5

73 11 0
                                    

Lee Know asyik memandang bracelet yang dia yakini bahawa itu adalah milik orang yang melanggarnya semalam. Siapakah perempuan itu? Susah untuk dia cam muka perempuan yang melanggarnya semalam.

"Macam mana aku nak jumpa dengan kau lagi? HCY? Mesti kau susah nak jumpa aku sebab kelmarin kau langsung tak pandang muka aku yang hensem ni. Aku nak usha muka kau pun susah, HCY." Lee Know bercakap seorang diri di ruangannya. Kalau Felix nampak ni sehari semalam dia membahan Lee Know.

"Uit, Hyung. Cakap dengan siapa tu? Telefon pun aku tak nampak. Senyum sorang-sorang bagai. Creepy gila bila aku tengok," Felix menyergah Lee Know. Oh, memerhati orang rupanya dia ni. Takde kerja lain dah ke?

"Kau tu dah takde kerja ke nak usha aku? Apa kau nak masuk tiba-tiba ni? Ketuk pintu pun tak, terus terjah." Lee Know menjeling Felix. Gelang yang dipegangnya cepat-cepat dia simpan.

"Sorry, sikit. Aku dah ketuk eh. Silap hari bulan pecah pintu kaca kau ni, Hyung." Lee Know mencebik. Ceit.

"Tak payah lah nak sorok-sorok. Aku dah nampak gelang yang hyung pegang tadi. Siap angkat tinggi-tinggi lagi. Nak show-off ke? Aku tahu lah aku tengah gilakan gelang sekarang ni. Hyung tak payah lah nak show-off gelang hyung tu. Aku curi baru tau." Felix memeluk tubuh. Lee Know mengeluh perlahan.

"Bukan aku punya lah."

"Habistu? Jangan kata hyung curi dari kedai gelang Daddy hyung. Yelah, hyung sendiri kata kat aku nak beli gelang baru." Felix membuat andaian membuatkan Lee Know memukul bahunya.

"Jangan tanya kenapa kalau kau minum air nanti kau cirit-birit, Felix."

Felix menelan ludah perit. Kalau Lee Know sudah berkata sedemikian dia tak berani nak mengusik lebih-lebih.

"Jom, lunch." Lee Know menolak Felix keluar dari ruangannya. Felix berasa ragu-ragu untuk keluar makan dengan Lee Know.

"Jom. Aku tak bubuh apa-apa dalam minuman kau."

"Kalau camtu, aku taknak beli air. Aku nak beli makanan je,"

"Kalau mati tercekik jangan kacau aku bila kau dah jadi hantu."

"Hyung!" Felix menepuk lengan Lee Know. Pantang betul kalau perkataan hantu disebut. Terus takut jadinya. Lee Know tergelak besar.

👑💍

"Yey! Harini dah habis kertas!" Yiren bersorak gembira. Jeongin dan Chaeyoung hanya memandang sahaja Wang Yiren tanpa berperasaan.

"Kau jangan nak suka sangat, Yiren. Baru habis percubaan. Lepastu kita cuti seminggu. Lepas cuti kita terus exam besar. Jangan nak teruja sangat," Jeongin mengingatkan Yiren. Yiren mencebik.

"Apa kata kita hangout balik ni? Release stress untuk seminggu ni kita dah struggle. Jom, korang~"

Yiren ni kan. Pantang betul bila paper dah habis. Nak enjoy saja kerja dia.

"Macam mana lah, aku boleh stuck berkawan dengan kau ni, haih." Jeongin mengeluh. Dia paling malas nak pergi enjoy. Kalau boleh dia nak relax saja di rumah selepas habis paper.

"Kau taknak dah lah. Chae? Jom~" tak dapat ajak Jeongin, Chaeyoung pula jadi mangsa keduanya.

"Sorry, Yiren. Mommy aku akan pukul aku lagi kalau aku balik lambat. Kelmarin dia mengamuk aku balik lambat." gumam Chaeyoung perlahan. Jeongin dah agak kenapa Chaeyoung diam saja semalam dan pakai mask. Hari ini pun dia memakai mask.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now