09

263 42 2
                                    

"Hyung!Daeyeol hyung!"jerit Jibeom yang berada di bilik Jaehyun.

Daeyeol yang kebetulan lalu dihadapan bilik Jaehyun terus masuk.

"Ada apa ni,Jibeom?"tanya Daeyeol.

"Aku nak kejutkan Jaehyun tapi dia tak ada,"kata Jibeom.

"Mungkin dia di taman,"teka Daeyeol.

"Tak mungkin sebab kalau ke taman almari tu akan tertutup.Tapi ni kenapa terbuka?"tanya Jibeom sambil tangannya menunjukkan ke arah almari Jaehyun yang terbuka luas.

Daeyeol bergerak ke almari tersebut.Tiba-tiba suatu cahaya menerangi bilik tersebut.

Rupa-rupanya cahaya tersebut datang dari cermin di bilik Jaehyun.

Daeyeol memandang cermin itu lama.Kemudian,dia jatuh terduduk.

Jibeom yang perasan akn keadaan hyungnya itu terus berlari kearah Daeyeol.

"Kenapa hyung?Ada apa-apa yang tak kena ke?"tanya Jibeom.

Dia cuba melihat apa yang terdapat dicermin itu namun kosong.

"J-Jibeom-ah,panggil semua sekarang.Panggil semua SEKARANG!"jerit Daeyeol.

"O-okay,"balas Jibeom sebelum berlari keluar.

Disisi lain,seorang lelaki tertawa perlahan di taman berdekatan bilik Jaehyun apabila melihat Jibeom berlari keluar.

Setelah itu,dia berjalan memasuki ruangan istana terus ke biliknya.

Jibeom pergi ke kawasan memanah di dalam istana.Kelihatan kesemua adik-beradiknya berada disana.

"Sungyoon hyung!"jerit Jibeom.

Mereka yang berada disitu memandang Jibeom seketika sebelum menyambung latihan memanah mereka.

Jibeom berhenti tepat dihadapan Sungyoon.

"Kenapa dengan kau,Jibeom?Laju betul kau lari,"tanya Sungyoon diikuti anggukan Jangjun yang berdiri di sebelah Sungyoon.

Jibeom mengambil nafasnya sebelum memaklumkan kehilangan Jaehyun kepada mereka berdua.

"Apa?Jaehyun hilang?"tanya Jangjun dengan suara yang kuat sehingga menarik perhatian semua yang sedang berlatih memanah.

Semua yang berada disitu bergegas ke arah Sungyoon,Jangjun dan juga Jibeom.

"Apa?Apa terjadi?"tanya Youngtaek setelah sampai di tempat mereka bertiga.

"J-Jaehyun,"

"Kenapa dengan Jaehyun hyung?"tanya Bomin.

"D-dia,"Jibeom masih lagi mencari nafasnya kerana penat berlari.

Dia melihat muka mereka semua.

"Jaehyun hilang,"jawab Jibeom.

"Apa?!"jerit mereka semua.

Jibeom menganggukkan kepalanya.

"Sekarang Daeyeol hyung suruh berkumpul di bilik Jaehyun,"ujar Jibeom.

Sementara itu di bilik Jaehyun,kelihatan Daeyeol bergerak ke arah cermin.

"Aku tak sangka kau akan hilang dahulu dan secepat begini,"ujar Daeyeol perlahan.

"Hyung!"

Daeyeol memandang kearah pintu bilik.Kelihatan adik-adiknya menyerbu kearahnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"tanya Sungyoon.

Daeyeol tidak menjawab pertanyaan Sungyoon malah matanya tetap tertancap ke arah cermin dihadapannya.

"Hyung tengok apa tu?"tanya Youngtaek sambil mengikuti melihat cermin yang ditatap oleh Daeyeol.

Donghyun dan Jangjun yang berdiri disebelah Youngtaek juga melihat ke arah cermin tersebut.

Daeyeol merenung mereka bertiga melalui cermin.Youngtaek,Jangjun dan juga Donghyun terkedu melihat renungan tajam Daeyeol itu.

"Hyung,kenapa Jaehyun hilang?Macam mana di boleh hilang?"tanya Joochan yang berdiri dibelakang Daeyeol.

Daeyeol mengeluh.Jelas dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada mereka tentang Jaehyun.

"Aku tak tahu macam mana dia boleh hilang tapi perkara tu dah mula berlaku,"jawab Daeyeol.

"Perkara apa hyung?"tanya Jangjun.

"Maafkan aku sebab sembunyikan perkara ni daripada kau semua tapi apa yang Joochan mimpikan selama ni adalah sumpahan yang akan berlaku kepada kita,"kata Daeyeol.

Mereka yang berada di situ amat terkejut.

"Maksud hyung kejadian yang kita akan hilang ni adalah sumpahan kepada kita?"tanya Seungmin.

Daeyeol mengangguk mengiyakan pertanyaan Seungmin.

"Aku tak tahu yang Jaehyun akan pergi dulu,"kata Daeyeol.

Semua yang berada disitu mengeluh.Jelaslah mereka tidak tahu ingin kata apa.Suasana sepi diantara mereka menjadikan mereka semua berasa janggal dengan apa yang berlaku.

"Aku risaukan Jaehyun,"kata Jibeom dengan tiba-tiba.

"Kalau hyung beritahu semua ni dari awal,mungkin kita dapat fikir daripada awal macam mana nak elakkan perkara ni daripada berlaku,"kata Sungyoon dengan suara yang keras.

"Maafkan aku.Aku tahu semua ni salah aku sebab tak beritahu awal-awal,"ujar Daeyeol.

Dia menundukkan kepalanya.Jujur dia rasa sangat bersalah dengan adik-adiknya.

"Sudah jangan macam ni.Kita kena fikirkan tentang Jaehyun,"ujar Seungmin cuba menenangkan Sungyoon.

Mereka semua duduk diam di dalam bilik Jaehyun sambil memikirkan cara untuk mengembalikan Jaehyun kepada mereka.

'Kita tak dapat kembalikan Jaehyun buat masa sekarang ni,'

Joochan yang memandang Daeyeol dapat melihat apa yang difikirkan oleh Deayeol itu.Dia mengeluh.Sungyoon pula memandang Daeyeol dengan pandangan tajam kerana marahnya terhadap Daeyeol masih belum reda.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now