44

179 26 54
                                    

Raja memandang Joochan. Kini tinggal Joochan sahaja untuk dia hapuskan dan seterusnya Crys akan menjadi miliknya.

"Aku tak sangka si kejam itu ada anak. Entah bila masa dia kahwin aku pun tak tahu tapi apa yang aku tahu adalah aku akan hapuskan keturunan Hong dan jadikan Crys milik aku!" kata raja dengan nada yang kuat.

Joochan menggigil ketakutan apabika raja menuju ke arahnya. Dia tidak dapat menggerakkan badannya kerana terlalu takut.

Jujur ini adalah kali pertama dia melihat raja segila ini kerana raja yang dia tahu adalah raja yang baik dan penyayang. Dia sungguh tidak menyangka bahawa raja yang dikenal dengan sifat baik hati itu merupakan raja yang paling kejam yang pernah dia kenal.

Joochan melihat sekelilingnya. Kesemua abang-abangnya kini cedera parah akibat ditikam raja itu.

"Sungguh ayahanda tak ada hati perut!"

Entah bagaimana dia menuturkan ayat itu. Dia sendiri terkejut dengan kata-katanya. Dengan cepat dia menekup mulutnya.

"Siapa ayah kau? Aku bukan ayah kau dan ayah kau dah lama mati!"

Raja mengangkat pedangnya untuk menetak Joochan. Joochan menutup matanya dengan rapat.

'Andai ini kali terakhir aku hidup, maafkan aku hyung,' detik hati Bomin.

Ching!

Bunyi pedang berlaga memeranjatkan Joochan. Dia membuka matanya dan melihat Bomin berada di hadapannya.

"B-Bomin-ah,"

Bomin tidak menyahut panggilan Joochan kerana matanya kini memandang kedua-dua mata ayahnya.

"Kau buat apa Bomin? Kenapa kau lindungi dia?" marah raja.

"Aku tak akan sesuka hati beri kebenaran untuk kau cederakan dia,"

Ayat Bomin membuatkan raja menjatuhkan pedangnya.

"Kau cakap apa tadi? Kau gila ke?  Kau sedar tak kau sedang bercakap dengan siapa!?" jerkah raja.

"Aku tahu aku sedang bercakap dengan siapa dan aku bukan gila. Yang gila itu kau!"

Joochan terkejut mendengar jerkahan mereka berdua. Dia meletakkan tangannya di atah bahu kiri Bomin.

"Jangan bicara seperti itu dengan ayahanda,"

Bomin tersenyum sinis.

"Ayahanda? Orang yang tak ada hati perut, kejam dan bernafsu binatang ini hyung panggil dia ayah? Dia tak layak hyung!"

"Walau apa pun yang dia buat, walau sekejam mana pun dia, dia tetap ayah kau Bomin," kata Joochan.

Bomin mengerling ke arah Joochan. Betul apa yang dikatakan Joochan. Walau sejahat mana lelaki yang berdiri dihadapannya, dia tetap ayahnya.

"Aku tak ada ayah,"

Kata-kata Bomin membuatkan raja terkejut. Anaknya sendiri tidak mengaku dirinya ayah.

"Aku tak ada ayah dan aku tak ada ayah macam dia. Dia cuma manusia bertopengkan syaitan. Dia manusia yang tak patut hidup!" jerit Bomin sambil matanya memandang tepat ke arah mata raja yang berdiri di hadapannya.

Raja jatuh terduduk mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya sendiri.

"Salah aku ke? Salahkah aku? Aku bunuh Putera Hong sebab dia bunuh ibu aku. Nyawa dibalas nyawa," kata raja sambil mendongak ke arah Bomin.

Bomin tidak memandang raja. Riak mukanya ketika ini sukar ditafsirkan.

"Aku buat semua ini kerana dendam aku terhadapa keturunan Hong. Aku bunuh dia sebab aku nak dapatlan takhta ini. Bila aku dah dapat dan mempunyai anak sendiri, aku bahagia tapi aku tak sangka anak aku begini,"

"Cukuplah berdalih. Aku penat mendengarnya. Tak ada guna pun kau cakap begini," kata Bomin.

Mata Bomin melihat abang-abangnya yang lain. Dia sedih melihat keadaan abang-abangnya itu. Entah masih hidup atau tidak.

"Kata-kata terakhir?"

Raja mendongak memandang Bomin. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan Bomin.

"Kata-kata terakhir sebelum kau pergi,"

"Aku tak akan pergi!"

Bomin gelak dengan nada yang sinis.

"Selamat tinggal," kata Bomin sebelum menetak raja.

Raja tidak sempat mengelak itu terkena tetakan Bomin seterusnya ditikam oleh Bomin. Darah raja terpercik ke arah Bomin dan Joochan.

"Maafkan aku hyung. Selagi aku tak bunuh dia, selagi itu dia akan terlalu membanggakan diri dia," kata Bomin sebelum berlalu pergi.

Joochan terkaku. Dia hanya melihat Bomin pergi.

"Bomin!"

Bomin berhenti dan berpusing ke arah Joochan.

"Aku... Sayang kau,"

Bomin tersenyum sebelum pergi.

'Selamat memerintah Crys hyung,' kata Bomin dalam hati

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now