43

123 26 44
                                    

Raja terkaku. Dia tidak menyangka bahawa salah seorang daripada mereka akan melindungi Joochan dengan menggunakan badannya sendiri. Kini tubuh itu jatuh terjelepuk ke tanah.

"Donghyun!" jerit Tuan Kim. Dia berlari ke arah Donghyun yang sudah jatuh itu. Baju di bahagian dada kanannya sudah dipenuhi dengan darah.

Tuan Kim menepuk pipi Donghyun. "Bangun Donghyun. Kau nak tinggalkan aku macam ibu kau tinggalkan aku ke?" rintih Tuan Kim.

"T-Tuan Kim?" panggil Seungmin.

"Biar saya cuba rawat dia," kata Seungmin. Dia meletakkan tangannya di dada Donghyun. Dia membacakan mantera untuk menyembuhkan luka Donghyun namun hampa kerana ianya tidak boleh diubati.

"Maafkan saya, Tuan Kim. Luka Donghyun agak parah. Kita kena pergi ke hospital," kata Seungmin.

Tuan Kim memeluk Donghyun.

'Tolong jangan tinggalkan aku. Jangan pergi sepertimana ibu kau tinggalkan aku,' detik hati Tuan Kim.

Dia kemudiannya meletakkan Donghyun di atas tanah.

"Tolong Donghyun, Seungmin. Tolong rawat anak aku," rayu Tuan Kim.

"S-Saya cuba," kata Seungmin. Sekali lagi dia meletakkan tangannya di atas dada kanan Donghyun dan masih lagi tiada respons daripada Donghyun.

Tuan Kim mendengus. Dia mengambil pedang yang ada dipinggangnya.

"Kau! Kau cederakan anak aku!" jerit Tuan Kim.

Raja dan permaisuri terkaku. Mereka terkejut dengan apa yang mereka dengar.

"A-Anak?"

" Aku tak boleh berdiam lagi. Dulu kau bunuh isteri aku! Kau pergunakan dia dengan menjadikan dia gundik kau walaupun kau tahu dia isteri aku! Walaupun aku tak beri keizinan, kau paksa aku. Kau ugut untuk bunuh keseluruh keturunan aku. Bila kau dapat isteri aku, selepas dia melahirkan Donghyun, kau bunuh dia. KAU BUNUH DIA!"

"Kau tahu betapa hancurnya aku bila dapat tahu kau bunuh dia? Kau bunuh dia sewaktu aku tiada disini. Kau bunuh dengan alasan dia sudah tidak menarik dan kau bunuh dia sebab tak ingin perangai kau diketahui semua! Kau kejam! Kau tak berhati perut!"

"Sekarang ini kau nak bunuh anak aku pula? Jangan mimpi. Langkah mayat aku dahulu sebelum kau nk bunuh dia!" jerkah Tuan Kim.

Mukanya merah padam. Marahnya kian membara apabila teringatkan akan mendiang isterinya dan anaknya yang kini dicederakan oleh orang yang tamak, kejam dan tidak berhati perut itu.

"Tuan Kim! Sabar dahulu!" tegah Daeyeol dan Sungyoon apabila melihat Tuan Kim mengangkat pedangnya untuk menikam raja.

"Sampai bila aku nak kena tunggu? Sudah lebih dua puluh tahun aku tunggu saat ini. Orang macam dia patut mati!" jerit Tuan Kim.

"Dan tak ada guna pun kau berdendam macam ini," kata Sungyoon.

Tuan Kim meletakkan semula pedang miliknya di pinggang.

'Kau beruntung Sungyoon dan Daeyeol halang aku,' detik hati Tuan Kim.

Tuan Kim kembali ke arah Donghyun dan kelihatan Sunwoo juga berada disitu.

"Ayah, kenapa dengan Donghyun?" tanya Sunwoo.

Dia pelik kerana Donghyun tidak sedarkan diri dan bajunya dipenuhi darah.

"Si gila itu tikam abang kau," kaalta Tuan Kim dengan geram. Dia kemudian mengangkat Donghyun.

"Aku akan bawa dia ke hospital bersama Sunwoo. Kau semua hapuskan si gila itu," kata Tuan Kim.

"Tuan Kim!" panggil permaisuri dengan tiba-tiba. Dia berlari anak ke arah Tuan Kim sambil diikuti Jaehyun dan Bomin.

Permaisuri meletakkan tangannya di pipi Donghyun.

"Tolong bangun ya, sayang. Jangan tinggalkan kami disini,"kata permaisuri dengan nada yang sedih.

Tuan Kim menunduk seketika sebelum berlari ke arah kenderaan yang akan membawa mereka bertiga ke hospital.

Permaisuri memandang raja. Matanya memerah kerana menahan dirinya daripada menangis.

"Lihatlah apa yang kekanda telah lakukan! Sanggup kekanda tikam anak kekanda sendiri!" jerit permaisuri.

"Heh, anak aku?" raja tersenyum sinis.

"Kau sendiri dengar kan apa yang Tuan Kim cakap tadi? Donghyun anak dia bukan anak aku. Anak aku cuma seorang iaitu Bomin sahaja," kata raja.

Kata-kata itu membuatkan mereka semua tersentak.

"Aku bela mereka sebab aku akan bunuh mereka satu hari nanti dan kemungkinan hari ini adalah hari yang bagus dimana aku akan bunuh kesemua mereka termasuk kau,Joochan!" jerit raja sambil matanya merenung tajam ke arah Joochan.

Raja sekali lagi ingin menghunus pedangnya ke arah Joochan. Hampir menetak Joochan namun sempat di tahan oleh seseorang menggunakan pedang.

"Kau nak bunuh dia dan kami semua? Jangan harap!" Jibeom mencelah.

Dia menahan pedang itu daripada terjatuh ke atas dirinya atau diri Joochan.

"Anak kecil macam kau tak patut lawan aku sebab kau tak kuat!"

"Siapa kata cuma dia seorang?" Youngtaek dan Jangjun berjalan ke arah raja sambil memehang pedang milik mereka.

Raja mengukir senyuman sinis sebelum menukar targetnya ke arah mereka berdua namun Jangjun dan Youngtaek sempat mengelak malah terjadi satu perlawanan disitu.

Bunyi pedang membuatkan permaisuri takut. Dia memeluk Bomin dan badannya menggeletar ketakutan. Bomin yang perasan akan keadaan permaisuri memandang Jaehyun.

"Jaehyun hyung! Bawa bonda ke tempat lain. Bonda tak perlu lihat semua ini," kata Bomin. Jaejyun menganggukkan kepalanya sebelum memegang tangan permaisuri.

Betullah apa yang dikatakan Bomin. Permaisuri sedang menggigil ketakutan. Permaisuri terkejut apabila Jaehyun memegang tangannya.

"Bonda, mari kita pergi dari sini. Ianya tak bagus untuk bonda," kata Jaehyun. Permaisuri mengangguk sebelum memandang Bomin.

Tangannya mengusap pipi Bomin. "Tolong selamatkan Joochan dan abang-abang kamu yang lain. Mereka berhak untuk hidup," kata permaisuri.

Bomin memegang tangan permaisuri yang sedang mengusap pipinya. Dia tersenyum dang mengangguk. "Akan Bomin lakukan bonda. Bonda jaga diri dengan Jaehyun hyung," kata Bomin. Permaisuri mengangguk. Dia kemudiannya mengikut Jaehyun menjauhi kawasan itu.

Setelah permaisuri dan Jaehyun hilang dari pandangan, Bomin memandang ke arah raja. Kelihatan Youngtaek dan Jangjun telah cedera. Kini, Jibeom dan Sungyoon berlawan dengan raja manakala Daeyeol melindungi Joochan daripada cedera. Seungmin pula berusaha menyembuhkan luka kedua-dua Jangjun dan Youngtaek.

Bomin mencapai pedangnya. Kini hanya satu misinya iaitu menghapuskan raja dengan tangannya sendiri.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now