07

299 46 15
                                    

Masing-masing bergerak ke bilik setelah keadaan kembali reda.

Sungyoon duduk di hadapan cermin.Dia merenung cermin itu sedalam-dalamnya.

Dia menghela nafas.

"Kenapa semua ni perlu terjadi?"tanya Sungyoon.

"Aku tak tahu apa yang disembunyikan oleh Daeyeol hyung dan juga Jaehyun,"

"Tapi aku harap mereka akan beritahu juga suatu hari nanti,"

"Kalau boleh aku nak beritahu sekarang,"

Sungyoon memandang kearah kirinya.Kelihatan Daeyeol masuk ke biliknya diikuti oleh Jaehyun.

Sungyoon berdiri tegak melihat mereka masuk.

"Kenapa kau berdua datang sini?"tanya Sungyoon.

"Kami ada perkara nak cakap dengan hyung,"jawab Jaehyun.

Sungyoon hanya memandang mereka berdua yang duduk di atas kerusi bertentangan dengan katilnya.

Sungyoon dengan malasnya berjalan ke arah mereka berdua.Dia duduk di atas katilnya berhadapan dengan Daeyeol dan juga Sungyoon.

"Nak apa?Aku tak ada masa nak layan kau berdua,"ujar Sungyoon malas.

Dia sudah penat untuk berteka-teki dengan Daeyeol dan juga Jaehyun.Dia bukan seorang yang bodoh yang percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh mereka.

"Aku minta maaf,"ujar Daeyeol.

Dia tidak berani memandang Sungyoon kerana dia tahu bahawa Sungyoon marahkannya.

"Kalau setakat nak minta maaf baik tak payah datang sini.Aku penat.Rasanya kau berdua boleh keluar,"

"Aku tahu aku salah sebab rahsiakan benda ni daripada kalian semua tapi ada sebab kenapa aku sembunyikan perkara ni,"

Sungyoon memandang Daeyeol dan Jaehyun.

"Apa sebabnya kau berdua rahsiakan perkara ini daripada kami?Kenapa?Kami ni tak penting untuk kau ke?"tanya Sungyoon bertubi-tubi.

Daeyeol memandang Jaehyun seketika sebelum mengeluh.

"Because we are in dangerous situation right now.Macam yang Daeyeol hyung cakap tempoh hari yang negeri ini akan diserang oleh musuh yang lebih kuat daripada kita.Hyung masih ingat,kan?"tanya Jaehyun.

Sungyoon mengangguk perlahan.Sudah semestinya dia masih ingat apa yang Daeyeol katakan pada waktu itu dan juga perkara itu yang membuatkannya tidak tentu arah setelah mereka semua bersurai.

"Dan perkara itu sedang berlaku.Kau mesti nampak apa yang sudah terjadi dalam istana.Semuanya bersepah dan Donghyun diserang,"ujar Jaehyun.

"Sekarang ini ayahanda dan bonda diculik oleh mereka,"tambah Daeyeol.

"Jadi?"tanya Jangjun.

Sungyoon,Daeyeol dan Jaehyun memandang kearah pintu.Kesemua putera datang ke bilik Sungyoon.

"Sejak bila kau berdiri dekat situ?"tanya Jaehyun yang terkejut dengan kedatangan mereka bertujuh.

"Sejak awal hyung semua bercerita,"ujar Bomin dengan suara yang sedikit keras.

Ketujuh-tujuh mereka bergerak masuk ke dalam bilik Sungyoon.

"Apa akan berlaku pula selepas ni?"tanya Youngtaek.

Walaupun rasa marah masih ada dalam dirinya namun diketepikan kerana ingin mengetahui cerita sebenar daripada Daeyeol dan juga Jaehyun.

"Kita semua akan hilang,"jawab Jaehyun sambil merenung Youngtaek.

"Satu persatu,"jawab Daeyeol perlahan.

Semua yang berada disitu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Jaehyun dan juga Daeyeol.

"Kau serius,hyung?"tanya Jangjun.

Daeyeol mengangguk perlahan.

"Kita hilang?Maksud hyung?"tanya Jibeom.

"Kalau kau semua masih ingat perjumpaan kita tempoh hari Joochan ada kata yang negeri ini tidak lagi berpenghuni,"kata Seungmin.

"Maksud hyung bukan sahaja kita malah penduduk sekalian juga?"tanya Bomin.

Dia memandng ke arah Daeyeol.Daeyeol mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan Bomin.

"Aku cuma boleh nampak  sampai sini sahaja dalam ramalan tu sebab Joochan kata dia tak ada mimpi apa-apa lagi.Aku harap kalau ditakdirkan kita semua mula hilang,jangan panik dan teruskan hidup kau.Jangan penah tunjukkan kuasa yang kau ada kepada sesiapa kecuali kalau keadaan yang amat bahaya,"ujar Daeyeol panjang lebar.

"Hyung aku nak tanya sesuatu,"panggil Bomin.

"Apa dia?"

"Rantai ni untuk apa?"tanya Bomin sambil mengeluarkan rantai yang tersangkut di lehernya.

Jibeom memandang rantai milik Bomin sebelum memandang rantai miliknya.Dia menilik seketika.

"Jangan pernah kau semua tanggalkan rantai tu.Rantai tu akan membantu kau semua waktu kau semua dalam kesusahan,"jawab Daeyeol.

"Tapi macam mana?"tanya Youngtaek.

Daeyeol hanya memandang Youngtaek dan tidak menjawab pertanyaan tersebut.

"Kau semua akan tahu caranya nanti,"jawab Daeyeol.

Sungyoon tiba-tiba berdiri dan berjalan ke arah pintu biliknya.

"Aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja.Aku harap kau tak akan rahsiakan apa-apa daripada kami,"kata Sungyoon sebelum membuka pintu.

"Sekarang dipersilakan keluar.Aku penat,"

Sungyoon memandang jam yang tergantung di dinding bilknya.

"Dah pukul 12 malam dan kau semua pasti mengantuk jadi keluar sana shuh shuh,"halau Sungyoon.

"Amboi kau ingat kami ni kucing ke apa nak shuh shuh bagai,"marah Jibeom sebelum keluar dari bilik Sungyoon diikuti yang lain.

Jaehyun dan Daeyeol memandang Sungyoon sebelum keluar.Daeyeol menepuk perlahan bahu Sungyoon sebelum berlalu ke biliknya.

'Aku tak tahu apa yang perlu aku buat untuk lindungi kau semua,'

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now