03

385 51 17
                                    

Daeyeol pergi ke arah khemah yang ditempatkan ayahandanya.

"Ayahanda!"

Raja menoleh ke arah sisinya dan melihat Daeyeol berlari menuju kearahnya.

"Daeyeol.Apa yang kamu buat disini?"tanya raja.

"Daeyeol risaukan ayahanda sebab itu Daeyeol datang sini,"kata Daeyeol.

"Luka ayahanda parah ni.Mari kita jumpa doktor,"ajak Daeyeol.

Walaupun Kerajaan Crys terletak jauh dari kerajaan yang lain namun kemudahan yang terdapat di kerajaan Crys sungguh moden dan lengkap.

"Tak perlu.Doktor yang ditugaskan disini dah rawat ayahanda,"ujar raja sambil memegang tangan Daeyeol.

Tiba-tiba,tiga orang lelaki muncul di belakang Daeyeol.

"Ayahanda!"jerit mereka bertiga.

Raja dan juga Daeyeol memandang ke arah suara tersebut.

"Seungmin?Jaehyun?Bomin?Apa yang kau bertiga buat dekat sini?"tanya Daeyeol.

Dia memandang ayahanda.Jelas kelihatan muka ayahanda terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.

"Ayahanda tak apa-apa?"tanya Jaehyun.

"Ayahanda tak apa-apa.Macam mana kau bertiga boleh masuk sini?"tanya Daeyeol.

"Heh kau lupakah kita ada Bomin?"tanya Seungmin sambil memandang Bomin dan Daeyeol silih berganti.

"Ah maaf aku lupa,"jawab Daeyeol.

"Tepi sedikit,"ujar Seungmin yang menyuruh Daeyeol untuk memberinya ruang.

"Kau nak buat apa?"tanya Daeyeol namun pertanyaannya dibiarkan begitu sahaja oleh Seungmin.

"Ayahanda baring dengan tenang ya,"kata Seungmin.

Dia meletakkan tangan kanannya di kawasan luka besar yang terdapat di tangan ayahandanya.Dia menutup mata dan secara magisnya luka yang besar tersebut hilang.

"Ayahanda mari kita pulang,"ajak Bomin.

"Tapi tentera kita-"

"Tak mengapa musuh sudah berundur.Lagipun sudah enam bulan ayahanda berada di sini,"ujar Jaehyun sambil mencuri pandang kearah luar melalui lubang kecil yang terdapat di khemah ayahandanya.

"Jaehyun juga sudah menyuruh mereka bergerak pulang,"kata Jaehyun setelah melihat riak muka ayahandanya.

"Mari,"

Daeyeol dan Seungmin memapah ayahandanya sebelum mereka semua bersama Bomin bergerak pulang ke istana dengan kuasa yang ada pada Bomin.

Mereka berlima terus pergi ke taman rahsia.

"Ayahanda!"jerit mereka semua.

"Ayahanda tak apa-apa?"tanya Jangjun.

Jelas kelihatan bahawa mereka semua sangat risau dengan keadaan ayahnya.

"Tidak mengapa.Ayahanda baik-baik sahaja,"kata Raja sambil menepuk bahu Jangjun perlahan.

"Ayahanda memandangkan musuh tidak lagi menyerang kita,marilah kita pulang ke istana,"kata Daeyeol sebelum memandang Jaehyun.

'Kenapa Daeyeol hyung pandang Jaehyun hyung macam tu?'detik hati Bomin sambil matanya memandang ke arah Daeyeol dan Jaehyun yang berbalas pandangan.

"Aku pun nak tahu apa yang mereka berdua sembunyikan,"kata Joochan sambil tangannya melingkar di bahu Bomin.

"Jomlah,"ajak Youngtaek apabila melihat Bomin dan Joochan sahaja yang tinggal dibelakang.

Pada malam itu,mereka bersantapan seperti biasa dan melakukan aktiviti masing-masing.

"Jaehyun,"

Jaehyun yang sedang duduk membaca buku memandang ke arah pintu biliknya.

"Ada apa datang sini,Sungyoon hyung?"tanya Jaehyun apabila Sungyoon berjalan ke arahnya.

"Aku tahu sesuatu yang tak kena berlaku,"

"Apa maksud kau,hyung?"

"Apa yang Daeyeol hyung dan kau sembunyikan daripada kami?"tanya Sungyoon sambil memandang tepat ke arah anak mata Jaehyun.

"Tak ada apa-apa,"nafi Jaehyun sambil memandang buku yang dibacanya.

"Kau boleh tipu orang lain tapi bukan Joochan,"

"Joochan?"

Jaehyun memandang Sungyoon yang berada beberapa meter di hadapannya.

"Kau lupa Joochan boleh baca minda seseorang?"

Jaehyun terdiam seketika.Dia memandang Sungyoon yang sedang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Okay aku minta maaf,"

"Aku tak nak dengar kau ucapkan perkataan maaf tu.Yang aku cuma nak tahu sekarang keadaan kita.Apa yang akan berlaku?"tanya Sungyoon.

Dia sudah penat mendengar perkataan maaf yang lahir dari mulut Jaehyun kerana tidak ingin membuka rahsia sepanjang enam bulan yang lalu.

Jaehyun menghela nafas.Dia akui yang rahsia ini akan terbongkar tidak lama lagi.

"Maafkan aku,Sungyoon hyung.Aku tak boleh beritahu sekarang,"kata Jaehyun sebelum berlalu ke arah katilnya.

"Maafkan aku sekali lagi.Aku memang tak boleh beritahu kau,"kata Jaehyun lagi sebelum menutup matanya.

Sungyoon memandang Jaehyun yang sudah lena itu.Dia menghela nafas kasar.

"Aku akan cari apa yang berlaku,"bisik Sungyoon sebelum berlalu keluar.

'Maafkan aku,'

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now