30

183 26 15
                                    

Bomin merebahkan badannya di atas katil. Setelah perbincangan mereka, Daeyeol menyuruh mereka untuk berehat. Masing-masing mendapat sebuah bilik untuk privasi mereka kata Daeyeol. Namun oleh kerana Sungyoon masih belum sedar, dia diletakkan di dalam bilik Daeyeol supaya senang untuk Daeyeol jaga.

Bomin merenung siling di atasnya. Mindanya kini sesak kerana dia cuba merangka rancangan untuk dijalankan bagi menyelamatkan Jangjun daripada terus mempercayai pengkhianat itu.

Knock! Knock!

Bunyi pintu diketuk mengejutkan Bomin yang sedang mengelamun itu. Dia bangun dan berjalan ke arah pintu dan memulas tombol pintu untuk membukanya. Kelihatan Jibeom serta Seungmin berada di hadapan biliknya.

"Kenapa hyung berdua di sini?"tanya Bomin.

"Maaf ganggu kau tapi aku nak tanya sesuatu,"kata Seungmin.

Bomin menyuruh mereka masuk ke dalam biliknya. Seungmin dan Jibeom duduk di atas dua buah kerusi yang terdapat di bilik Bomin.

"Nak tanya apa hyung?" tanya Bomin kepada Seungmin dan Jibeom setelah  mereka berdua duduk di kerusi.

"Kau masih nak teruskan ke rancangan kau tu?" tanya Seungmin secara terus. Bomin hanya memandang Seungmin yang duduk bertentangan dengannya.

"Kenapa hyung tanya macam tu?" tanya Bomin semula tanpa menjawab soalan Seungmin. Dia cuba membaca reaksi Seungmin pada ketika itu.

"Aku rasa macam kita tak patut buat dekat Jangjun hyung macam tu," kata Seungmin.

"Hyung, kita terpaksa. Dengan cara menyamar jadi Tuan Kim dan 'menculik' Jangjun hyung adalah perkara yang penting buat kita untuk jauhkan Jangjun hyung daripada pengkhianat tu,"kata Bomin.

Seungmin menghela nafas. Dia awalnya berbelah bahagi hendak setuju atau tidak dengan cadangan Bomin itu. Pada mulanya dia berfikir bahawa cadangan itu tidak masuk akal. Menyamar sebagai Tuan Kim dan 'menculik' Jangjun adalah perkara terakhir yang akan dia lakukan atau mungkin tidak akan dia lakukannya.

"Bila kau nak mulakan rancangan kau?" tanya Jibeom yang sedari tadi hanya

"Tunggu Sungyoon hyung sedar dahulu. Kalau dia sedar awal, bolehlah kita mulakan awal. Perkara ini tak boleh dilengahkan lagi. Lagi lama Jangjun hyung berada dibawah kawalan Tuan Kim, lagi susah untuk kita betulkan fikirannya untuk percayakan kita semula," kata Bomin. Seungmin dan Jibeom menganggukkan kepala mereka.

"Sudahlah aku nak tidur. Hyung berdua saya menghalau kalian dengan baik untuk pulang ke bilik kalian," kata Bomin dengan muka yang serius.

Seungmin dan Jibeom menjeling ke arah Bomin yang 'menghalau' mereka. Bomin pula menahan dirinya daripada tersenyum atau ketawa melihat jelingan mereka berdua.

"Tak padan dengan status sebagai adik. Suka hati sahaja nak menghalau orang. Sepak baru tahu,"kata Seungmin.

Bomin membuka pintu untuk mereka berdua.

"Tak padan dengan pendek,suka hati je dia nak sepak orang," balas Bomin lalu cepat-cepat menutup pintu sebelum dihempuk oleh abangnya.

Dibalik pintu, Bomin menghamburkan tawanya manakala Jibeom menahan Seungmin daripada menendang pintu bilik Bomin.

"Hyung ni sabarlah. Dah tahu dia suka mengusik hyung kan,"kata Jibeom.

"Selalu dia cakap aku pendek. Tahulah dia setinggi galah. Sedih aku yang comel ni,"kata Seungmin sambil memegang dada kirinya berpura-pura sedih.

"Tak padan dengan pendek, ada hati nak cakap diri sendiri comel," kata Jibeom sebelum berlari sepantas kilat untuk mengelakkan dirinya daripada dipukul oleh Seungmin.

"Jibeom," dengus Seungmin dengan perlahan sebelum mengambil nafas sedalam yang boleh dan menghembusnya.

'Nasib akulah ada adik macam mereka berdua yang perangai sumpah buat aku marah sahaja setiap masa,' detik hati Seungmin sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya dan merehatkan diri.

Setelah merebahkan diri di atas katil, fikirannya melayang teringat akan cadangan Bomin untuk menyamar dan 'menculik' Jangjun di istana.

'Walaupun aku tak setuju, namun aku harap ianya akan berjaya,' fikir Seungmin sebelum menarik selimut dan menutup matanya sebelum terlena.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now