15

281 37 69
                                    

Youngtaek membuka matanya namun tidak boleh kerana silau.Dia terus bangun dan menggosok kedua-dua belah matanya.

Apabila penglihatannya sudah pulih,dia terus melihat di sekelilingnya mencari keberadaan adik-beradiknya.

Dia ternampak satu figura sedang terbaring yang berada tidak jauh darinya.Dia terus berlari ke arah figura tersebut.

Kecil dan comel figura lelaki itu.

"Seumgmin-ah bangun,"kejut Youngtaek sambil menggoncangkan badan Seungmin.

Seungmin masih lagi tidak sedar walaupun badannya digoncang kuat oleh Youngtaek.

'Ada juga aku campak budak ni,'

Youngtaek menggoncangkan badan Seungmin sekali lagi dengan lebih kuat namun Seungmin masih lagi tidak sedar.

"Ada juga aku buat CPR ni,"

Youngtaek memandang sekelilingnya beberapa kali sebelum memandang Seungmin.

Dia mengeluh.

"Kena buat juga la nampaknya,"ujar Youngtaek sebelum cuba mendekatkan muka ke Seungmin.

Belum sempat Youngtaek melakukan CPR,Seungmin tersedar namun Youngtaek tidak perasan bahawa Seungmin sudah sedar.

Oleh kerana muka Youngtaek sangat rapat,secara tidak sengaja Seungmin menyepak kaki Youngtaek kerana terkejut.

"Argh!"jerit Youngtaek.

Dia duduk disebelah sambil menggosok kakinya yang sakit ditendang tadi.

"Kau dah kenapa?Sakit tahu tak?"marah Youngtaek.

Seungmin yang masih baring itu terus bangun.

"Kau tu dah kenapa?Terkejut aku tahu tak,"marah Seungmin balik.

Youngtaek masih lagi menggosok kakinya yang sakit.

'Pergh ni tulang ke batu?Sakit gila kaki aku disepak,'

"Kau tu yang tak tahu nak sedar awal tu apahal?Penat aku kejut tahu tak,"marah Youngtaek.

Seungmin menjeling Youngtaek sebelum memandang disekelilingnya.

"Tapi kan kita sekarang ni dekat mana?"tanya Seungmin.

Dilihat atas,bawah,kiri dan kanan untuk mengenali tempat mereka berdua terdampar.

"Kita tak pernah datang temat ni,"kata Seungmin sambil berdiri.

Melihat Seungmin berdiri,Youngtaek juga ikut berdiri melihat sekelilingnya.

"Depan kita laut.Belakang kita hutan.Sekeliling kita rumah pun tak ada,"kata Youngtaek pula.

"Jadi memang betullah sumpahan tu berlaku?"tanya Seungmin.

Youngtaek memberhentikan pandangannya ke arah Seungmin.

"Maksud kau?"tanya Youngtaek namun Seungmin tidak menjawabnya.

Dia mengeluh.

"Jadi sekarang kita nak buat apa?"tanya Youngtaek memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Mungkin buat masa ni kita tidur dekat sini dulu.Esoklah baru kita cari jalan.Hari pun dah lewat ni,"kata Seungmin.

Youngtaek memandang sekelilingnya.Memang betul hari sudah beransur gelap.Kalau tidak silap tadi dia tersedar waktu petang hampir ke malam.

"Tidur sini?Atas pasir?Tak ada api?"tanya Youngtaek bertubi-tubi.

"Eii tak nak aku.Aku nak katil aku!"jerit Youngtaek.

Seungmin merenung Youngtaek dengan tajam namun Youngtaek tidak menyedarinya.

"Tch Seungmin-ah kenapa aku rasa ada macam aura hitam dekat sekeliling kita?"tanya Youngtaek sambil memandang sekelilingnya sebelum pandangannya jatuh tepat ke mata Seungmin.

"Auu patutlah aku rasa aura hitam yang kuat,"kata Youngtaek sambil menggosok kedua-dua lengannya.

Apabila memandang Seungmin yang tidak bergerak,Youngtaek menjadi serius.

"Yalah yalah,"

Youngtaek duduk di atas pasir itu dan berbaring di situ.

Seungmin duduk dan berbaring dengan jarak 1 meter jauh dari Youngtaek.Youngtaek memandang Seungmin yang jauh darinya.

Suasana sepi membuatkan mereka dua beradik berasa awkward.Youngtaek yang sememangnya sudah bosan mendapat idea untuk mengenakan Seungmin.

"Seungmin-ah marilah sini dengan aku,"panggil Youngtaek dengan suara yang menggoda.

Seungmin yang baru baring itu terus duduk dan memandang Youngtaek.

"Kau dah kenapa?"tanya Seungmin namun tidak dijawab oleh Youngtaek.

"Sinilah tidur dengan aku.Aku takut,"kata Youngtaek lagi tapi suaranya ditukar kepada suara yang manja.Posisinya pula ditukar kepada posisi mengiring menghadap Seungmin.

"Ada jugak aku baling kau masuk dalam laut ni biar kena makan dengan ikan yu sekejap lagi,"kata Seungmin dengan suara yang sengaja yang dikeraskan.

Youngtaek mencebikkan bibirnya lalu menukar posisinya supaya menghadap langit.

Nampaknya kali ini Seungmin menang.Susah kalau dapat adik yang selalu serius.

"Seungmin-ah,"panggil Youngtaek.

"Apa maksud kau yang sumpahan tu berlaku?Sumpahan apa ni?"tanya Youngtaek.

Seungmin menghela nafas.

"Kau mesti ingatkan waktu Daeyeol hyung kumpulkan kita semua dekat bilik bacaan?"tanya Seungmin.

Youngtaek terdiam mencuba mengingati kembali waktu itu.

"Dia ada cakap tentang Joochan.Tentang mimpi Joochan maksud aku,"kata Seungmin apabila Youngtaek seperti orang gila cuba mengingati waktu itu.

"Ah yang tu...Kenapa?"

"Aku ada baca satu buku dekat bilik bacaan.Buku tu kata ada sumpahan akan berlaku dimana kerajaan Crys akan kehilangan pemerintahnya,"cerita Seungmin.

"Dan aku rasa sumpahan itu berlaku sekarang,"kata Seungmin lalu memandang Youngtaek sebelum memandang langit semula.

"Maksud kau,kita semua?"tanya Youngtaek.

Seungmin tidak memberikan respons terhadap soalan Youngtaek menyebabkan Youngtaek membaling ranting kayu ke arah Seungmin.

"Kau ni suka sangat biarkan aku terkapai-kapai sendirian dengan soalan aku yang tidak berjawab,"marah Youngtaek.

"Jangan bisinglah.Aku nak tidur.Selamat malam,"ujar Seungmin lalu tidur membelakangi Youngtaek.

Youngtaek menghela nafas dengan kasar kerana dia penat untuk berteka-teki ada waktu ini.

'Alangkah bagusnya kalau hyung dan dongsaeng yang lain ada dekat sini,'

Youngtaek melihat bahawa Seungmin sudah tidur.Oleh sebab itu,dia terus menutup matanya dan bersedia untuk masuk ke alam mimpi.

[C] World || Golden ChildМесто, где живут истории. Откройте их для себя