41

148 26 61
                                    

"Bawa aku jumpa ayahanda,"

Tuan Kim terkejut mendengar apa yang dikatakan Donghyun.

"Kau serius nak jumpa raja?" tanya Tuan Kim.

"Donghyun?" panggil Youngtaek.

Kini kesemua mereka sudah tahu cerita yang sebenarnya kerana Tuan Kim telah menceritakan kepada mereka.

Flashback

Tuan Kim berjalan melepasi bilik Jangjun. Dia tahu bahawa Jangjun sudah pun 'diselamatkan' oleh putera-putera yang lain namun kakinya tetap melangkah ke arah bilik itu. Dia membuka pintu bilik Jangjun. Bilik itu sungguh kemas kerana sudah beberapa hari tidak diusik oleh tuannya.

Tuan Kim berjalan ke arah jendela yang terdapat dalam bilik Jangjun. Dia berdiri dihadapan jendela itu dan mengamati pemandangan dihadapannya. Di jendela itulah dia sering bercerita kepada Jangjun tentang apa yang terjadi setiap hari.

Setiap apa yang berlaku diceritakan oleh Tuan Kim kepada Jangjun tanpa tinggal satu pun. Sebelum dia keluar dari bilik itu, sering juga dia memeluk Jangjun dan mengusap kepala Jangjun. Jangjun sudah dianggap seperti anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan.

"Aku rindu nak bercerita dengan kau lagi Jangjun," kata Tuan Kim perlahan.

"Aku pun rindu nak dengar kau bercerita dekat aku," kata satu suara yang amat dikenali Tuan Kim.

Dia terus berpusing ke belakang dan melihat Jangjun bersama sembilan lagi putera yang lain di hadapan almari.

"K-Kau..."

Jangjun tersenyum bagaikan mengetahui apa yang akan ditanya oleh Tuan Kim.

"Aku tak sakit pun. Itu hanyalah untuk mengaburi mata semua orang," kata Jangjun.

"Tapi bagaimana?" tanya Tuan Kim.

"Segala hidangan yang kau beri aku dah tukarkan sebelum dihantar ke sini. Kau pun satu tak perlulah bagi aku makan hidangan tu. Boleh sahaja kau berpura-pura meletakkannya," kata Jangjun.

"Maaf tapi waktu aku letak tu Raja ada sekali jadi aku tak boleh tipu,"

"Apa maksud kau ayahanda ada sekali?" tanya Jangjun.

"Dia perhatikan gerak-geri aku jadi aku tak boleh tipu," jawab Tuan Kim.

Susana menjadi hening. Tuan Kim menunduk manakala para putera Crys memerhatikan Tuan Kim dengan penuh persoalan di dalam minda mereka.

"Tuan Kim, boleh Tuan Kim ceritakan tentang apa yang sebenarnya berlaku?" tanya Daeyeol tiba-tiba.

Tuan Kim mengangkat kepalanya dan tersenyum. "Boleh," jawab Tuan Kim lalu menyuruh mereka semua duduk sebelum sesi bercerita dimulakan.

"Raja sebenarnya bukanlah baik seperti yang kalian sangkakan. Baginda adalah pemerintah yang paling kejam yang pernah hamba jumpa,"

"Tak perlu formal Tuan Kim," kata Daeyeol sambil tersenyum.

"Raja jadi begitu sejak baginda masih kecil. Dia bukanlah putera yang diiktiraf. Putera yang sebenar sudah mati kerana dibunuh secara tidak sengaja oleh raja. Alasan mengapa baginda membunuh waris Crys adalah  kerana dia telah menghina dan mencaci ibu kepada raja. Oleh kerana dia tidak dapat menerimanya, dia terus membunuhnya dan mayatnya ditanam berdekatan dengan pondok sebelum dialihkan ke pusara yang sekarang,"

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now