25

165 25 38
                                    

"Apa maksud hyung?"

Daeyeol meraup mukanya.Dengan keadaan yang begini,dia harus sabar dan peka dengan perasaan Jangjun.

"Jauhi Tuan Kim,"

"Tapi kenapa?"tanya Jangjun.

"Kerana dia adalah pengkhianat,"jawab satu suara yang lain.

Daeyeol dan Jangjun menoleh ke arah suara itu.Kelihatan Sungyoon berjalan keluar daripada almari baju Daeyeol.

"Sungyoon hyung?"

Sungyoon masih lagi dengan muka kosongnya.Daeyeol meraih kedua-dua tangan Jangjun.Matanya memandang tepat ke arah anak mata Jangjun.

"Jauhi Tuan Kim,Jangjun,Aku minta untuk kau jauhi Tuan Kim,"rayu Daeyeol.

Jangjun keliru dengan apa yang berlaku dihadapannya.

"A-Apa semua ini?Daeyeol hyung?Sungyoon hyung?"tanya Jangjun sambil cuba melepaskan tangannya daripada terus digenggam oleh Daeyeol.

"Aku tak sangka kau bodoh,Jangjun,"ujar Sungyoon dengan sarkastik.

"Kau kalau setakat datang sini nak buat aku marah,aku lebih rela kau hilang daripada ada di depan mata aku sekarang ni,"balas Jangjun dengan suara yang perlahan.Matanya menjeling ke arah Sungyoon yang berdiri di sebelah kiri Daeyeol.

Daeyeol menghela nafas.Fikirnya bahawa kedua-dua mereka sudah berbaik dan saling mengalah namun sebaliknya berlaku.

"Boleh tak kalau kau berdua berhenti bergaduh?Aku penatlah,"kata Daeyeol dengan suara yang penuh dengan kekecewaan.

Dia benar-benar kecewa dengan perangai kedua-dua adiknya yang mementingkan diri sendiri.Dia memandang Jangjun yang berdiri dihadapannya.Daeyeol menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembusnya dengan perlahan.

"Jangjun,serius aku minta kau untuk jauhi Tuan Kim kerana dia amat berbahaya terutama sekali terhadap kau,"kata Daeyeol sambil kedua-dua matanya memandang Jangjun dengan harapan agar Jangjun mendengar kata-katanya.

Sungyoon bergerak ke arah meja Daeyeol yang terletak di sebelah katil Daeyeol.Dia mencapai sebuah buku yang tidak terlalu usang di atas meja tersebut sebelum berjalan ke arah Jangjun dan Daeyeol.

Dia mengambil tangan kanan milik Jangjun dan meletakkan buku tersebut di atasnya.

"Aku harap kau baca dan fahamkan apa isi kandungan buku ini dan ingat yang buku ini tidak boleh berada di tangan sesiapa selain ahli keluarga kita termasuk Tuan Kim,"kata Sungyoon.

Jangjun melihat buku itu,Daeyeol dan Sungyoon secara bergilir-gilir.

'Aku harap kau faham,'detik hati Daeyeol sebelum menarik tangan Sungyoon dan berlalu keluar.

Jangjun tekun memandang buku itu.Dia membuka helaian pertama buku itu dan membaca setiap butir perkataan yang tertulis disitu.

'Ini rahsia Kerajaan Crys'detik hati Jangjun.

Matanya membulat setiap kali dia bergerak daripada satu muka surat ke muka surat yang lain.

'Jadi selama ini aku dibohongi?'

Jangjun menghela nafas sambil menghenyakkan badannya ke atas katil milik Daeyeol itu.Sungguh dia tidak menyangka bahawa bahaya kini berada di hadapannya dan dia dibutakan dengan penipuan oleh orang yang amat dipercayai oleh keluarganya.

"Tapi kenapa aku rasa bukan salah Tuan Kim?"tanya Jangjun sendirian.

Dia membaringkan badannya di atas katil milik Daeyeol dan meletakkan lengan kirinya di atas dahinya.

'Gara-gara kejadian ini kusut kepala aku nak memikirkan semua,'

Sungyoon dan Daeyeol jalan beriringan.Suasana diantara mereka sungguh sepi.Tiada diantara mereka membuka suara kerana masing-masing memikirkan sesuatu di kepala mereka.

"Hyung,Jangjun akan percayakan kita ke?"tanya Sungyoon setelah mereka berada jauh dari istana.

Daeyeol menghela nafas.

"Hyung juga tidak tahu tapi Hyung harap dia akan percayakan kita,"jawab Daeyeol membalas soalan Sungyoon.

"Tapi aku tak sangka kau boleh bawa aku ke sini,"kata Daeyeol sambil matanya memandang Sungyoon.

Sungyoon menoleh ke arah Daeyeol.Dia ketawa kecil kerana Daeyeol memandangnya dengan mata yang bulat dan besar serta berkilauan seperti anak kecil yang teruja akan sesuatu yang baharu.

"Benda ini aku tak boleh buat selalu,"kata Sungyoon.

"Kenapa?"

"Dia akan guna tenaga aku dengan banyak.Kalau aku buat selalu,aku mungkin takkan bertahan,"jawab Sungyoon.

Daeyeol menganggukkan kepalanya tanda memahami apa yang dikatakan oleh Sungyoon.

"Aku harap kau akan guna untuk kali terakhir,"kata Daeyeol sebelum suasana diantara mereka kembali sunyi.

'Aku tak tahu bila kali terakhir aku akan guna kuasa ni tapi aku harap aku boleh bawa adik-adik yang lain untuk kembali ke Crys dan menentang mereka,'

[C] World || Golden ChildUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum