23

182 30 26
                                    

"Jaehyunnie~"

Jaehyun yang sedang mengelap meja itu menoleh.Kelihatan Joochan berjalan ke arahnya dengan riang seperti kanak-kanak.

"Kau dah kenapa?Dah tak betul dah ke otak kau?"tanya Jaehyun dengan nada sarkastik.Joochan menarik muka.

"Alah kau ni aku nak gembira macam ni pun tak boleh,"kata Joochan.

"Bukan tak boleh cuma sakit mata aku tengok kau lompat-lompat macam itu.Like a monkey you know,"kata Jaehyun sambil mengelap meja yang lain.

"Monkey?"Joochan terjeda seketika.

"Auch sampai hati kau samakan aku yang kacak ini dengan monyet,"kata Joochan sambil berpura-pura memegang dadanya yang sakit.

Jaehyun hanya menggelengkan kepala sebelum masuk ke dapur kafè itu.

"Hei Jaehyun kau nak pergi mana?"panggil Joochan.Dia mengikut Jaehyun ke dapur kafè itu.

"Daripada aku melayan kau yang otaknya seperti wayar terputus ni,baik aku sambung buat kerja aku,"kata Jaehyun.Joochan ketawa.

"Alah kau ni.Sebenarnya aku nak tunjuk sesuatu dekat kau,"kata Joochan.

Jaehyun yang sedang membasuh tangan itu terhenti.Dia memandang Joochan dengan perasaan ingin tahu.

"Mari sini ikut aku,"

"Tapi kerja aku tak siap lagi,"

"Sekejap sahaja,"kata Joochan sambil menarik tangan Jaehyun keluar dari kafè.

Jaehyun hanya mengikut Joochan.Sampai di luar kafè,Joochan berhenti.Jaehyun pelik melihat Joochan berhenti namun dia juga ikut berhenti.

"Kenapa kau berhenti?"tanya Jaehyun.

"Jaehyun?"seru seseorang.

Jaehyun memandang hadapan dan kelihatan Youngtaek bersama Seungmin berdiri dihadapannya dan Joochan.

"Youngtaek hyung?Seungmin hyung?"Jaehyun terlopong melihat mereka berdua.Kedua-dua mereka kelihatan comot dan kotor.

Youngtaek dan Seungmin tersenyum melihat Jaehyun yang berdiri di hadapan mereka.

"Subin-ah cakap dengan Sunwoo yang aku dengan Joochan masuk lambat sikit.Kau tolong coverkan kami berdua.Kami ada hal,"kata Jaehyun kepada Subin yang kebetulan sedang mengelap meja yang terletak di bahagian luar kafè.

Subin menunjukkan tanda 'okay' kepada Jaehyun.Setelah itu,Jaehyun menarik tangan Youngtaek manakala Joochan menarik tangan Seungmin.

"Kita nak pergi mana?"tanya Youngtaek sambil memandang Seungmin.Mereka berdua hanya mengikut Jaehyun dan Joochan.

Sampai di hadapan sebuah rumah,Jaehyun menolak pintu pagar dan menarik kedua-dua hyungnya.

"Rumah siapa ni,Jaehyun?Joochan?"tanya Youngtaek.Dia dan Seungmin ditarik masuk ke dalam rumah tersebut.

"Tunggu sini dulu,"kata Jaehyun sebelum berlalu masuk ke biliknya.

"Ini rumah pemilik kafè tempat kami berdua kerja,"kata Joochan menjawab pertanyaan Youngtaek tadi.

Jaehyun keluar sambil membawa dua pasang baju lalu dihulurkan kepada Youngtaek dan Seungmin.

"Hyung berdua nampak kotor sangat jadi ambil baju ni dan bersihkan diri sana.Nanti ikut aku pergi kafè balik,"kata Jaehyun sambil menolak kedua-dua mereka ke bilik mandi.

Dia kemudiannya duduk dihadapan Joochan.Matanya tidak lepas memandang Joochan yang sedang membersihkan kukunya itu.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?"tanya Joochan sambil memandang Jaehyun.

Pandangan Jaehyun terhadapnya sungguh menggerunkan.

"Kau jumpa mereka berdua dekat mana?"tanya Jaehyun namun soalannya tidak dijawab oleh Joochan kerana Joochan ralit membersihkan kukunya itu.

"Joochan,"

Joochan menghela nafasnya perlahan sebelum memandang Jaehyun.

"Aku tengah mengemas dekat luar kafè dan aku ternampak ada dua orang lelaki macam lapar jadi aku belikan makanan nak beri kepada mereka.Bila aku datang dekat,rupanya Youngtaek hyung dan Seungmin hyung dengan pakaian yang kotor dan comot macam tu,"cerita Joochan.

Jaehyun menganggukkan kepalanya setelah mendengar cerita Joochan.

"Jaehyun!"

Jaehyun menoleh ke belakang dan melihat Seungmin berjalan keluar dari biliknya.

"Ini rumah kau ke?"tanya Seungmin.

"Tak.Aku dengan Joochan menumpang je rumah ni,"jawab Jaehyun.

"Terus ini rumah siapa?"tanya Youngtaek yang berdiri di belakang Seungmin.

"Sunwoo,"jawab Joochan.

"S-Sunwoo?"tanya Seungmin dan Youngtaek serentak sebelum berpamdangan sesama sendiri.

"Hyung kenal ke dengan Sunwoo?"tanya Jaehyun.

"Terlebih kenal,"jawab mereka berdua perlahan.

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now