Special : Kim's Family (Donghyun)

124 17 57
                                    

"Sayang," panggil Tuan Kim.

Isteri Tuan Kim yang dikenali sebagai Puan Kim menoleh ke arah Tuan Kim. Puan Kim berjalan memeluk Tuan Kim. Sudah menjadi rutin mereka untuk berpeluk seketika apabila mereka bersama.

"Saya ada berita buruk," kata Tuan Kim.

"Apa dia?" tanya Puan Kim dengan lembut sambil tersenyum.

"Raja... Inginkan sayang jadi salah seorang gundik dia," kata Tuan Kim. Dia tidak menoleh isterinya kerana takut untuk melihat riak wajah isterinya.

Puan Kim terkejut. Senyumannya mati.

"Apa dah gila ke raja tu? Isteri orang juga yang nak diambil. Macam dah tak ada anak dara yang lain sahaja," omel Puan Kim.

Tuan Kim tersenyum mendengar omelan isterinya. Dia menatap wajah isterinya yang sedang mengomel geram akan sikap raja.

Tidak dinafikan bahawa Puan Kim adalah sangat cantik. Walaupun sudah berumah tangga, kecantikannya masih lagi terserlah seperti anak dara.

"Dah kenapa tengok saya macam tu?" tanya Puan Kim. Tuan Kim tersenyum.

"Awak kalau marah pun tetap cantik dan comel," kata Tuan Kim membuatkan Puan Kim mencubit manja di lengan kanannya.

"Mengarut sahaja," kata Puan Kim sambil mnnggelengkan kepalanya.

"Ah, saya nak beritahu awak sesuatu perkara ni. Harap awak tak terkejut sangatlah,"

Tuan Kim memandang isterinya dengan penuh tanda tanya. Puan Kim senyum lalu mendekatkan bibirnya di telinga kanan Tuan Kim.

"Saya mengandung," bisik Puan Kim.

Tuan Kim memandang isterinya. "Serius?" tanya Tuan Kim. Puan Kim menganggukkan kepalanya.

"Wah saya nak jadi ayah!" kata Tuan Kim dengan gembira.

Akhirnya, penantian mereka selama hampir 7 tahun untuk menimang cahaya mata akan berakhir. Tuan Kim memeluk isterinya dengan kuat. Kemudian, dia meletakkan tangannya diatas perut isterinya dan diusap perlahan.

"Anak ayah," kata Tuan Kim dengan perlahan sambil menatap mata isterinya. Mereka berbalas senyuman.

Tiba-tiba, senyuman Tuan Kim mati.

"Kalau begitu, biar saya minta raja untuk cari yang lain. Saya tak sanggup untuk kongsi awak dengan lelaki lain lagi-lagi raja yang kejam dan tak sedar diri tu,"

Puan Kim tersenyum mengangguk.

Keesokan harinya, Tuan Kim berjalan menghadap raja. Ketika itu, raja ada bersama permaisuri. Tuan Kim berhenti di hadapan raja.

"Adinda keluar dahulu ya," kata Permaisuri. Tuan Kim menunduk ke arah Permaisuri yang berjalan melepasinya.

"Ada apa Tuan Kim jumpa beta?" tanya raja.

Tuan Kim berdehem seketika.

"Tuanku, tentang seorang wanita yang Tuanku menyuruh patik membawanya kesini bolehkah Tuanku memilih wanita yang lain?"

Raja memandang Tuan Kim tanpa beriak apa-apa. Tuan Kim yang sedang melihat raja itu menundukkan kepalanya.

"Beta masih ingin wanita itu,"

"Tapi Tuanku, dia-"

"Beta tak kira! Beta masih ingin wanita itu!" jerkah raja membuatkan Tuan Kim tersentak.

"B-Baik Tuanku," kata Tuan Kim sebelum meminta izin untuk beredar dari istana.

Petang itu, Tuan Kim pulang ke rumah dengan wajah yang tidak ceria. Puan Kim menyambut kepulangan suaminya dengan ceria namun dia terkejut kerana melihat suaminya yang berwajah sedih itu.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now