28

179 24 13
                                    

Jaehyun cepat-cepat berlari masuk ke dalam biliknya setelah pulang daripada bekerja. Joochan yang masih berdiri di muka pintu utama hanya memandang Jaehyun dengan perasaan yang pelik sebelum sambung melakukan kerjanya kerana dia tahu Jaehyun pasti ingin mengejar ke arah katilnya setelah seharian bekerja.

Jaehyun terus menutup pintu bilik dan menguncinya.Dia mengeluarkan sepucuk surat yang diberikan oleh Lucas pada tengah hari tadi.

Jaehyun, ini aku Jibeom. Minggu ni minhgu terakhir aku bekerja dekat syarikat ini. Tujuan aku bagi surat ni bukan nak beritahu yang aku berhenti kerja tapi aku nak beritahu kau minggu depan pada hari Khamis malam kumpul dekat alamat yang aku beri ni. Bawa sekali adik beradik kita. Yang penting pastikan semua sudah tidak lagi bekerja.

Tempat : Kawasan lapang yang tertutup di Sungai Han
Jam : 2.00 pagi

Pastikan semua adik beradik kita ada dan jangan beritahu sesiapa alasan sebenar kau perlu berhenti kerja. Rekalah alasan apa-apa yang pastinya jangan sampai ada sesiapa tahu termasuk Sunwoo. Aku tahu dia anak Tuan Kim dan Sunwoo sebenarnya tak ada kaitan apa-apa dengan perkara yang berlaku di Crys.

Aku akan ada dekat kawasan lapang tu awal 30 minit jadi aku harap kau semua pun boleh datang awal seperti aku.

Sekian, Jibeom.

"A-Apakah?" Jaehyun membaca surat itu beberapa kali sebelum meletakkan di atas katilnya dan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Jaehyun-ah!"panggil Seungmin.

"Sini!Mandi!"balas Jaehyun.

" Pinjam power bank kau!"jerit Seungmin.

"Dalam laci!"balas Jaehyun dari dalam bilik mandi.

Seungmin berjalan ke arah laci kabinet bersebelahan katil Jaehyun.Dia membuka laci tersebut dan mengambil power bank milik Jaehyun.

"Okay terima kasih,"kata Seungmin.

Sebelum bergerak keluar,matanya terarah ke atas katil Jaehyun.Terdapat sehelai kertas di atas katil milik Jaehyun.

"Kertas apa tu?"tanya Seungmin perlahan.

Kakinya melangkah ke arah katil Jaehyun sebelum tangannya mencapai kertas tersebut.Kedua-dua anak matanya bergerak membaca isi kandungan kertas tersebut.

Jaehyun yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu mengelap rambutnya dengan menggunakan tuala sebelum matanya terarah kearah Seungmin.

Tetapi yang menarik perhatiannya adalah kertas yang berada di tangan Seungmin.Dia melihat katilnya namun kertas tersebut tiada.Sahlah bahawa Seungmin sedang membacanya.Belum sempat dia membuka mulut,Seungmin memandang kearahnya.

"Apa ni,Jaehyun?"tanya Seungmin membuatkan Jaehyun kaku ditempatnya.

"M-Maksud hyung?"tanya Jaehyun pura-pura tidak tahu.

"Ini.Apa maksud surat ini?"tanya Seungmin menahan diri daripada meninggikan suaranya kerana tidak mahu adik-beradiknya yang lain dengar perbualan mereka dan tahu bahawa dia dan Jaehyun sedang bergaduh.

"Seperti apa yang hyung baca,surat itu daripada Jibeom dan dia nak pada hari Khamis minggu depan semua perlu pergi ke kawasan lapang tersebut,"jawab Jaehyun kerana dia tidak ingin bergaduh dengan Seungmin.

"Untuk apa?"tanya Seungmin.Mukanya berkerut memandang Jaehyun.

"Aku pun tak tahu untuk apa tapi kita ikut sahajalah kata-kata Jibeom.Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan,"kata Jaehyun sambil berjalan ke arah Seungmin.

"Okay tapi aku harap kau tak ada berselindung apa-apa daripada aku,"kata Seungmin.

Jaehyun menggelengkan kepalanya sambil tangan kanannya diletakkan di atas bahu kiri Seungmin.

"Aku tak ada apa-apa yang nak disembunyikan lagi daripada kau hyung,"kata Jaehyun.

"Baguslah kalau begitu.Aku keluar dulu.Terima kasih untuk power bank ni,"kata Seungmin sambil menepuk perlahan belakang badan Jaehyun.

Tatkala Seungmin menutup pintu,Jaehyun menarik nafas lega.

"Nasib baik dia tak tanya banyak.Aku dah tak tahu nak jawab apa,"kata Jaehyun dengan perlahan sebelum merebahkan dirinya di atas katil bersebelahan dengan surat yang diterimanya itu.

'Cepatlah hari Khamis,'detik hati Jaehyun.

[C] World || Golden ChildUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum