19

286 37 63
                                    

"Jaehyun-ah kau nak pergi mana?"tanya Sunwoo melihat Jaehyun yang sedang bersiap-siap untuk keluar.

"Hari ini aku cuti jadi ingat nak ambil udara segar,"kata Jaehyun.

"Joochan?"

"Dia masih tidur.Biarlah dia.Aku pergi dulu,"kata Jaehyun sebelum berlalu pergi.

Sunwoo hanya menghantar Jaehyun dengan ekor matanya.Dia mengambil remote televisyen di atas meja dan mengalih siaran.Matanya difokuskan ke arah televisyen.

"Sunwoo-ah"

"Oh mak kau terpelanting ke Asia,"latah Sunwoo.

Dia memandang ke belakang dan melihat Joochan dengan rambutnya yang serabai berdiri di hadapan pintu bilik Jaehyun dengan mata masih tertutup.Sunwoo menggelengkan kepalanya.

"Nak apa?"tanya Sunwoo.

"Jaehyun mana?"tanya Joochan dengan suara yang serak kerana baru bangun tidur.

"Dia keluar sekejap,"balas Sunwoo sambil matanya fokus ke arah televisyen.

Joochan membuka sedikit matanya untuk melihat cerita apa yang ditonton oleh Sunwoo.

"Tak habis-habis dengan WWE dia,"kata Joochan perlahan sebelum berlalu masuk ke bilik yang dikongsi dengan Jaehyun untuk membersihkan diri.

Setelah Joochan membersihkan diri,dia berdiri dihadapan cermin untuk menyiapkan dirinya.Yalah siapa yang nak selekeh-selekeh walaupun dekat rumah hahaha.

Dia terpandang rantai yang tersangkut dilehernya.Dengan serta-merta dia teringatkan adik beradiknya yang lain.

"Mana kau semua.Aku rindu,"keluh Joochan perlahan.

Setelah itu dia keluar untuk bersarapan.Dia duduk di meja makan dan dengan pantas makan apa yang ada di atas meja.

"Kau dah makan?"tanya Joochan kepada Sunwoo.

"Dah dengan Jaehyun tadi.Habiskanlah,"kata Sunwoo dengan matanya yang tidak dilepaskan daripada televisyen.

Joochan tersenyum seketika mendengar balasan Sunwoo dan sambung makan.

Seketika kemudian,Sunwoo bangun dan berjalan ke arah dapur.Dia mengambil mug miliknya dan menuang air.

"Sunwoo...aku ada soalan,"kata Joochan yang baru sahaja siap bersarapan.

Sunwoo menjongketkan keningnya.

"Kau siapa sebenarnya?"tanya Joochan.

"Uhuk uhuk,"

Sunwoo tersedak air yang diminumnya.

"A-apa maksud kau?A-aku Sunwoo lah.Dah kenapa kau tanya soalan macam tu?"tanya Sunwoo tergagap-gagap.

Joochan tersenyum sinis.

"Jangan fikir aku bodoh untuk teka semua ni.Kau-"Joochan berhenti seketika sambil matanya memandang tepat ke arah anak mata Sunwoo yang bergetar itu.

Sunwoo hendak melarikan anak matanya daripada terus ditatap oleh Joochan namun badannya seperti dikunci.Dia menelan air liurnya.

"Kau nak tahu apa?"tanya Sunwoo setelah menghela nafasnya untuk menenangkan dirinya yang sedang gementar itu.Matanya tepat memandang Joochan seperti bersedia untuk menjawab pelbagai soalan yang kemungkinan akan ditanya oleh Joochan.

"Ceritakan dekat aku apa niat sebenar kau dekat sini,"kata Joochan.

Sementara itu di tempat lain,Daeyeol tiba-tiba bangun daripada tidurnya .Dia kelihatan termenung seketika sebelum meraup mukanya dengan kasar.

'Apa lagi yang akan berlaku?Kenapa aku rasa tak sedap hati?'

Daeyeol melihat jam di sebelahnya.

'Pukul 3 pagi lagi?'

Dia menghela nafas perlahan-lahan sebelum turun dari katilnya.

Tempat pertama yang dituju adalah bilik Bomin yang bersebelahan dengan biliknya.

Tok! Tok! Tok!

Bomin membuka pintu daripada dalam.Kelihatan Daeyeol berdiri dihadapan pintu biliknya.

"Ah hyung kenapa ketuk?"tanya Bomin dengan suara yang serak dan perlahan kerana baru bangun tidur.

"Donghyun ada?"tanya Daeyeol.

Bomin berpusing ke dalam biliknya.Kelihatan katil Donghyun kemas.

Dia memandang Daeyeol semula.Dia menggelengkan kepala.Daeyeol kelihatan terkejut apabila Bomin menggelengkan kepalanya.

"Ke mana dia pergi pukul 3 pagi ni?"tanya Daeyeol sambil mengurut pelipisnya.

Bomin menggaru kepalanya.

"Err dia tak ada beritahu hyung ke?"tanya Bomin apabila melihat Daeyeol berjalan ke arah dapur.

"Kalau dia beritahu hyung tak adanya hyung tanya kau mana Donghyun,"kata Daeyeol.

Bomin tersengih sambil melihat Daeyeol menghilang ke dapur.

'Mana pula kau pergi ni Donghyun hyung,'

Bomin terus masuk semula ke dalam biliknya dan menyambung tidurnya.


Author note
H-hi guys hehe
2 days ago,on 23rd June Golden Child comeback and Aemy planned nak update time tu tapi tak dapat sorry guys

Aemy tak nak cakap banyak just nak cakap thank you sudi baca.

Alang² tu jomlah stream mv Golden Child hoho

Sesiapa yang tak pernah usha lagi Golden Child,dipersilakan menonton mv mereka confirm tak menyesal.Yang dah usha and watch their ONE mv keep streaming tau guys

Sayang u guys muah

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now