Jaehyun hyung menghilang?"tanya Donghyun.

Youngtaek menganggukkan kepalanya.Dia mengeluh.

"Entah macam mana berita tu sampai ke pengetahuan mereka.Aku rasa cuma orang istana sahaja yang tahu akan berita ni,"jawab Youngtaek.

"Mungkin ada diantara mereka yang terlepas cakap?"teka Donghyun.

"Mungkin juga.Tapi apa-apa pun kita kena beritahu mereka yang lain,"kata Youngtaek.

"Tapi hyung disebabkan perkara yang menimpa Jaehyun inilah buat hubungan adik beradik kita tak kuat.Hyung tengok apa yang terjadi dekat Daeyeol hyung dan Sungyoon hyung.Langsung tak bertegur.Kalau kita beritahu tentang hal ni mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk,"ujar Donghyun panjang.

Youngtaek terdiam seketika.Memang betul apa yang dikatakan oleh Donghyun.Kalau diberitahu nanti hubungan Daeyeol hyung dan Sungyoon hyung akan bertambah keruh.

Donghyun mengeluh perlahan.Jujur dia tidak tahu hendak buat apa sekarang ni.

"Kau takkan tak ada idea nak buat Daeyeol hyung dengan Sungyoon hyung kembali macam dulu?"tanya Youngtaek sambil memandang Donghyun.

Donghyun hanya mengangkat bahunya.Youngtaek mengeluh.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now