1

115 15 0
                                    


Chaeyoung memandang bracelet yang terukir namanya di atas bracelet. HCY. Abangnya juga memakai bracelet yang sama dengannya.

"Jisung. Kalau aku nak kerja boleh tak?"  Han memukul bahu adiknya. Pantang sekali kalau dia dengar Han Chaeyoung nak bekerja.

"Tak payah. Aku boleh bagi kau duit, Chae. Jangan susahkan diri kau nak bekerja bagai. Sejak daddy meninggal kau dah jadi tanggungjawab aku. Kalau apa-apa jadi kat kau, aku yang akan menyalahkan diri aku."

Meskipun abangnya melarang keras dirinya untuk bekerja, dia tetap ingin bekerja. Walaupun kehidupannya kini cukup mewah.

"Hidup mewah pun kalau tak dapat sesen dari Mommy tak guna jugak." Chaeyoung mengeluh perlahan.

Bunyi bising di tingkat bawah memeranjatkan Han Chaeyoung yang sedang mengelamun tadi. Terus dia menuju ke tingkat bawah dengan segera.

Kelihatan ibunya tengah mabuk. Chaeyoung mengeluh perlahan. Semenjak kehilangan bapa mereka, ibunya itu kerap ke kelab malam membazirkan harta peninggalan ayah mereka.

"Mommy, jom Chae tolong Mommy masuk bilik," Chaeyoung cuba memapah badan ibunya tetapi ditolak kasar oleh ibunya.

"Jangan sentuh aku sial! Disebabkan kau! Company aku makin merudum! Klien pun ramai lari disebabkan kau! Pembawa sial! Kalau aku tahu dari awal lagi aku buang kau, Han Chaeyoung! Langsung tak berguna dalam rumah ni!" suara ibunya memekik menyumpah seranah Han Chaeyoung. Sebak di hati bukan kepalang lagi rasanya.

Puan Han iaitu ibunya cuba bangun dari sofa empuk yang dia baring tadi. Lagi sekali, Han Chaeyoung ingin membantu ibunya.

"Tak payah sentuh aku! Aku tak mabuk! Aku boleh jalan sendiri."

Puan Han meninggalkan Chaeyoung di ruang tamu seorang diri. Chaeyoung cepat-cepat menepis rasa ingin menangisnya.

Kalau dalam cerita fantasi Cinderella yang menjadi kegemarannya pada zaman kanak-kanaknya, ibu tiri yang tidak suka pada anak tirinya. Tapi, situasi dia berbeza. Ibunya sendiri tidak menyukai anaknya sendiri.

"Sampai bila Mommy nak benci Chae? Chae dah lama tak rasa kasih sayang dari Mommy. Chae rindu Mommy yang dulu."

| |

"Han Chaeyoung!" suara dari arah belakangnya membuatkan Chaeyoung memandang tepat ke arah itu. Kemudianz Chaeyoung tersenyum manis.

"Jeongin. Lambatnya kau harini. Selalu kau sampai dulu dari aku," hairan. Selalunya pelajar yang bernama Yang Jeongin ini sudah berada di tempat duduknya pada waktu sebegini. Tapi, dia berjalan seiringan dengan Chaeyoung dengan beg sandang di bahu berada di hallway untuk masuk ke kelas.

"Hehe. Aku terlajak tidur pagi tadi. Hyunjin hyung lah ajak aku main game malam tadi!" Jeongin menggaru lehernya. Malu! Dan dan pula menyalahkan abang angkatnya itu.

"Kau boleh je kan, tolak perlawaan dia."

Jeongin tiba-tiba menarik dagu Chaeyoung mendekat dengan mukanya sambil memandang tajam ke arah dahi milik Chaeyoung. Segera Chaeyoung melepaskan tangan Jeongin yang memegang dagunya.

"Ish, apa kau ni! Kalau orang lain nampak, dorang boleh salah faham tau tak!"

"Han Chaeyoung. Mommy kau pukul kau lagi ke semalam?" Jeongin memandang tajam tepat ke arah muka Chaeyoung. Chaeyoung hanya membuat tidak dengar dan menarik tangan Jeongin masuk ke kelas.

"Kalau kau diam tu maksudnya betul lah kan? Sekejap. Kau duduk cepat. Aku nak tampal plaster kat dahi kau. Kenapa kau biarkan je luka tu? Boleh jadi bakteria tau tak kalau kau biarkan je macamni," mahu saja Chaeyoung menekup mulut Jeongin agar berhenti membebel. Nanti digigit pula tapak tangannya.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now