16

261 35 43
                                    

Sungyoon menyerabutkan rambutnya.Dia sendiri penat dan keliru.Semua yang berlaku sekarang ni sangat pantas.Belum sempat dia hendak bertindak,adik-adiknya yang lain hilang dan yang tinggal hanyalah dia dan juga Jangjun.

Sungyoon berjalan ke bilik Jangjun.Dia mengetuk pintu bilik Jangjun.

Jangjun yang sedang menulis sesuatu dibuku resipinya memandang kearah pintu dan segera membukanya.

"Nak apa hyung?"tanya Jangjun.

"Pergi bilik bacaan sekejap dengan aku.Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau,"kata Sungyoon dan berlalu ke bilik bacaan.

Jangjun memandang Sungyoon seketika sebelum terus mengekori Sungyoon dari belakang.

Sampai dibilik bacaan,kedua-dua mereka duduk di sofa.

"Ada apa yang hyung nak bincang dengan aku?"tanya Jangjun.

Sungyoon menarik nafas dan menghembusnya perlahan.Dia memandang Jangjun seketika.

"Kau tak rasa pelik ke?"tanya Sungyoon.

"Maksud hyung?"

"Belum sebulan Jaehyun hilang,Jibeom pula hilang.Lepastu yang lain pula hilang,"kata Sungyoon.

Jangjun terdiam.

"Aku pun terfikir juga tu tapi aku tak assume benda pelik,"kata Jangjun.

"Tapi kan hyung.Aku ada nampak satu buku dekat meja Seungmin sehari sebelum Seungmin hilang,"

Sungyoon memandang Jangjun.

"Buku?Buku apa?Sejak bila Seungmin baca buku?"tanya Sungyoon dengan pelik.

Jangjun mengangkat kedua-dua bahunya.

"Tapi buku tu pelik.Aku tak pernah nampak pun,"kata Jangjun.

"Pelik?Pelik macam mana?"tanya Sungyoon.

Jangjun berdiri dan menyuruh Sungyoon untuk mengikutinya ke bilik Seungmin.

Sampai di bilik Seungmin,Jangjun membuka pintu dengan perlahan.

Bilik Seungmin sangat bersih seperti baru lepas dikemas.

"Setahu aku Seungmin tak ada jadi macam mana bilik ni boleh bersih macam ni?"tanya Sungyoon.

"Mungkin dayang-dayang istana?"

Sungyoon ketawa dengan tiba-tiba menyebabkan Jangjun yang berada di hadapan itu berpusing memandang Sungyoon.

"Dah kenapa hyung ketawa?"tanya Jangjun.

"Kau mesti lupa ayahanda dengan bonda mana pernah beri keizinan dayang-dayang istana masuk bilik anak-anak mereka,"kata Sungyoon.

"Ah haah la,"

Jangjun menggosok belakang lehernya.

"Tapi bilik Seungmin...macam mana boleh bersih macam ni?"tanya Jangjun.

Sungyoon hanya mengangkat bahunya.

"Kenapa kau bawa aku datang sini?"tanya Sungyoon.

Jangjun menepuk dahinya perlahan.

"Sorry aku lupa,"kata Jangjun sambil tersengih.

Sungyoon pula menjeling Jangjun.Jangjun berjalan ke arah meja Seungmin yang yerletak bersebeahan dengan tingkap biliknya.

Dia seperti mencari sesuatu di atas meja Seungmin.

"Kau cari apa?"tanya Sungyoon namun pertanyaannya tidak dijawab oleh Jangjun.

Sungyoon berjalan ke arah Jangjun yang sedang sibuk mencari sesuatu di atas meja Seungmin.

Sungyoon tidak mahu mengganggu atau membantu Jangjun.Dia memandang ke arah tingkap.Kelihatan bulan yang besar dan terang menghiasi langit pada malam itu.

Sungyoon menghela nafas perlahan.

Jangjun membuka satu persatu laci meja Seungmin.

"Jumpa!"jerit Jangjun.

Sungyoon yang berada dibelakang Jangjun terjerit kecil kerana terkejut dengar jeritan Jangjun itu.

"Hyung aku dah jumpa!Hyung?"Jangjun mencari Sungyoon namun tidak ada.

Sungyoon mengetuk kepala Jangjun.

"Argh!"rintih Jangjun sambil menggosok kepalanya.Dia berpusing ke belakang dan kelihatan muka Sungyoon dekat dengannya.

"Yaaaa hantu!!!"jerit Jangjun.

Belum sempat Jangjun hendak melarikan diri,Sungyoon menarik baju Jangjun dari belakang sambil berdehem.

"Kalau kau rasa nak aku sepak kau larilah,"ujar Sungyoon dengan suara yang sengaja dikeraskan.

Jangjun terus berdiri statik sambil tersengih memandang Sungyoon.

"Hahaha maaf.Aku fikir hantu tadi,"ujar Jangjun.

"Apa yang kau jumpa?"tanya Sungyoon.

Jangjun melihat semula tangannya.Terdapat sebuah buku setebal kamus di tangannya.

Mata Sungyoon terarah ke buku yang dipegang oleh Jangjun.Dia termenung seketika memikirkan sesuatu.Menyedari Sungyoon yang tidak bersuara,Jangjun memanggil Sungyoon.

"Hyung?"panggil Jangjun namun tidak dijawab oleh Sungyoon.

Sungyoon memerhati buku tersebut dengan lama.Dia kemudiannya memandang Jangjun.

"Macam mana buku ni boleh ada dekat sini?"tanya Sungyoon.

Jangjun memandang Sungyoon dengan pelik.Dia memandang buku itu dan Sungyoon beberapa kali.

"Ni kan Seungmin punya.Mestilah ada dekat dalam bilik dia,"kata Jangjun.

"T-tak,"

"Huh?"

"I-Ini bukan Seungmin punya.Ni hyung punya,"kata Sungyoon sebelum mencapai buku tersebut dan membelek satu persatu helaian buku tersebut.

"Hyung punya?"

Sungyoon mengangguk walaupun matanya tidak memandang Jangjun.

Author note
Annyeong!Haa lama Aemy tak update kan hehehe

Aemy bukan apa takda semangat nak update.Idea asyik hilang je bila bukak wattpad

Harini 30 April Road To Kingdom annn nanti Aemy akan cuba update more untuk fanfic World ni.

Terima kasihla baca fanfic merapu ni yang Aemy rasa bila baca,rasa macam nak baling kepala sebab kenapa Aemy buat genre niㅋㅋㅋㅋㅋ

Okeyh cukuplah author note tuㅋㅋㅋ

Jangan lupa support Golden Child dalam Road To Kingdom!

[C] World || Golden ChildWhere stories live. Discover now