04

323 47 10
                                    

Daeyeol memandang setiap seorang adiknya yang berada di perpustakaan yang dibina khas untuk Sungyoon.

"Aku kumpulkan kamu semua disini sebab aku nak beritahu suatu perkara,"kata Daeyeol.

Jaehyun hanya memandang Daeyeol kerana dia sudah tahu apa yang akan dikatakan oleh Daeyeol.

Joochan memandang Jaehyun yang berada disebelahnya.Dia melihat Jaehyun yang memandang Daeyeol dengan pandangan yang kosong.

"Kau kenapa?"tanya Joochan dengan nada berbisik kepada Jaehyun.

Jaehyun tersentak dengan pertanyaan Joochan lalu menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa-apa,"jawab Jaehyun lalu menunduk.

Dia tahu bahawa jika dia memandang anak mata Joochan,fikirannya akan dibaca.

"Okay,"balas Joochan yang sememangnya tidak ingin memaksa Jaehyun.

"Joochan,"panggil Daeyeol.

"Kau masih bermimpi yang pelik-pelik ke?"tanya Daeyeol.

Joochan tersentak dengan pertanyaan Daeyeol lalu memandang Jaehyun yang berada disebelahnya.

"Kau beritahu hyung?"tanya Joochan.

Jaehyun tidak memberikan sebarang respons membuatkan Joochan berasa lebih marah.

"Jangan marah dia,"kata Jangjun yang melihat Joochan sudah berdiri.

"Dia pasti ada sebab kenapa dia beritahu Daeyeol hyung,"kata Jangjun lagi.

"Hyung tahu ke?"tanya Joochan.

"Tahu apa?Mimpi kau?"tanya Jangjun.

Joochan hanya menganggukkan kepalanya.

"Aku sendiri pun terkejut bila Daeyeol hyung tanya kau tadi.Aku cuma agak sahaja,"jawab Jangjun bersahaja.

Joochan menghela nafas kasar.Jaehyun yang sedari tadi diam menjawab pertanyaan Daeyeol.

"Dia mimpi lagi malam tadi,"jawab Jaehyun.

"Cuba kau ceritakan mimpi kau,"kata Donghyun yang seakan berminat untuk mendengarnya.

Joochan mendengus kasar sebelum cuba mententeramkan hatinya yang sedang marah.

"Aku mimpi yang aku ada di tempat asing.Bukan di Crys.Kehidupan orang disana sama seperti di Crys cuma mereka tidak seperti kita,"

"Maksud kau?"tanya Jibeom.

"Mereka tiada kuasa seperti kita.Aku nampak dalam mimpi aku bahawa kerajaan Crys akan menjadi sebuah kerajaan yang tidak berpenghuni di masa akan datang,"

"Aku terpisah daripada kau semua,"kata Joochan lagi sebelum memegang kepalanya yang sakit.

Sungyoon memandang Joochan dengan risau.

"Kau okay?"tanya Donghyun.

"Aku okay cuma pening sedikit sahaja,"jawab Joochan.

"Okay aku berterus terang sahajalah,"Daeyeol tiba-tiba bersuara.

Semua memandang Daeyeol dengan pandangan yang tertanya-tanya.

"Kerajaan ini akan diserang oleh musuh yang lebih kuat daripada musuh-musuh yang sebelum ini dan mereka akan mengambil alih kerajaan ini.Apa yang Joochan mimpikan selama ini akan menjadi kenyataan,"kata Daeyeol.

"Kau mimpi apa Joochan?"tanya Jibeom sambil memandang Joochan yang sedang meminum air.

"Joochan mimpi bahawa dia dikejar oleh beberapa orang yang tidak dikenali.Aku dah nampak masa hadapan dan perkara itu akan terjadi kepada kau Joochan,"kata Daeyeol sambil memandang Joochan.

"Kalau macam tu,kenapa masa aku jerit nama kau semua,tiada yang menyahut?"tanya Joochan berdasarkan mimpi yang diingatinya.

Daeyeol terdiam.Dia tidak sampai hati ingin menjawab pertanyaan Joochan itu kerana tidak mahu Joochan risau.

"Daeyeol hyung?"panggil Bomin.

"Kenapa,Bomin?"tanya Daeyeol menyahut panggilan Bomin itu.

"Kenapa dalam mimpi Joochan hyung,kita tak muncul waktu dia panggil kita?"tanya Bomin.

Dia amat pelik apabila mendengar mimpi yang diceritakan oleh Joochan dan perasaan ingin tahu semakin membuak-buak apabila Daeyeol tidak menjawab pertanyaan Joochan.

"Maaf hyung tak tahu,"jawab Daeyeol sambil memandang Bomin.

Bomin tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Daeyeol.

"Hyung jangan nak tipu kami,"kata Bomin dengan suara yang sedikit kuat.

Daeyeol memandang Bomin yang sedang memandangnya dengan tajam.

Daeyeol berasa amat bersalah dengan Bomin.Dia terus menundukkan pandangannya daripada terus bertentang mata dengan Bomin.

Sungyoon yang duduk disebelah Bomin terus menahan Bomin daripada berdiri.Dia memandang Bomin sambil menggelengkan kepalanya.

"Tapi hyung-"

"Bomin,"keras suara Sungyoon kedengaran.

Bomin yang sememangnya gerun apabila mendengar namanya disebut oleh Sungyoon dengan nada suara yang keras itu terus mendiamkan diri.

"Kita bersurai sahaja,"ujar Daeyeol sebelum berlalu keluar.

Jangjun,Jibeom dan Jaehyun memapah Joochan yang tidak sihat setelah mencuba mengingati mimpi yang dialaminya.

Youngtaek,Seungmin dan Donghyun berlalu pulang ke bilik masing-masing manakala Bomin masih berada di perpustakaan sambil memandng Sungyoon yang sedang berjalan ke arah meja membacanya.

"Hyung biarkan macam tu sahaja?"tanya Bomin yang masih lagi tidak puas hati.

Sungyoon hanya diam sambil tangannya menyelak buku yang berada di hadapannya.

"Aku sengaja biarkan,"

"Tapi kenapa?"tanya Bomin pelik.

Sungyoon hanya memandang Bomin yang sedang merenung ke arahnya.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now